TOKOH PENDAKWAH CENOR ABAD KE 18
Pendahuluan:
Di antara lokasi yang tidak sempat saya mengkaji mengenai perkembangan
Islam di Pahang secara terperinci ialah di Daerah Maran yang meliputi Cenor.Dari Kuala Bera hingga ke Paloh Hinai sangat banyak terdapat kampung lama yang setengahnya telah ditinggalkan orang namun di sana terdapat kegiatan Keislaman yang sangat penting bagi dakwah Islam di Pahang, seperti Kg Mambang, Pulau Datu,Pesagi, Kg Melayu dll.Kalau di kaji dengan teliti banyak kubur-kubur lama yang tidak dipedulikan oleh orang,wujud di sana. Sayangnya di negeri kita;tumpuan untuk mengezetkan makam-makam ini tidak mendapat perhatian pihak yang bertanggung jawab tidak sebagai mana di Negeri Perak dan Negeri Sembilan di mana setiap makam bersejarah akan di jaga dengan rapi.
Sebelum
kedatangan Tuan Guru Sahidin, kawasan itu, Cenor telah lama menerima Islam dan terdapat
ramai tuan-tuan guru mengajar di sana. Kalau kita pergi ke Kuala Bera nescaya
kita akan jumpai makam keramat di sana, begitu juga di Kg Bohor ada makam
keramat, di Kampung Nyak ada terdapat makam keramat. Makam-makam ini adalah
makam orang alim yang mengajar dan berjasa di sesuatu tempat, makam ini
dijadikan makam keramat suapaya makam ini terpelihara dari di bongkar oleh
orang yang terkemudian bukan kerana tokoh ini mempunyai hal-hal yang luar biasa.Namun
oleh kerana kejahilan manusia akhirnya setengah makam keramat ini dianggap
sebagai tempat suci dan mulia.
Latarbelakang:
Tokoh ini berasal dari Kampung
Tanjung Keramat,Kuala Semantan,Temerloh Pahang. Beliau merupakan adik
kepada Tuk Shahibudin, seorang ulamak terkenal di Pahang pada pertengahan abad
ke 18. Mereka berdua pada zaman kanak-kanak dan remaja berguru kepada Kadi Ismail@ Raja Ismail yang tinggal di Bangau Tanjung,atau di kenal
sebagai Tuk Bangau yang pertama. Kadi Ismail adalah ulamak yang mendapat pendidikan
di Mekah,beliau ada kaitan dengan kerabat Diraja Bugis seperti Daeng Celak dan
Raja Haji . Setelah Tuk Shahibudin
meninggalkan kampung halaman begitu lama,maka Tuan Guru Sahidin lah yang
membantu Kadi Ismail menjalankan tugas beliau di Kampung Bangau,sehingga
menjadikan beliau seorang yang alim sebagaimana gurunya itu. Akhirnya beliau
dikawinkan dengan anak tuan gurunya yang bernama Mendiah Sekembali Tuk
Shahibudin dari pengajian beliau maka Tuan Guru sangat malu kerana telah
mengawini tunangan abangnya sebagaimana perjanjian Tuk Shahibudin kepada
gurunya dahulu,maka beliau melarikan dirinya keluar dari Kampung Bangau konon
nya.
Perjuangan Dakwah:
Beliau
berpindah ke Kampung Kuala Kerdau , di
sana beliau mendirikan pusat pengajian dan berkawin dengan wanita ditempat
tersebut, Kedudukan keluarga Dato Suji Bilang dan anak cucu nya sangat mulia di
Pahang, tidak lama kemudian beliau dilantik menjadi penggawa di kawasan Kerdau
& Lipat Kajang hingga ke kawasan Gunung Senyum, kerbau ternakan beliau
masih terdapat di kawasan Gunung Senyum dalam awal tahun 60an menurut ceritan
dari pak Cik Zainal Abidin dari Kg Batu Sawar.Penduduk Batu Sawar & Kg
Gunung Senyum bila hampir musim hari raya selalu keluar kesana untuk berburu
kerbau liar kepunyaan Tuan Guru Sahidin . Kemudian berlaku beberapa peristiwa yang melukakan
hatinya maka beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan negeri Pahang,antara
tempat tujuannya ialah ke Mekah atau Acheh. Dengan menaiki perahu beliau
kemudiannya berkayuh perahu menghilir Sungai Pahang,singgah di beberapa tempat
akhirnya beliau sampai ke kampung Macam
Gelap di Cenor. Kebetulan beliau sampai di sana pada waktu Maghrib. Tuan Guru
memohon izin dari penduduk kampung untuk bermalam di masjid. Kebetulan pada
malam itu ada seorang guru sedang mengadakan Kulliah Maghrib di masjid kampung
tersebut. Guru tersebut adalah
seorang guru dari Aliran Mertabat
Tujuh yang suka bercakap besar di dalam siri pembelajaranya, beliau sentiasa
sahaja mencabar para pendengar untuk berdebat dengan beliau mengenai masalah
Ilmu Tauhid,oleh kerana hilang kesabaran maka Tuan Guru menyahut cabaran guru
itu dan terjadilah pedebatan yang panjang dan berlarut-larut sehingga beberapa
malam,maka setiap malam semakin ramai penduduk berhampiran yang datang
mendengarkan perdebatan yang hebat itu,akhirnya guru tersebut dapat dipatahkan
hujah-hujah beliau oleh Tuan Guru Sahidin dengan mudah.Dan beliau bertaubat
dari mengamalkan Ajaran Mertabat Tujuh.
Faktor kealiman dan kejayaan beliau berdebat sangat
mengembirakan penduduk setempat dan mereka telah mengajak Tuan Guru untuk
tinggal di kampung mereka, Penduduk kampung telah berusaha mendirikan pondok
pengajian dan membiayai penghidupan Tuan Guru, Maka Tuan Guru berusaha
menghapuskan ajaran Mertabat Tujuh yang sedang kembang membiak di negeri Pahang
ketika itu sesuai dengan saranan dan ajaran yang beliau perolehi dari gurunya
Kadi Ismail. Maka bersemaraklah kembali pengajaran Ilmu Tauhid dan Akidah yang
berasaskan kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diasaskan oleh Imam Abu
Hassan Al Asyarie dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dan dipercayai Kitab Ummu
Barahim merupakan kitab utama di dalam pendidikan Ilmu Tauhid yang diajarkan di
masa itu di Pahang.Kitab ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu di Aceh dan
di bawa ke Pahang untuk di ajarkan kepada penduduk Pahang.
Di sana beliau telah mengajar selama beberapa
tahun dan akhirnya berkahwin dengan anak kepada Orang Kaya Indera Pahlawan yang
bernama Tuk Kaya Putih yang bernama“Jahura“, Tuk Kaya Putih mempunyai ramai
anak antaranya ialah Tuk Kaya Ismail,
Embong dan Juhara yang berkahwin dengan Tuk Sahidin.Tuk Kaya Ismail beranakkan
Tuk Kaya Hasan beranakkan Wan Ismail beranakkan Wan Muhammad beranakkan Hj Wan
Abdullah beranakkan Hj Wan Hasan. Manakala Juhara pula mendapat ramai anak
antaranya Tuk Nur yang berkahwin dengan Panglima Kamal dan Abdul Rahman, Tuk
Nur beranakkan Haji Hamzah beranakkan Mohd beranakkan Teh beranakkan Asiyah
beranakkan Tan Aminuddin beranakkan Niza. Manakala Abd Rahman beranakkan Khatib
Buruk beranakkan Sgt Tapa beranakkan Osman beranakkan Sunan beranankkan Cikgu
Hamid, Anak Khatib Buruk yang lain ialah Besah beranakkan Haji Husain
beranakkan Dato Abd Aziz.Keluarga ini sangat ramai meliputi kawasan seberang
Cenor dari Kampung Teluk hingga ke
Kampung Sanding. Makam di raja termasuk makam Tuk Sahidin @ Tuk Aboi masih ada
di Kampung Teluk berdekatan dengan Jambatan Cenor.Sebenarnya mengikut kajian
penulis melalui catatan orang tua-tua, Tuan Guru mempunyai ikatan persaudaraan
dengan Tuk Kaya Putih, ini kerana ibu beliau yang bernama Norsiah juga berasal
dari Cenor.Keluarga Dato Suji Bilang adalah dari keturunan Dato Perkasa Pahang
dalam abad ke 17 di zaman Sultan Abdul Ghafur Mahayuddin Shah. Sebab itu Dato
di Mengkarak ia itu Dato Imam Zul Bayan juga anak saudara kepada Dato Suji
Bilang dilantik menjadi pembesar Pahang di sana dan menjadi Syeikhul Islam
Pahang di zaman nya.
Perkahwinan
beliau dengan anak Tuk Kaya Cenor pada masa itu semakin meninggikan lagi
kedudukan beliau di mata masyarakat setempat.Dari perkahwinan itu beliau
mendapat dua orang anak; iaitu Tuan Haji Abdul Rahman dan Tuk Nur yang
berkahwin dengan Panglima Kamal. Anak cucu beliau merupakan orang yang berjasa
dan cerdik pandai di Negeri Pahang ketika ini.Tokoh-tokoh negeri Pahang seperti
Dato Tan Aminuddin, Dato Abd Aziz bekas SUK Pahang, tokoh-tokoh agama yang ada
di Cenor boleh dikatakan ada kaitan dengan Tuan Guru Sahidin.Ketika ini anak
cucu beliau telah mendirikan sebuah pasentren di Kampung Seberang Cenor untuk
menyambung perjuangan beliau di masa lalu.
0 comments