NASKAH YANG HILANG : KERAJAAN JOHOR -RIAU -PAHANG
Menurut riwayat Dr Hamka di dalam
bukunya “Sejarah Umat Islam”, kerajaan Johor-Riau-Pahang mempunyai tiga
peringkat pemerintahan. Kerajaan ini berdiri selama beberapa abad dari tahun
1528 hingga tahun 1800 Masehi. Dalam tempoh yang begitu lama, kita tidak
menjumpai tulisan-tulisan hasil karya para ulama di dalam apa bentuk pun samada
puisi atau prosa. Kerajaan Johor Lama adalah sebuah kerajaan yang besar
menguasai tiga wilayah iaiu kepulauan Riau,Selatan Semenanjung dan Pantai Timur
Tanah Melayu.
KERAJAAN JOHOR @ JOHOR LAMA
1528-1673
Setelah kerajaan Melaka alah
kepada Portugis, Raja Melaka yang terakhir bersama rakyatnya mengunsi ke
Bentan. Dari Bentan mereka kembali ke Johor. Ketika di Bentan, Raja Melaka
terakhir mangkat di sana,maka anaknda nya kembali ke Johor,Baginda ia lah Raja Ali, bersama rakyatnya berhasrat
untuk merampas kembali Melaka dari tangan Portugis.
Kerajaan Johor mula di bina oleh Raja Ali @ Sultan Alauddin Riaayat Shah
bermula dari tahun 1528 hingga ke zaman Sultan Abd Jalil ke 3 pada tahun 1673, Sultan Alaluddin berasa
bosan tinggal di Kampar dan berhasrat kembali ke Semenjung Tanah Melayu.Adinda
baginda Sultan Muzafar di Perak telah berjaya mendirikan kerajaan Negeri Perak
setelah baginda berpindah ke sana. Ini kerana kedudukan kerajaan di Kepulauan
Riau tidak begitu baik dari segi kedudukan,pengaruh ekonomi dan jauh dari
laluan utama di Selat Melaka. Oleh itu baginda pun pulang ke Johor dan
mendirikan kerajaan di sana. Kerja-kerja Sultan Alaudin Riayaat Shah mendapat
tentangan dari pasukan tentera Portugis yang sentiasa melakukan serangan demi
serangan ke atas Johor. Sehingga akhir hayatnya;usaha ini tidak begitu Berjaya.
Pada tahun 1560 setelah
kemangkatan Raja Ali maka dilantik Raja Muzafar mengantikan baginda sebagai
Sultan Johor yang ke 2. Baginda memindahkan ibu kota kerajaan Johor ke Kota
Seluyut. Kedudukan ini lebih stratejik kerana kota ini lebih terlindung dari
serangan Portugis. Baginda membina pelbagai kemudahan dan kota pertahanan bagi
mengatasi serangan portugis.Baginda juga mengadakan hubungan baik dengan
kerajaan Pahang,Terengganu,Patani. Kemudian baginda digantikan oleh Sultan
Abdul Jalil sebagai raja Johor yang ke 3. Sultan Abdul Jalil seorang raja yang
tidak begitu menghiraukan pentadbiran negeri, segala urusan diraja diserahkan
kepada adinda baginda Raja Abdullah; semua dasar pemerintahan pada hakikatnya dilakukan oleh permaisuri baginda
dengan bantuan Raja Omar dari Terengganu. Apabila baginda mangkat dalam tahun
1597, maka dengan sendirinya Raja Omar dari Terengganu dilantik menjadi raja
Johor yang ke 4 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riyaat Shah 11.
Zaman pemerintahan Sultan Abdul
Jalil ke 2 dianggap zaman kegemilangan kerajaan Johor,segala urusan pentadbiran
berjalan dengan lancer, baginda berbaik-baik dengan Belanda bagi megimbangi
kuasa Portugis di Melaka. Boleh dikatakan pasukan tentera Belanda lebih
baik,tersusun dan lebih kemas dari pasukan Portugis . Beberapa perjanjian
diadakan dengan Belanda bagi menjual hasil rempah dan hutan pada masa itu.
Apabila Sultan Alaudin Riayaat Shah 2 menjadi sultan, kedudukan kerajaan Johor
semakin baik. Ini kerana Belanda sudah dapat mengalahkan Portugis di Melaka.
Kerajaan Johor begitu maju di dalam pelbagai bidang, rakyat semakin ramai dan
negeri-negeri lain memberi perghormatan kepada kerajaan Johor kecuali Kerajaan
Aceh. Pada masa inilah lahir nya tokoh bendahara yang terkenal juga seorang
ulama bernama Tun Seri Lanang. Maka usaha dibuat untuk menulis semula sejarah
keagungan kerajaan Melaka bagi menbangkitkan semangat rakyat Johor bagi melawan
kuasa luar .Sejarah kejayaan kerajaan Melayu Melaka disusun dalam sebuah kitab
bernama “SEJARAH MELAYU”. Usaha menaikkan semangat rakyat ini berjaya maka pada
tahun 1606, dengan bantuan pasukan Belanda,kedudukan Portugis di Melaka dapat
di hapuskan. Namun usaha ini di curigai oleh Negara Aceh Darul Salam. Maka pada
tahun 1613, satu pasukan tentera Aceh datang menyerang Kerajaan Johor. Maka
dalam serangan ini kalahlah kerajaan Johor kepada Aceh, maka Sultan
Alauddin,Tun Seri Lanang dan Raja Abdullah di tawan dan di bawa pulang ke Aceh.
Apabila Sultan Johor yang ke 5 di
tawan Aceh,maka dilantik Sultan Alauddin Riyaat Shah ke 3 menjadi sultan Johor
yang baru. Baginda masih meneruskan usaha memajukan kerajaan Johor, baginda
juga berusaha menyerang kedudukan Belanda di Melaka setelah pihak Belanda
banyak melakukan penipuan dan pengkhianatan. Pada tahun 1640 baginda melakukan
serangan besar-besaran ke atas Kota Melaka, pasukan tentera Johor gagal di
dalam serangan ini dan baginda sendiri terkorban.
KERAJAAN JOHOR-RIAU TAHUN 1673.
Setelah kemangkatan Sultan
Alauddin Riyaat Shah 3, maka keluarga kerajaan Johor tidak mempunyai waris
untuk dilantik menjadi raja.maka dilantik Raja Ibrahim dari Pahang sebagai raja
Johor yang baru dengan memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah. Pada masa ini
berlaku pertelingkahan dengan kerajaan Jambi. Maka raja Jambi @Minankabau
melakukan serangan ke atas ibu kota kerajaan Johor, maka dengan sebab berlaku kekacauan
demi kekacauan,maka Sultan Ibrahim Shah memindahkan ibu kota kerajaan Johor ke
Riau. Maka bermula dari saat itu wujudlah kerajaan Johor-Riau. Setelah baginda
mangkat dalam tahun 1685, maka penganti beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat di
Julang. Sultan Mahmud adalah seorang sultan yang sangat muda, tidak suka
menerima nasihat orang lain dan bertindak sesuka hati. Maka dari tindakan itu
berlaku lah pelbagai masalah di dalam pentadbiran Negara. Kisah mengenai
pembelahan perut seorang wanita mengandung kerana makan “nangka sultan” berlaku
di zaman ini. Oleh kerana berlaku keadaan semacam ini maka dilantik lah
bendahara yang baik hati yang bernama Bendahara Abdul Majid sebagai penasihat
raja. Bendahara Abdul Majid seorang yang baik dan memiliki pengetahuan agama
yang tinggi.
KERAJAAN RIAU-JOHOR-PAHANG 17
Dengan kemangkatan Sultan Mahmud
Mangkat di Julang yang tidak mempunyai waris , maka dilantik lah Bendahara Abd
Majid sebagai raja yang baru, baginda memakai gelaran Sultan Abdul Jalil ke 4
.Baginda mengistiharkan wilayah kekuasaan baginda meliputi
Riau-Johor-Pahang.Maka pada masa ini terkenal motto “Beraja ke
Riau,Bertemenggung ke Johor,Berbendahara ke Pahang”. Sultan Mahmud tidak mempunyai anak yang sah
menurut riwayat di Johor, tetapi menurut Raja Jambi pula, Sultan Mahmud
mempunyai anak bernama Raja KecilBesar dari gundik yang kemudian di kahwini
dengan sah tetapi tidak sempat di istiyharkan. Setelah kematian Sultan Mahmud,
Raja Jambi membawa Raja Kecil Besar menyerang kerajaan Johor Riau. Serangan
demi serangan dilakukan sehingga menyebabkan Sultan Abd Jalil 4 lari ke Pahang,
di Pahang berlaku serangan hendap dan Sultan Abd Jalil 4 berjaya di bunuh.
Apabila Sultan Abd Jalil 4 meninggal maka dilantik Sultan Sulaiman sebagai raja
yang baru memerintah Riau-Johor-Pahang.Bagi mengekalkan kuasa, maka baginda
Sultan Sulaiman telah menjemput anak bugis lima beradik membantu baginda
melawan pasukan Raja Jambi dan Raja Kecil Besar. Usaha ini berhasil, anak raja
bugis lima beradik Berjaya mengalahkan Raja Kecil Besar dan mengembalikan
kekuasaan kepada Sultan Sulaiman.Maka kedudukan kerajaan Riau-Johor-Pahang
kembali kukuh, anak-anak raja Bugis Lima Bersaudara di lantik menjadi Raja
Muda.
Oleh kerana kedudukan Pahang agak
jauh dari pusat pentadbiran maka kita dapati suasana politik di Pahang lebih
stabil berbanding di Riau dan Johor.
Analisa umum:
Jika melihat kepada satu-satunya
karya yang ada di zaman ini, iaitu Kitab Sejarah Melayu yang ditulis semula
oleh Tun Seri Lanang, kita dapati tokoh ini bukan sahaja seorang ahli pentabdiran
tetapi juga seorang ulama. Melihat kepada pra kata @ muqadimmah buku tersebut
ternyata Tun Seri Lanang berkebolehan di dalam Bahasa Arab dengan baik, mari
kita lihat apa yang beliau tulis dipermulaan Kitab Sejarah Melayu, beliau
menggunakan Khutbah Kalam pada awal penulisan yang konon nya sangat di tuntut
di dalam Islam oleh sebahagian ulama:
ุงูุญู
ุฏ ููู ุงูุฐู ูุงุงูู ุงูุง ูู ููุงู ูู ุขุฒุงูู ูุง ุดุฆู ู
ุนู ููู ุขุจุงุฏู
ูุณุฑู
ุฏู ููุง ุดุฆู ุจุนุฏู ุซู
ุฎูู ุงูุฎูุงุฆู ููุง ุญุงุฌุฉ ูู ููู
ุง ุนุฑุถ ุฃุธูุฑ ุฑุจูุจูุชู ุฎูู ููุฑ ูุง
ูู ูู
ู ุฐูู ุงูููุฑ ุฎูู ุฃูุจูุงุฆู ููุน ุฑุจูุจูุชู ูุงุตุทูู ู
ูู ุขุฏู
ููุธูุฑู ููุฑู ูุจุฐูู
ุณุฌุฏ ุงูู
ูุงุฆูุฉ ูููู
ูู ูุฃุฎุฑุฌู ู
ู ุงูุฌูุฉ ูุงู
ูู ุญูู
ุชู ูุชูุถู ุนููู ุจุงูุฑูุฉ ุงูุนููุง ูุตุงุฑ ุงูุงุฑุถ ุฎููุชู , ุณุจุญุงู ุงูุฐู ุชูุฑุฏ ุจุงูุงููููุชู
ููุง ุดุฑูู ูู ููููู ุงูุฎูุงุฆู ูุนุฏ ุฎููู ุซู
ุจุนุฏู , ุฃุดูุฏ ุฃู ูุง ุงูู ุงูุง ุงููู ูุฃุดูุฏ ุฃู
ู
ุญู
ุฏุง ุนุจุฏู ูุคุณููู .........ุงูู ุขุฎุฑ ุงูุงูุฉ
Bahasa Arab beliau agak baik dan
tinggi dari segi sudut ilmu tauhidnya.Penggunaan Bahasa Arab yang baik ini
menunjjukkan bahawa persekitaran keluarga diraja Johor Lama ketika itu
dilengkongi oleh para ulama. Seorang Bendahara yang tentunya sibuk dengan
urusan kerajaan,sibuk menyusun pasukan tentera,sibuk menguruskan urusan
keluarga diraja; menguasai Bahasa Arab nya begitu baik. Inilah maksud saya
“Naskah yang hilang”. Siapa kah para ulama yang membimbing mereka ini,dan di
manakah perginya karya-karya ulama ini? Satu persaolan yang sukar di jawab dan
dicari jawapan nya……..
3 comments
Suka juga baca tentang sejarah macam ni. Subjek sejarah memang saya suka. Teruskan dalam kajian sebegini :)
BalasPadamterima kasih ^^ selamat membaca
BalasPadamArtikrl yang sangat Informatif
BalasPadam