Pilih Bahasa

AL WOSTO BERTAMBAH MAJU 1957-1964



PELAJAR WANITA AL WOSTO 1960



Antara sebab di wujudkan Madrasah Al Wosto pada tahun 1948 adalah di sebabkan rasa belas kasihan Tuan Guru Haji Hassanuddin terhadap sepupunya yang sedang belajar agama di Kulliah Tengku Ampuan Pekan Pahang. Ketika Tuan Guru menzairahi sepupunya itu,maka beliau dapati keadaan di sana sangat tidak sesuai untuk pelajar perempuan belajar terutama yang datang dari jauh, bukan sahaja mereka terpaksa duduk di rumah sewa, maka kawalan dari pihak sekolah agak longgar. Maka dalam perjalanan pulang dari Pekan,Tuan Guru berhasrat untuk membuka sebuah pusat pengajian agama yang memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapat pendidikan agama di Temerloh.Di samping itu mewujudkan pondok yang khusus untuk mereka.Manakala pondok itu di kawal sepenuh nya oleh pengawal keselamatan.

Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.