SYAIR ASHIKIN 3
SYAIR A’SHIKIN 3
(Dipetik dari karya Sdr Ariffin Said yang dikendalikan oleh
Kementerian Kesenian & warisan Malaysia 2004)
Memahami kedudukan manusia berdasarkan ilmu dan amalan mereka:
Hakikat itu duapuluh sifat
Syariat itu fardhu dan sunat
Tarekat itu takut dan dashyat
Ketiganya itu pahala akhirat 121
Dua puluh sifat Nur al Mubin
Fardhu dan sunat Siratul’mustaqim
Takut dan dahsyat Bidayatul Mub’tadiin
Ketiganya itu wajiblah salin 122
Adapun jalan ahli sufi
Takutkan Allah,kasihkan Nabi
Bercahaya iman di dalam hati
Sampailah nama memeliharakan diri 123
Kasihkan dunia bencikan akhirat
Itulah jalan kafir yang jahat
Lalaikan dunia lupakan akhirat
Itulah jalan jahil yang jahat 124
Gemarkan dunia kasihkan akhirat
Masuk syurga tapinya lambat
Bimbangkan dunia kasihkan akhirat
Masuk neraka dikeluarkan bangat 125
Bencikan dunia kasihkan akhirat
Masuk neraka Bi firari al Hurumat
Fanakan dunia semata-mata akhirat
Masuk neraka Bi tarfi Lamahat 126
Dunia dan akhirat hendaklah fana
Takut dan harap serta redha
Li dan Ala’ , Min dan Ila
Maqam al Usul Talaba al Fana 127
Fanakan akhi segala al kaainat
Sekaliannya itu bekas qudrat
Faa’ilnya itu asa, sekalian tamat
Sembah olahmu sepertiku lihat 128
Minta tolong pada Subhana
Zahir dan batin ibadat sekalian
Tuntut oleh mu keredhaan Tuhan
Sekalian yang lain engkau buangkan 129
Janganlah tinggal barang sezarah
Segala yang baru kenyataan Allah
Segala yang maujud di sisi Zat Allah
Fanakan habis tinggallah Allah 130
Inilah dia asal Idtikad
Yang dikata di dalam Syahadat
Sungguhpun jarang belum didapat
Bimbang dan masghul,lalai dan ghafalat 131
Hijab al kainaat terlalu banyak
Kepada hati sekaliannya jinak
Alim dan jahil di sana rosak
Dipandang nyata tiadalah nampak 132
Janji bahagia dengan celaka
Muhkam dan Mubram jadilah dua
Janji sianu isi syurga
Berbuat dosa masuk neraka 133
Demikian lagi janji celaka
Berbuat yakin masuk syurga
Barang yang betul seperti Jangka
Seperti penglihat tiadalah beza 134
Berlindung kita kepada Allah
Barang yang jahat dipelihara Allah
Akal nurani yang khalifiyah
Bangsa zulumat lawannya berbantah 135
Mengemari jalan wali dan nabi
Itulah akal bangsa nurani
Bimbang dan lalai berbuat asi
Itulah akal bangsa zulmani 136
Di dalam hadis khairul al Wari
Sekalian kamu masuk syurga
Kurnia dari hak Taala
Melainkan siapa yang tidak suka 137
Kepada janji yang Mubram
Jalan ikhtiar jangan di selam
Ilmu Allah terlalu dalam
Janji bertukar kepada Muhkam 138
Muhkam tersurat di Loh Mahfuz
Nyata kepada wali dan rasul
Iman yang mardud terkadang qabul
Hasanat dan al Sai’iaat,khatimah dan usul 139
Orang yang Islam matinya Islam
Itulah janji yang mubram
Orang yang kafir mati Islam
Janji muhkam serta Mubram 140
Muhkam itu dalil Mubram
Jika maufakat Madlul Mubram
Jika bertukar dalil Mubram
Jadilah Madlul yang Muhkam 141
Perkataan ini ayuhai ikhwan
Seumpama emas pelangkai zaman
Tenun dan seru dan sopan
Uji ke batu, mutu sembilan 142
Usaha fakir menghabiskan rajin
Kerana banyak sudah yang lain
Bacalah dan semak Tanbih al Waridin
Penuh dan isilah Da’ul al Jaufain 143
Sekalian itu entah betapa
Kalau tercampur di dalam dusta
Jika tersalah mafhum dan bahasa
Harapkan ampun semata-mata 144
Nizam syair ayuhai ikhwan
Barang yang salah kikis buangkan
Barang yang lampau perkataan
Dunia akhirat minta maafkan 145
Syair ini satu,namanya tiga
Khatimul akilin yang pertama
Thamaratul Fakihin yang kedua
Milhul zabin yang ketiga 146
Khatimul akilin penyudahan makanan
Thamaratul Fakihin akan minuman
Milhu zabin akan jamuan
Garam yang lumat di dalam cawan 147
Karangan fakir penyudahan
Musim pun sayup hampir berjalan
Lepa memandang kiri dan kanan
Takutlah kelak ketinggalan ,148
Lima kali lima puasa
Modal pun habis sikit tak laba
Dagangan bawa dengannya rasa
Semakin lama makin tiada 149
Modal habis lalu berhutang
Demikian itu jadilah malang
Yang diharap tolongan orang
Hartanya tinggal tuannya pulang 150
Kebanyakan orang berniaga
Serta denga mendapat laba
Berjual tunai menerima harga
Dagangan habis laba berganda 151
Perniagaan fakir terlalu malang
Modal seratus tinggal sekupang
Daftarnya luas terlalu panjang
Bukannya laba hanyalah hutang 152
Sungguh pun modal tinggal sekupang
Di dalamnya itu banyak terbuang
Entah esok entah sekarang
Angin bertiup layar terkembang 153
Fakir melihat laku dan hal
Selaku-laku bersauh tertinggal
Perahu pun buruk angin pun sakal
Lemahlah fikir hilanglah akal 154
Satu tanbih wahai saudara
Arad al syair sepuluh perkara
Di dalamnya banyak nizam bicara
Inilah nubzah penolak mara 155
Pertama sangkamu banyak salah
Di dalam jazam berpindah randah
Sucikan hatimu dari kaifiyah
Inilah erti Subhanallah 156
Kedua engkau pandang nikmat Allah
Semesta alam kurnianya limpah
Hamda dan Thana beberapa jumlah
Inilah erti Alhamdulliah 157
Ketiganya itu hendakku dengar
ZatNya “Laisa bi Thariq al Khabar”
Fikir tak sampai jangan dibongkar
Inilah makna Allahu Akbar 158
Keempatnya itu jangan alpa
Dirimu itu di dalam dosa
Pagi dan petang segenap masa
Mohonkan ampun senantiasa 159
Kelimanya taat engkau amalkan
Nyatalah tolong daripada Tuhan
Itulah tanda keridhaan
Hendaklah segera kepada Subhana 160
Keenamnya itu tabiat badan
Berbuat ibadat terlalu segan
Kegemaran nafsu iblis dan syaitan
Sekaliannya itu baikku lawan 161
Ketujuhnya itu takut dan dashyat
Terlalu besar bahaya akhirat
Harapkan ampun serta rahmat
Lepaslah engkau daripada sesat 162
Kemudiannya tika tamatlah sudah
Jadi sepuluh kepada jumlah
Selawat dan Istigpar,Lailahaillah
Tamamul kalam,Muhammad Rasullulah 163
Tujuh yang awal engkau pahamkan
Tiga yang akhir engkau lazimkan
Inilah untuk perkataan
Suluk dan majzub empunya minuman 164
Jenis ibadat terlalu banyak
Badan yang daif tidak terbawa
Ketika ini terlalu pandak
Lagipun ringan bukannya budak 165
Berbuat ibadat serta tentu
Khatirul Qulub buangkan dulu
Gurumu hadir di hadapanmu
Imamnya Rasul atau Tuanmu? 166
Gurumu itu ayuhai ikhwan
Ialah pintu permulaan jalan
Kasih padanya difardhukan
Mengikutnya itu disuruhkan 167
Beberapa pula dibangsakan guru
Jalan syariat sudah tertentu
Lainnya pula daripada itu
Junjung dan tarah pekerjaan kayu 168
Beberapa yang harus dipelajari
Jikalau sempurna pengetahuan hati
Tipu dan hikmat,tenong dan rasi
Ramal dan hisab,Dharbul al Hindi 169
Ukur dan jangka,mujur dan sial
Gayung dan langkah,peruang dan kebal
Merah dan hitam,lejar dan ikal
Marah dan sabar,Gharar dan bebal 170
Demikian lagi perkarangan
Di dalam laut di dalam daratan
Jala dan jaring,lukah dan tuaran
Perangkap dan jerat,getah lingkaran 171
………………………………………………………….172
Demikian lagi …….dan ………
Pagar dan parit,sawah dan kebun
Cangkul dan lambuk,siram dan tambun
Tutuh dan kerat,ikat dan twarun 173
Sekalian itu ayuhai ikhwan
Bilakah dapat tiada berguru
Sedangkan Ali lautan ilmu
Baligh anjing lagi tak tahu 174
Kepada Ghabal dipelajari
Alamatnya kencing mengangkat kaki
Lalulah ia suatu hari
Dijatuhkan kalam memerhati 175
Kasih di sini bukannya sayang
Ikut katanya janganlah buang
Rahsia hatinya hendaklah timbang
Jalan agama bukannya pedang 176
Adapun Balgham ibnu Baghur
Wali yang besar terlalu mashyur
Mencederakan hati seorang rasul
Tanggallah iman menjadi kufur 177
Hakikat guru Ahad dan Samad
Nafi padaNya Yalid dan Yulad
Mustahil padaNya Hulul dan Idhtihad
Khubb dan Mahbub, Murid dan Murad 178
Kemudianya itu kepada berguru
Dengan dirimu jumlahnya Satu
Sama Islam akhi dan akhu
Kemuliaan syarak jadi taulanmu 179
Kata syarak sabda dan firman
Kalam al A’la,Malikul al Manan
Ustaz mu itu menceritakan
Betapa hatimu engkau ringankan ,180
0 comments