REVOLT OF BAHAMAN @ KEBANGKITAN BAHAMAN :SUMBER INSPIRASI KEPADA PENDUDUK PAHANG MENJELANG PASCA MERDEKA.
Kebangkitan
Dato Bahaman melawan British dan kisah perjuangan beliau yang tidak kenal putus
asa sangat mempengaruhi penduduk Pahang untuk mencapai kemerdekaan selepas
kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Kisah kejayaan Dato Bahaman membunuh tentera
British memberi satu dorongan kepada penduduk Pahang untuk mencapai cita-cita
murni mereka.Kisah-kisah Dato Bahaman,Tuk Gajah dan Mat Kilau menjadi bukan saja kisah sejarah tetapi
dipenuhi oleh unsur-unsr metos dan legenda. Kisah ini menjadi sumberi inspirasi
kepada semua golongan pencita kemerdekaan samada menuntut secara halus atau
kasar. Kebolehan dan kekuatan Dato Bahaman masih segar sehingga ke hari ini di
kalangan pemuda-pemuda di Temerloh.Di sini kami bawakan kisah-kisah perjuangan
menuntut kemerdekaan sebelum tahun 1950 dari kalangan tokoh-tokoh yang
sama-sama berjuang dengan rakyat Malaysia yang lain di dalam memerdekakan tanah
air dari cengkaman penjajah.Tokoh-tokoh ini,kisah-kisah mereka jarang di tulis
tetapi sumbangan mereka agak besar juga.antara tokoh-tokoh itu ialah:
KAMARULZAMAN
TEH.
Tokoh ini
merupakan seorang tokoh kepimpinan yang di segani di Temerloh dan Pahang
umumnya sesudah kejatuhan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Dalam tahun 1945,
tidak terdapat satu pun pergerakan orang Melayu di tubuhkan di Pahang.Maka
dengan semangat yang membara untuk mendapatkan kemerdekaan dari British, para
penduduk Pahang yang mempunyai semangat
yang tinggi menubuhkan satu persatuan bernama PERSATUAN MELAYU PAHANG, maka
serentak dengan itu ditubuhkan PERSATUAN BARISAN PEMUDA MELAYU PAHANG.Di dalam
perjumpaan yang pertama maka Saudara Kamarulzaman Teh telah di pilih sebulat
suara tanpa di adakan pertandingan untuk memegang jawatan ketua persatuan
pemuda Pahang.Ini kerana tokoh ini agak berpelajaran, anak kepada seorang guru
dan cucu kepada Penghulu Sanggang.Kemudian menyertai persatuan ini ialah
Saudara Romainor,Jaafar Husin dll. Kebanyakan golongan pemuda ini sangat
terpengaruh dengan kisah-kisah perjuangan Dato Bahaman yang berani melawan
penjajah. Kisah Dato Bahaman bermain-main di bibir rakyat Pahang khususnya di Cenor,Temerloh
hingga Bentong.Ceramah-ceramah yang diberikan oleh para pemuda ini dengan
kata-kata semangat dan kisah-kisah perjuangan Dato Bahaman yang sangat gigih
dapat menaikan semangat penduduk Pahang ketika itu.Petikan dari
buku Gerakan dan Tokoh kiri – Mohamed Salleh Lamry -2006, halaman 119, “Sejak
masa itu Kamarulzaman Teh sudah mula menggunakan kisah perjuangan Dato Bahaman
menentang campur tangan British dalam politik dan pentadbiran Pahang dahulu
sebagai tema ucapannya.Secara berulang-ulang dia menyatakan,bahawa pemuda
Pahang mesti menyambung perjuangan Dato Bahaman dan menghidupkan kembali
semangat perjuangan Dato Bahaman. Dan matlamat perjuangan mereka sekarang
adalah membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris.
IBRAHIM CHIK
& RAHMAH KADI AHMAD.
Seorang lagi
tokoh yang memperjuangkan tuntutan kemerdekaan pasca merdeka di Temerloh ialah
Ibrahim Chik dan isteri nya Rahmah Kadi Ahmad. Kedua-dua suami isteri ini
merupakan pasangan yang gigih di dalam menuntut kemerdekaan dari British
sehingga mereka sanggup masuk hutan meninggalkan ibubapa dan anak-anak
tersayang. Kekuatan semangat dan dorongan perjuangan juga bersumberkan
perjuangan Dato Bahaman. Ketika perpisahan terakhir kedua pasangan ini dengan
keluarga mereka. Bapa Ibrahim telah berpesan kepada beliau. Kata bapanya: “Ingat
lah…keturunan kita bukan keturunan penakut,jangan sekali-kali menghulurkan
tangan kepada musuh, musuh kita sekrang orang putih dan musuh Dato Bahaman dulu
pun orang putih, walaupun Dato Bahaman gagal di dalam perjuangan nya tetapi
semangat nya telah tertanam kukuh di dalam jiwa kami sekarang”. Ini lah
kata-kata semangat yang menjadi pegangan kepada
kekuatan perjuangan Ibrahim Chik selama bertahun-tahun.Hingga akhir
hayatnya dia tidak pernah menyerah kalah sekalipun semua rakan-rakan nya telah
mengambil jalan yang lain.Petikan dari buku Memoir Ibrahim Chik-UKM- 2004.
MAHMUD BAGINDA
Diantara tokoh
lain yang begitu taksub dengan perjuangan Dato Bahaman yang berani melawan
penjajah British ialah Mahmud
Baginda,Sebagai tokoh kepimpinan PKMM Pahang, beliau menjadikan Dato Bahaman
sebagai idola di dalam perjuangan. Di dalam buku Memoir Abdullah CD disebutkan:
“Jalan untuk kemerdekaan tanah air yang telah dimerahi oleh titisan darah
pejuang bangsa Dato Bahaman dan lain-lain pejuang di warisi semula di bawah
anjuran Jabatan kerja Melayu,API,PKMM,PETA,AWAS dan BTM……mereka berani melawan
polis-polis British ketika mengadakan rapat umum Hari Pekerja di Mentakab
sekali pun dihalang oleh British.
SITI NORKIAH
MAHMUD
Di antara tokoh
wanita yang terlibat di dalam menuntut kemerdekaan ialah Siti Norkiah bt
Baginda Mahmud. Beliau melalui ayahnya dan nenek nya sering mendengar kisah
perjuangan Dato Bahaman sejak kecil. Neneknya bernama Sharifah Bt Abu Bakar
selalu menceritakan kisah keberanian Dato Bahaman melawan orang putih kepada
cucu-cucunya kerana suaminya Abdullah Baginda merupakan pengikut Dato Bahaman
di dalam melawan penjajah. Menurut Buku “Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang
Utara” susunan Mohamed Salleh Lamry,hal 7, 2011: Bagi Siti Norkiah gerakan
penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman itu memang sentiasa menjadi
ingatannya dan memberi ilham dan semangat kepadanya….dia mengetahui betul
tentang peperangan itu dan selalu merasa dekat dengan Dato Bahaman….sementelah
perkahwinan nenek nya dengan datuk di walikan oleh Dato Bahaman.
SALEHA MAT RANI
Seorang pejuang
kemerdekaan dari Kampung Bangau Tanjung, bapanya berasal dari Kuala Kaung,Lanchang
Pahang. Ibunya Lijah bt Mat Ali adalah anak kepada seorang pejuang yang ikut
menyertai Dato Bahaman di dalam perjuangan nya melawan penjajah Biritsh. Datuk
Saleha @ Mat Ali selalu menceritakan pengalaman beliau bersama Dato Bahaman
melawan penjajah, beliau menceritakan pada cucu nya mengenai keberanian ,ketabahan
dan kebijaksanaan DatoBahaman. Cerita-cerita dari datuknya ini mendorong Saleha
menyertai AWAS dan bergerak cergas menentang penjajah.Saleha dilantik menjadi
ketua AWAS di Kampung Lubuk Kawah, golongan wanita AWAS diwajibkan menjalani
latihan bersenjata. Bersama-sama Soleha ialah Rafeah Mat Yatim,Siti Mariam
Idris, Zawiyah, Zaharah, Rahmah Kadi Ahmad,Aminah The Bakar,Zamiah Abd Latif.
…..inilah
antara kisah-kisah dari para pejuang dan srikandi yang berjuang menuntut kemerdekaan
dari British dengan memetik api perjuangan dari obor yang dinyalakan oleh Dato
Bahaman bagi mempertahankan tanah tercinta dari jadi milik orang lain.
Semangat
perjuangan yang tidak kunjung padam….al Fatehah untuk semua yang berjuang dan
yang telah meninggalkan kita…….
Jangan jadi
golongan yang takut sebut perkataan “Merdeka” tetapi…………mereka pula yang
lebih-lebih….
19 comments
Info yg terbaik..terima kasih atas perkongsian
BalasPadamBanyak juga pejuang kemerdekaan yang kita lupakan dan tidak tahu.. terima kasih untuk artikle ini
BalasPadamTerima kasih kerana membaca ^^
BalasPadamNice info..sejarah negara kena baca
BalasPadamSejarah yg tak semua orang tahu dan juga ingat. Teringat masa belajar sejarah masa sekolah dulu. Nt boleh cerita dekat anak ttg sejarah ni. Anak suka sejarah malaysia ni. Tq for sharing
BalasPadamwah bagusnya info ni...tak semua orang tau kan...termasuk la saya hihi...tq info yang sangat bagus ni
BalasPadammasa sekolah dulu tak berapa minat sejarah hehe. lately macam seronok pula baca sejarah. thanks for sharing :)
BalasPadamSaya bangga menjadi orang Pahang yang juga turut sama dalam perjuangan kemerdekaan negara walaupun saya lahir pada zaman lepas merdeka.
BalasPadamThis is a good post.
BalasPadamTeringat pulak masa belajar sejarah masa sekolah dulu...good info..thanks for sharing
BalasPadamDulu sejarahlah paling susah nak ingat, tapi since sekarang banyak ke sana ke mari, saya rasa lebih baik berbalik semula pada sejarahkan.
BalasPadamDato Bahaman antara tokoh kemerdekaan yang cukup dikagumi akan semangat perjuangannya. Semoga menjadi ikutan untuk kita ya... Harap boleh sertakan gambar juga supaya pos lebih menarik. hihi
BalasPadamTokoh Kemerdekaan ni ramai. Perkongsian begini harus diperbanyakkan, sebab buku tokoh-tokoh pun susah nak cari dah.
BalasPadamWah bagusnya ada perkongsian macam ni kat blog! Zaman sekarang pun budak sekolah suka google utk cari bahan ulangkaji. Memang terbaik
BalasPadamsejarah my favorite seubject, apa2 sejarah, i loike.. rasa macam time travel back to the past gitu
BalasPadamnew info for me since dlu kat skolah dengar cikgu mengajar pun masuk xmasuk dlm kepala. btw thanks for sharing
BalasPadamwaaa.. seronok juga baca sejarah pahang ni .. btw sya org sabah ..
BalasPadamDato Bahaman biasa dengar...yg lain2 tu x pernah dengar...terima kasih atas perkongsian...banyak lagi sejarah2 yg saya tak tau ni
BalasPadamTerima kasih kerana membaca.. selamat berkenalan semua ^^
BalasPadam