Pilih Bahasa

SYAIR ASHIKIN 2


SYAIR  A’SHIKIN 2


(Dipetik dari karya Sdr Ariffin Said yang dikendalikan oleh
 Kementerian Kesenian & warisan Malaysia 2004)



Peringatan mengenai bahaya ajaran sesat & perkara yang merosakkan akidah dan amalan seharian :


Demikian lagi kasih malaikat
Memohon ampun serta rahmat
Azab neraka nyata dilihat
Tempat kembali segala yang jahat,60

Bashir wa nazir menyuratkan dosa
Pada yang baik ganda berganda
Kecualikan iblis meskipun neraka
Adalah kasih memohonkan doa,61

Istimewa pula segala aulia
Bintang kutub shamsu al anbia
Di dalamnya hadis khairul wara
Warasatul anbia segala ulama,62

Aziz al Hakim,Ghaffarul al Sattar
Khatimul anbia khairulbasar
Empat sahabat yang mukhtar
Empat ulama yang amat besar,63

Min Muhammad rasulun minallah
Khaliluhu dan Kalimuhu di dalam jumlah
Ahli sunnah wal jamaah
Abu Hassan al Asyairah,64

Beberapa mertabat ahli ilmu
Kal Ahmad wal Imam
Al Majmu minal al awam
Kitabul Ihya ,wal al Niqam ,65

Beberapa mukhtasar yang dipilih
Menyatakan idtikad terlalu wadih
Itulah rupa tandanya kasih
Supaya kita tiada mendalih ,66

Ibu dan bapa demikian lagi
Kaum keluarga sama senegeri
Tolong menolong beri memberi
Daripada hidup sampai ke mati,67

..........................................68
..........................................

Demikian lagi hantu dan syaitan
Menjadi pahala tatkala berlawan
Nyamuk dan agas,kutu dan kuman
Menunjjukkan dunia umpama pengkalan ,69


Demikian lagi bisul dan barah
Uban dan kabur,tuli dan ogoh
Sekaliannya itu menjadi faedah
Tandanya kita akan berpindah ,70

Hawa dan nafsu terlalu handal
Ia lah kepala hal dan wabal
Lawan bersungguh janganlah sesal
Dibalas di syurga negeri yang kekal,71  

Ingat-ingat ayuhai ikhwan
Hawa dan nafsu itulah badan
Daripada tanah dijadikan
Dimasukkan ruh bernama haiwan ,72

Sebab pun ia terlalu jahat
Bangsanya itu daripada zulumat
Dikata orang anasir yang empat
Itulah asal jadi tabiat,73

Asal iblis demikian juga
Dari lidah api yang nyala
Jin dan syaitan beberapa bangsa
Kebanyakan syaitan kafir belaka,74

Sebab pun Iblis dikata malaikat
Asalnya ia terlalu khidmat
Di dalam syurga berbuat taat
Dijadikan Adam  ia pun murtad,75        

Iblis dan syaitan sengaja khianat
Masa dulu sudah berwasiat
Hawa nafsu sedianya jahat
Daya mendaya keempatnya sesat ,76

Hawa dan nafsu setianya kafir
Iblis dan syaitan sebenarnya takbur
Jadilah insan dikata magfur
Esok jaga hari nan tidur,78

Tidur ini di dalam dunia
Telinga berlubang mata terbuka
Lidah pun fasih berkata-kata
Makan dan minum bersukaria,79

Di dalam akhirat barulah jaga
Telinga tuli mata pun buta
Lidah kelu tidak berkata
Badan pun cengkut dimakan neraka,80

Wahai sekalian orang yang bijak
Bukannya padan bukannya layak
Mati tidak hidup pun tidak
Hanyalah sesal raung dan teriak,81

Di sanalah sesal tiada berguna
Azabnya kekal tiada terhingga
Tambah bertambah ganda berganda
Sehingga sampai ke dalam neraka  ,82

Kesakitan masyhar di pertengahan jalan
Azabnya tidak terperikan
Sungguh berhimpun bertindih badan
Pandang tak sampai kepada kawan,83

Itulah tanda azabnya sangat
Pandang tak sampai meskipun dekat
Lamanya pula tiada terhimat
Seribu tahun sehari di akhirat,84

Perkataan ini ayuhai ikhwan
Firman Allah di dalam al Quraan
Di atas bahu di sana tanggungan
Di otak kepala di sana tanamkan  ,85

Di pintu hati hendaklah tambat
Nur Al Yakin akan pengikat
Askar hawa hendaklah kerat
Hidupmu itu jadikan mayat ,86

Matikah dirimu sebelum mati
Di dalam ramai jadikan sunyi
Takutmu itu jadi cemeti
Halaukan dirimu ke ladang rohani ,87

Hantarkan dirimu ke hadapan haderat
Kaki dan tangan sudah terikat
Di batang leher mu daftar al Syaiaat
Adakah di dalamnya dari hasanat?88

Akhirat jangan diberi permudah
Azabnya lebih nikmatnya limpah
Lamun percaya carilah helah
Sebelum papan belum ditarah ,89

Jalan akhirat terlalu jauh
Sepanjang jalan berbagai musuh
Berbagai duga yang ditempuh
Sekaliannya badan hancur dan luluh ,90

Kemudiannya pula dikembalikan
Seperti adat permulaan
Di sanalah lanjut perjalanan
Seribu tahun belum tamatan ,91

Matahari hampir kepala
Panasnya lagi menderita
Otak dan daging hancur belaka (dan lumat)
Badan bertindih bertimpa-timpa   ,92

Tujuh kali seribu tahun
Satu perintah tidak bersusun
Tiada diketahui murka dan ampun
Sekadar berkumpul berhimpun himpun ,93

Perkataan ini sudahlah nyata
Kisahnya masyhur sudahlah lama
Banyak orang menceritakan dia
Sekadarkan lagi belum dirasa ,94

Demikianlah lagi syurga dan neraka
Kebanyakan Islam mengetahui dia
Sekadarkan bebal kurang percaya
Setengahnya diam didengarkannya ,95

Jaranglah orang mengatakan dusta
Waktu didengar ia percaya
Kebanyakan mukmin itulah dia
Kecuali siamang binatang dirimba ,96

Ada setengah sangka percaya
Syurga neraka di dalam dirinya
Maulana Sopi dengan Cik Walat (Sulong Keramat)
Ilmu itu ialah punya  ,97


Ada setengah terlalu mudah
Masuk syurga sikit tak payah
Dihalau habis anak dan buah
Dia kemudian baru melangkah,98

Setengahnya itu bernanti-nantian
Di tempat yang sukar penyaberangan
Di rantau itu ada titian
Di sanalah kita berpegang tangan ,99

Hai segala handai dan sahabat
Ilmu itu jikalau di dapat
Hendaklah segera buangkan bangat
Dengan menyesal serta bertaubat ,100

Demikianlah hidup tidak belajar
Sepatah ilmu tiada didengar
Seperti riwayat orang hamlar
Anak tikus dibentangkan tikar  ,101

Telinga mendengar tidaklah tuli
Di dalam khutbah sejumaat sekali
Tatkala neraka berlepas diri
Sekalian anbia mengatakan “nafsi”,”nafsi”    ,102

Segala sahabat tidak tersebut
Daripada bahaya sekaliannya luput
Putus harap sekaliannya takut
Rebah habis lalu menghisut  ,103

Akan Ibrahim Khalulillah 
Khawasul’ariffin Shaibulllah
Bergantung di tiang Arasullah     
Mengatakan nafsi maka hanyalah  ,104 

Sekalian nabi mengatakan nafsi
Tinggallah anak tinggallah isteri
Habislah tinggal ummi dan ahi
Hanyalah Mustaffa mengatakan “ummati”   ,105


Ehwal kiamat terlalu besar
Akhirnya dunia ke padang Mahsyar
Khawas sul Hawas gemu gementar
Istimewa kita hampas gemencar  ,106

Pekerjaan jangan diberi larat
Penuhi hati dengan ibarat
Berbuat amal biarlah jimat
Menuntut ilmu hendaklah cermat   ,107

Jikalau mendapat ilmu yang Asah
Janganlah lagi berbanyak langkah
Kerana ilmu banyak yang salah
Kita tak tahu jadilah susah   ,108

Padalah kita buru buruan
Berbuat amal ikut ikutan
Bukannya tempat persengekataan
Mengeraskan hati kegemaran syaitan ,109

Perpegangan fakir Insyaallah
Di dalam hati tidak berubah
Segala  puji Alhamdulliah
Berkat Syeikh ditetapkan Allah    110

Siratul Mustaqim jalan ibadat                     
Risalah Aurad mengambil muawanat 
Nur al Mubin jalan ik’ tikad                          
Makrifatul Atsar jalan tarekat   111

Kerana pendapat hanya sedikit
Ilmu tak banyak dada pun sempit
Sekadarkan jangan bernama taklid
Seumpama binatang yang diheret ,112

Perinya asal jalan mendapat
Dengan yang lain mengambil maufakat
Seperti Bidayah,Jauhar dan Dar’rat
Minhaj al Qawim,Tullab dan Irshad,113

Sampai kepada Tuhfah,Nihayah
Sekalian maufakat tiada bersalah
Sekalian kitab usul dan fekah
Syarh al Mawafiq,Syarh al Raudhah,114

Janganlah cari bersalahan
Kepada yang daif pemegangan
Mazhab al Sunnah yang pilihan
Mengambil kuat hadis dan Quraan,115

Berpeganglah fakir serta yakin
Dengan syufaat Saidul Mursalim
Habibul Rahman Rabbul alamin
Dengan wasitah Ruh al amin.,116

Inilah masa zaman fitnah
Muaalim dan Shahibul Jahil dan Zulmah
Amal ibadat kerana sedekah
Surau dan masjid kerana fitrah,117

Ilmu makrifat umpama syajarah
Amal ibadat umpama buah
Ikhlas dan ihsan umpama tanah
Kesegalanya itu misalkan jauziah  ,118

Ilmu Makrifat ,Hakkul Yakin
Amal ibadat Ilmu al Yakin
Ikhlas dan ihsan Ain al Yakin
Inilah segala Maqam al Ariffin,119

Hakkul’ Yakin nama hakikat
Ilmul’Yakin nama syariat
Ainul’Yakin nama tarekat
Ketiganya itu nama ibadat ,120

Tags:

Share:

0 comments

Flag Counter