LANGGAR
Perkataan ‘langgar” membawa beberapa
pengertian; a)menyerang dengan bersungguh-sungguh,b) bermakna surau, c) tempat
pemakaman diraja, d) bahagian beratap yang menganjur dari ibu rumah. Perkataan “langgar”
yang kita cuba bahaskan di sini ialah yang pertama iaitu menyerang dengan
bersungguh-sungguh di dalam medan perang.
Orang Melayu dulu terkenal
sebagai bangsa yang kuat dan ditakuti, mereka bangsa yang suka berperang dan
menjajah bangsa lain.Wilayah kekuasaan Orang Melayu begitu luas dari Asia
Tenggara hingga ke Hawaii meliputi Negara
Filipina,Malaysia,Indonesia,Australia,New Zealand.Kerajaan Melayu zaman dahulu
terkenal dengan kegagahan dan kekayaan sehingga boleh membina candi-candi yang
besar dan berdiri megah sehingga ke hari ini. Dengan berlaku peredaran zaman,
orang melayu yang telah maju dan bertamadun itu mulai mengasihi dunia dan takut
mati, di dalam mempersoalkan sebab kekalahan Melaka kepada pasukan kecil dari
Portugis, konon nya dikatakan kekuatan Melayu sangat kurang berbanding dengan
kekuatan Portugis yang memilki meriam,pemuras dan rentak, rupa-rupanya di dalam
gedung senjata kerajaan Melaka terdapat ribuan meriam,ribuan pemuras,ribuan
rentak yang masih belum digunakan. Kebolehan berperang yang dimilki oleh Orang
Melayu terlukis di dalam catatan sejarah Melayu lama, mereka berperang dengan
pelbagai cara dan menyusun pasukan tentera di dalam pelbagai bentuk sesuai
dengan perang yang akan di hadapi. Dato Bahaman di masa beliau berkuasa
menggunakan taktik “langgar” yang berkesan sehingga dapat mengalahkan kekuatan
pasukan Tun Mutahir,menewaskan pasukan Raja Mahadi. Semasa beliau kehilangan
kuasa; Dato Bahaman banyak menggunakan taktik gerila di dalam membuat serangan.Taktik
yang digunakan oleh Dato Bahaman agak menarik sesuai dengan persekitaran yang
beliau miliki di Pahang; spt sungai,hutan,jeram,kuala sungai,gua,bukit
bukau,Orang Asli dsbnya.Orang Melayu jarang menggunakan gajah sebagaimana orang
India ini disebabkan bintang gajah sukar dikawal di dalam suasana bising dalam
peperangan.
Orang Pahang sejak dari tahun 1500
mereka menghadapi banyak peperangan, oleh itu maka negeri ini terkenal dengan
tokoh pahlawan nya.Di zaman Raja Melaka menguasai Pahang, Negeri Pahang
menghadapi serangan dari Portugis dan Belanda, di awal kurun ke 17 ,Pahang
menerima serangan dari Aceh di bawah Sultan Iskandar Mahkota Alam, di awal
zaman bendahari, berlaku peperangan di antara Sultan Sulaiman dengan Anak Raja
Kecil Besar yang menuntut takhta warisan Marhum Mangkat di Julang, di zaman
Bugis pula rakyat Pahang berperang hingga ke Selangor. Pada pertengahan abad ke
18,Pahang menghadapi suasana tidak aman dengan sebab perebutan kuasa, perang
Kelang dan Pemberontakan Bahaman. Semua peristiwa ini membawa beberapa kesan
kepada penduduk Pahang dan peristiwa ini juga melahirkan beberapa tokoh-tokoh
pahlawan di Pahang,sehingga Pahang lebih dikenali sebagai negeri yang terkenal
memilki sebaris pahlawan negara yang cukup terkenal.
Susunan pasukan tentera Pahang dalam
abad ke 18 di ketuai oleh Tengku Panglima Besar dan di bawah beliau ada satu
jawatan Panglima Besar atau Jenderal. Tengku Panglima Besar berkemungkinan
memegang kuasa sebagai menteri dalam negeri sahaja dan hal ehwal ketenteraan
seluruh nya di bawah Panglima Besar yang di pegang oleh Syed Idrus. Di bawah Panglima
besar ada jawatan Panglima Laut dan Panglima Dalam. Pasukan perang tentera
Pahang diketuai oleh seorang Kepala Perang
yang diberi nama Imam Perang Mahkota, tugas kepala perang adalah untuk mengatur
pergerakan pasukan-pasukan dibawah kelolaan nya.Di bawah Kepala Perang, pasukan tentera di bagi kepada 6 pasukan di bawah enam
panglima,seperti contoh di dalam pertempuran di Pekan antara Wan Mutahir dengan
Sultan Ahmad, ada enam panglima seperti Panglima Kumbang,Panglima
Tapak,Panglima kakap Bahaman,Panglima Mansur. Mereka ini ditugaskan mengawasi
pergerakan dan kedudukan pasukan masing-masing. Setiap pasukan duduk di
dalam saf@barisan masing-masing. Pasukan
Dato Bahaman ada sepuluh ribu anggota. Di dalam setiap pasukan pula ada
beberapa panglima kecil seperti Panglima Kanan,Panglima Kiri dan Panglima
Tengah. Bagi orang yang mempunyai kebolehan tertentu, mereka dilantik sebagai
Panglima Pilihan.Anggota tentera di gelar Pahlawan. Setiap Pahlawan dimestikan
mempunyai kebolehan bersilat,bermain keris,pedang panjang,lembing dsb. Pahlawan
di dalam tentera raja Johor di gelar “serdadu”, kerana pasukan Johor banyak mengambil
susun bentuk pasukan British. Susunan ini digunakan semasa pergerakan untuk
menakutkan musuh dan memerahati pergerakan musuh,apabila pertempuran besar
berlaku susunan ini tidak diambil kira lagi. Setiap pasukan dibekalkan dengan
bendera merah dan hitam.Para Panglima mesti duduk dibarisan hadapan sekali.Pasukan
tentera Pahang mempunyai pakaian seragam hitam yang diberi nama Gagak
Sekawan.Mereka memakai songkok merah berjambul,baju rantai,seluar
sampak,bengkung sebagai perisai untuk melindungi kawasan perut,keris pendek
atau sundang ,pedang dibahu,perisai jika perlu. Bagi para panglima mereka
dibekalkan dengan senapang,pemuras dan rentak.Selain dari pasukan tentera,
Pasukan tentera Pahang mempunyai pasukan membawa bendera dan membawa gendang
dan serunai. Kumpulan ini menjadi tukang sorak dan penaik semangat kepada
pahlawan yang berperang. Mereka juga digunakan untuk menakutkan musuh dengan
bunyi gendang yang kuat dan ramai. Kumpulan memasak & merawat yang terdiri
dari wanita juga dibawa sama,biasanya mereka duduk di belakang jauh dari
pasukan tempur. Pertempuran hanya berlaku pada waktu siang,pada waktu malam
para pahlawan berehat.
Pada abad ke 18, Pahang mempunyai
dua medan peperangan atau “Langgar”.
Satu terletak di sebelah hilir sungai Pahang, iaitu di Kampung Langgar Pekan
Pahang. Kampung Langgar mempunyai satu unit padang yang luas, biasanya
pertempuran antara dua pasukan di adakan di situ,masing-masing mengambil
kedudukan di hulu dan hilir sungai.Pemberitahuan akan diberi kepada semua
pasukan hulu ke menang atau pasukan hilir. Satu tempat lagi yang biasa
digunakan ialah di Pulau Kg Lebak Temerloh. Di dalam pertempuran kedua di
antara pasukan Wan Mutahir dengan Sultan Ahmad 1, berlaku di Pulau Lebak, mula
nya pasukan Wan Mutahir @ pasukan hilir memenangi peperangan, masuk hari ke
tiga dan keempat,keadaan sudah berubah,pasukan hulu pula menang. Pasukan Sultan
Ahmad 1, dari kemaman mereka bertolak ke Hulu Pahang melalui Sg Tembeling
menghilir ke Temerloh,pasukan Wan Mutahir sudah menunggu di Pulau Lebak.
Inilah antara pembentukan pasukan
ketenteraan dan juga antara taktik peperangan yang digunakan oleh pahlawan
Pahang dalam abad ke 18,dan taktik ini juga lah mereka gunakan di dalam banyak
pertempuran sehingga ke Negeri Selangor.Semoga tulisan ini menjadi pembuka
jalan kepada kajian-kajian yang lain untuk melihat kegiatan peperangan orang
Pahang bukan saja melalui penceritaan,tetapi kita dapat melihat bagaimana
setiap pasukan itu disusun,bagai mana pergerakan pasukan,bagai mana makanan dan
perubatan di hantar bagi membantu para pahlawan yang sedang bertempur di
garisan hadapan.Dan yang paling menjadi persoalan kepada penulis;bagaimana para
pahlawan ini boleh tewas kepada British….patut dikaji………….
0 comments