Pilih Bahasa

KERAJAAN MELAYU-ISLAM YANG HILANG DARI PERSADA ZAMAN 1600-1900


Kita sering mendengar kumpulan Abu Sayaf membuat kacau di sempadan Malaysia dan Filipina, konon nya mereka menangkap dan mencolek beberapa rakyat Malayisa dan rakyat asing untuk dijadikan tebusan. Golongan ini kononnya pernah cuba menawan kawasan Sandakan dan lain-lain kawasan yang berhampiran sehingga Kerajaan Malaysia terpaksa membuat satu garisan yang dinama Eastcost Zon bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.Siapakah mereka ini???Menurut catitan sejarah konon nya mereka ini adalah berasal dari Sulu,Mindano,Palawan,tawi-Tawi, Basilan dan lain-lain tempat di Filipina.  Mereka ini terdiri dari pelbagai suku kaum Melayu yang ada di sana seperti Sulu, Tausug, Banjar, Iyakan, Iranun ,Kalibungan, kagayan, Tidung ; umumnya kita di Malaysia Barat memanggil mereka dengan pangillan” Orang Sulu”. Kalau kita rujuk kepada catitan dari penjajah Spanyol, mereka mengelar orang ini dengan panggilan “Bangsa Moro”. Tujuan mereka untuk membezakan antara Orang Filipina yang telah memeluk Islam dengan Orang Filipina yang masih pagan @Indie.Gelaran ini kekal agak lama sehingga awal kurun ke 20.Apabila Kerajaan Melaka menerima Islam, hampir semua wilayah taklukan nya menjadi Islam secara otomatis termasuk lah wilayah Filipina. Oleh itu kita dapati budaya Orang Filipina di sana hampir sama dengan semua budaya Melayu termasuk berkhatan,hormat pada ibubapa & Orang tua, bersalam,menghulur tangan minta izin lalu kerana pengaruh Islam pernah mendominasi cara kehidupan mereka pada masa lalu.


Bagi memahami perkembangan Islam di Kepulauan Filipina, Islam tiba ke tempat tersebut agak awal melalui Negeri Cina, pendakwah Islam datang dari Negara Cina kemudian meneruskan misi dakwah mereka ke Laut Cina Selatan. Mereka akhirnya tiba ke Pulau Borneo, bertemu dengan pemeritah kerajaan Berunai. Dari Berunai,para pendakwah ini meneruskan misi mereka ke kepulauan Sulu & Palawan, seterus nya ke Pulau Mindano dan Basilan. Kemudian mereka mula meneroka ke Kepulauan Luzon yang terletaknya Kota Manila dewasa ini.


Pendakwah Islam mula tiba di Kepulauan Mindano pada awal kurun ke 12 serentak dengan tarikh yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu 1303. Terdapat dua batu nesan pendakwah Islam di sana. Pertama maqam  yang tercatat nama Tuan Syeikh; Pendakwah ini sampai di Sulu dan diberi penghormatan yang sangat utama, beliau dikahwinkan dengan anak raja Sulu ketika itu. Maqam beliau terdapat di Kampung But Dato. Kebanyakan maqan ulama dan raja telah dimusnahkan oleh Penjajah Sepanyol di seluruh kepulauan Filipina. Maqam kedua tercatat nama Tuan Maqbala tahun 1310.Peristiwa kedatangan kedua-dua pendakwah ini sebelum Melaka menerim Islam di zaman Parameswara.Maqam ini masih kekal kerana tidak pernah dimusnahkan oleh Penjajah Spanyol yang ganas itu. Kerajaan Spanyol baru saja dapay mengalahkan kerajaan Islam di Granada dan menghalau semua orang Islam ke Moroko.


Pada akhir kurun ke 12@1380-90, seorang ulama dari Jawa sempat singgah ke Kepulauan Sulu, beliau di panggil dengan nama Karim Makdura; ada pendapat mengatakan bahawa beliau adalah Syed Ibrahim bin Syed Jamaluddin al Kubra yang dikatakan ada kaitan dengan tokoh-tokoh Wali Songgo di Jawa. Beliau sempat berdakwah di sana dalam waktu yang agak lama sehingga sempat mendirikan sebuah masjid di kawasan Tubiq Indangan di Sulu.Kemungkinan tokoh besar ini dipanggil ke Sulu bagi mengajar umat Islam di sana mengenai pengajian Islam yang agak tinggi, maka tidak perlu lagi mereka belayar begitu jauh dari Sulu untuk pergi ke Jawa atau Melaka bagi menuntut ilmu agama.Tidak dinafikan sesudah kedatangan tokoh ini ramai para pendakwah dari Jawa& Melaka  datang ke Sulu  kerana di Jawa& Melaka, pendidikan agama agak sudah maju ketika itu.


Pada kurun ke 13 @ 1457,  seorang bernama Syeikh Abu Bakar datang ke Sulu. Tokoh ini disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu. Beliau membawa sebuah kitab bernama Dar’ul Manzum ke Melaka dan di serahkan kepada Sultan Mansur Syah. Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada masa itu. Setelah itu Syeikh Abu Bakar meneruskan perjalanan beliau ke Sulu. Di sana beliau di kahwinkan dengan anak Sultan Bagindo. Beliau inilah di tabal sebagai Sultan Sulu yang pertama dengan gelaran “Sultan Syarif Hashim” . Tokoh ini memerintah selama 30 tahun di wilayah Sulu dan Buansa. Sultan ini juga mengembangkan syiar Islam sehingga ke Baklaya,Taguimaha dan Belranun. Sultan ini mendirikan sekolah-sekolah dan pusat pengajian Islam di seluruh wilayah pemerintahan nya menurut catitan Spanyol.Oleh kerana Syeikh Abu Bakar seorang ahli suluk @ tarekat, dan cara pembawaan beliau adalah cara tarekat, maka rakyat beliau di panggil dengan nama “Orang Suluk”, akhir-akhir nya di sebut “Orang Sulu”.


Pada tahun 1460 seorang pendakwah bernama Syarif Awliya pergi berdakwah ke kepulauan Mindano, tokoh ini konon nya datang dari Yaman. Beliau mengislamkan ramai penduduk Mindano yang masih belum beragama. Pada tahun 1515 pula dengan ketibaan Muhammad Kebungsuwan, maka tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Mindano. Sultan Kebungsuwan memerintah wilayah-wilayah di sekitar Malabang hingga ke Kota Batu @Cotabatu. Usaha dakwah juga dijalankan oleh baginda, maka kawasan-kawasan di Iranun dan Teluk Illana sebahagian nya sudah memeluk Islam.


Pada tahun 1530,bagi melengkapkan pengislaman seluruh pulau di Filipina, Sultan Berunai telah menghantar Raja Sulaiman menjadi raja di Kepulauan Manila yakni di kawasan utara Kepulaun Filpina. Pada masa itu k Kota Manila dikenal dengan nama Selurong. Konon nya ditukar nama kepada Ma Ni La di dalam Bahasa Arab “Fi Aman’il Llah”. Maka boleh dikatakan kawasan di Manila di islamkan oleh Raja Borneo. Walaupun begitu Raja Borneo pada masa itu tidak memberi bantuan yang sewajarnya kepada wilayah Manila kerana menjaga kepentingan Baginda sendiri di Utara Borneo.Pada tahun 1570, tentera Spanyol di bawah pimpinan Legaspi telah menyerang Kota Manila dan dapat mengalahkan kerajaan Islam di sana, maka bermula lah era baru di dalam sejarah Islam di Filpina.Sehingga ke saat ini telah wujud tiga kerajaan Islam di Filipina yang berpusat di Sulu, Mindano dan Luzon@ Manila.


Kekalahan Sultan Manila memberi peluang kepada Spanyol untuk meluaskan jajahan takluk mereka ke selatan iaitu pulau Mindano, Palawan,Sulu dan Utara Borneo. Maka pada ketika itu lahirlah seorang sultan yang gigih menentang kekuasaan Spanyol iaitu Sultan Muhammad Yang Dipertuan KudratSultan Muhammad Yang Dipertuan Kudrat merupakan Sultan Mindanao dari keturunan Shariff Kabungsuwan, pendakwah ulung dari datang dari Semenanjung Tanah Melayu yang membangunkan  Islam ke Pulau Mindano . Baginda memerintah selama setengah abad dari 1619 hingga 1671.Baginda seorang yang berani, bijaksana, pemurah dan terkenal sebagai Sultan Mindanao terkenal di dalam sejarah Kesultanan Mindano.Baginda telah dapat menyatukan kaum Muslimin dari Lanao, Cotabato, Davao, Sulu, Zamboanga .Baginda berjaya menentang dengan keras usaha-usaha penjajahan Sepanyol dan kristianisasi ke atas negeri-negeri pemerintahan baginda di selatan kepulauan Mindano.Pada masa pemerintahan baginda, pihak Spanyol  tidak mampu menakluk negeri-negeri Sultan Kudrat, pihak Sepanyol telah menandatangani satu perjanjian yang membawa kepada keamanan selama beberapa tahun dari sudut perdagangan dan penempatan kaum Kristian.Perjanjian ini menguntungkan Spanyol dari segi jangka masa lama.Bagindajuga di kenali sebagai  seorang pejuang yang  tidak mengenal erti putus ada, tidak gentar kepada musuh, muhajid membela agama Islam, dan wira yang mempertahankan kedaulatan tanah air .Baginda mangkat pada tahun 1671. Pada 3 Januari 1975, kerajaan Filipina moden telah mengangkat beliau sebagai wira kebangsaan sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan & ketokohan beliau dalam mempertahankan kedaulatan kepulauan Mindano dari penjajah.Semoga Allah menerima segala amalan baginda dan semoga kita mencontohi dan mewarisi keperwiraan baginda dalam membela agama & tanah air Islam di nusantara ini


Pada kurun ke 16, Kuasa baru muncul di seluruh dunia ia itu kuasa barat. Mereka Berjaya mengalahkan kerajaan Islam di Spanyol, orang barat juga Berjaya melembutkan Kerajaan Islam di India, Portugis Berjaya mengalahkan Melaka,Belanda mula memasuki Indonesia, dan Spanyol dapat menguasai Filipina.Kerajaan Islam sangat lemah pada masa itu kerana mereka berpecah belah.Para pemerintah banyak mengikut hawa nafsu dan mengabaikan pentabdiran Negara. Kejatuhan Kerajaan Melaka merupakan musibah yang paling besar kepada dunia Melayu dari segi politik. Sebaliknya kuasa barat mula dapat mencipta peralatan baru di dalam peperangan; kapal-kapal mereka lebih besar, mereka memilki meriam dan senapang sebaliknya orang Islam hanya menggunakan panah dan lembing.Pasukan tentera mereka sangat terlatih;contohnya bilangan tentera Spanyol adalah sangat sedikit berbanding dengan tentera Islam Filipina,tetapi dari segi kecekapan mereka jauh kehadapan.


Dengan kemasukan Spanyol ke Manila pada akhir kurun ke 16, kerajaan Islam mula goyah dan berpecah belah. Hasil perdagangan mereka tidak berjalan dengan lancer. Taktik jahat Spanyol semasa menakluki Manila Berjaya menghapuskan Islam di sana. Mereka membunuh semua keluarga raja, membunuh semua guru-guru agama,imam, mereka memusnahkan kesemua syiar Islam seperti masjid diruntuhkan, makam dan kubur dibuang, sekolah-sekolah di bakar.Rakyat dipaksa memeluk agama Kristian atau dibunuh.Maka kerajaan Islam yang kecil hanya masih wujud di Bornoe, Mindano dan Sulu sahaja.Namun dengan saki baki kekuatan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Berunai maka Islam masih kekal hingga ke hari ini dengan izin Allah.

Share:

6 comments

  1. Bangsa moro...

    Dulu senior selalu cite pasal ni. Bangsa moro dan sulu.
    Oh apapun saya pernah pergi Qatar dan tak jauh beza dari Brunei. Negara kecil islam yang besar nilai pegangan agama...

    BalasPadam
  2. Satu ilmu baru..masa belajar igat nak hafal utk exam je..tp kat Manila mcm tak de pun apa2 sejarah Islam yg tinggal kat sana..ade ke lokasi or muzium yg blh mengimbau sejarah Islam kat sana?

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang seronok juga bila baca tengang sejarah dulu kalau.. Boleh kita tahu macamana sesebuah tamadun tu terbentuk dan kenapa bangsa-bangsa kita punyai tabiat yang berbeza

    BalasPadam
  4. Apa motif penjajah Sepanyol menghapuskan segala bukti wujudnya islam disana? Adakah mereka sama perangai dengan orang yang cuba hapuskan legasi Tun M di Malaysia? hahahah

    BalasPadam
  5. Mencabar untuk saya membaca topik sejarah. Dari dulu lagi. Huhu tapi good story telling. Kalau boleh point formkan.. hehe..

    BalasPadam
  6. wahhhhh sejarah~~~ something that i always failed back in high school. tak boleh memorize semua tu. haha

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam

Flag Counter