Pilih Bahasa

LAWATAN TUN RAZAK KE SMA AL WOSTO 1974




Madrasah Al Wosto mula ditubuhkan pada 11 Zulhijjah 1367 bersamaan 12.10.1948. Pada tahun 1952, pihak madrasah menerima surat watikah dari Majlis Agama & Adat Resam Melayu Pahang bagi menjalankan aktiviti secara sah. Pada tahun 1974, pihak majlis persatuan bekas pelajar al Wosto telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Jublee Perak sempena perasmian bangunan baru sekolah dan asrama. 

Bangunan asrama telah di rasmikan oleh KDYMM Tengku Mahkota Pahang, manakala bangunan sekolah pula di rasmikan oleh Tun Abdul Razak;Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Bangunan baru ini merupakan sumbangan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Keterangan gambar: Ustaz Alias Sichik bersalaman dengan YH Tun Abd Razak,di belakangnya Ustaz Hassan dari Kelantan, Pak The Hamid , Ayah Cu Sanusi dari Bintang dan Abang Awang dari Kg Ladang Cenor.



Share:

3 comments

  1. Koi bekas pelajar Al-Wosto(1960-1966)sebelum melanjutkan ke Kolej Islam Kelang(1967-1970)kemudian ke Universiti Malaya(1971-1974).Alhamdulillah banyak kenangan manis di sini dalam kelansungan menuntut hingga ke menara gading.

    BalasPadam

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.