GAMBAR DAN PERISTIWA : PERASMIAN WOSTO KE APA?
Gambar ini di rakam pada tahun
1952 di Kampung Berhala Gantang, Temerloh Pahang. Pada masa itu zaman dharurat
telah di istiharkan oleh British di Tanah Melayu. Peristiharan ini berikutan
kebangkitan golongan militant terutama nya Orang Melayu di dalam menuntut
kemerdekaan. Kampung Berhala Gantang kedudukan nya bertentangan dengan Kampung
Lubuk Kawah di pinggir Sungai Pahang. Kampung Lubuk Kawah sebuah perkampungan
kecil di Negeri Pahang yang telah di pilih oleh para militant untuk mendirikan
sebuah kem terbesar di Semananjung Tanah Melayu. Sebuah Kem didirikan di atas
Bukit Nafi yang sekarang ini menjadi pejabat PAIP Pahang. Pemilihan Kampung
Lubuk Kawah ini kerana di sana terdapat ramai anggota Api,Awas,KMM yang bergiat
aktif.Semangat menentang penjajah ini ditiup oleh Kadi Ahmad Bangau dan juga
Tuan Guru Haji Man. Kedua-dua tokoh ini sangat keras semangat dan kata-kata
mereka di dalam melawan golongan kafir British. Kg Lubuk Kawah juga di pilih
kerana ia terletak di tengah-tengah Semanjung Tanah Melayu, dan kedudukan nya
jauh ke dalam hutan Pahang yang terpencil dari kedudukan logistic British di
Singapura,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Oleh kerana sebahagian dari penduduk
Kg Lubuk Kawah berasal dari Kg Berhala Gantang, dan kedudukan nya pula paling
hamper dengan Kg Lubuk Kawah,maka penduduk Kg Berhala Gantang di syaki oleh
pihak Britisih memberi bantuan moral dan
material kepada Golongan Militan ini. Golongan Militan yang berasal dari Lubuk
Kawah mempunyai pertalian darah dengan penduduk Kg Berhala Gantang, Anak Cucu
Aki Ibrahim ia itu datuk kepada Allahyarham Peguam Suhaimi Said merupakan
keturunan Orang Berhala Gantang yang berpindah ke Lubuk Kawah, boleh di
katakana kesemua mereka menyertai pertubuhan KMM,API dan AWAS, mereka kemudian
nya menjadi orang kuat menetang British di Tanah Melayu. Mereka merupakan
pimpinan dan kader-kader kepada pergerakan Militan pada masa itu.Kemudian
apabila di tubuhkan PETA, maka mereka semua menyokong pula pergerakan tersebut.
Begitu juga dengan anak-anak Kadi Ahmad Bangau yang tinggal di Kg Durian Tipus,
Teluk Ira. Mereka ini asalnya orang Kg Berhala Gantang di mana anak-anak Kadi Ahmad ramai yang
terlibat dengan pergerakan menuntut kemerdekaan dari British.Sebahagian dari
anak muda dari Kg Berhala Gantang pula ada yang melibatkan diri secara aktif
menyokong pergerakan militant seperti Mat Serting, Alias Imam Sham. Mat Serting
tertewas di dalam pertempuran golongan Militan dengan pasukan British di
Jerantut. Anak-anak Kadi Ahmad pun ada yang tertewas dalam pertempuran di
Temerloh dan Cenor.
Maka pada tahun 1952, Pihak
Sultan dengan desakan pentadbiran Britisah telah mengadakan lawatan &
perjumpaan dengan pendudukan Kg Berhala Gantang. Tujuan kedatangan ialah untuk
meneliti kedudukan sokongan penduduk Kg Berhala Gantang kepada pihak
militant,kedua kedatangan ini juga mencadangkan supaya kampong ini di tutup dan
penduduknya di pindahkan ke tempat lain. Cadangan ini mendapat tentangan dari
penduduk Kg Berhala Gantang terutama dari Ketua Kampung pada masa itu Che
Abdullah bin Awang Nayib. Pihak istana masih memberi ruang dan peluang bagi
penduduk kampong untuk menunjjukkan sikap mereka,manakala pihak British pula
memaksa penduduk kampong berpindah. Selepas itu berlaku peristiawa di mana
Ketua Kampung telah di serang oleh puak Militan dan Cikgu Yaakub bin Simat
telah di bunuh oleh puak2 Militian kerana di tuduh bersubahat dengan British.
Maka dari kedua peristiwa tersebut maka pihak Britisah mengendurkan tuntuntan
mereka.Perjumpaan ini di adakan di bagunan Mussala Madrasah Al Wosto yang siap dibina di dalam
tahun 1950, kelihatan di barisan depan KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar dan juga[ZH1]
DO Temerloh yang berbangsa Inggeris,rombongan ini disertai oleh Penghulu
Sanggang dan ketua polis Temerloh. Jika desakan British itu terjadi maka tidak
wujud lagi Madrasah Al Wosto sehingga kini di Kampung Berhala Gantang . Pada
masa itu Tuan Guru Haji Hasanuddin telah memilih satu kawasan baru di Kampung
Bintang untuk memindahkan sekolah nya ke situ.Alhamdulillah hal itu tidak
berlaku ,dan Madrasah Al Wosto masih berdiri teguh di Kampung Berhala
Gantang,Temerloh Pahang. Perjuangan secara militant tidak mendapat sambutan
dari Orang Melayu maka negera ini merdeka secara rundingan sahaja.
1 comments
assalamualaikum saya merupakan pelajar STPM ..saya memilih kg lubuk kawah sebagai kawasan kajian untuk kerja kursus sejarah..boleh tak kalau encik menceritakan perkembangan sejarah kg lubuk..maksudnya dari kg tersebut mndapat nama..terima kasih
BalasPadam