IMAM SYAHIBUDIN @ TUK SHAHIBUDIN BUKAN KETURUNAN RAJA @ SULTAN.
Saya minta maaf kepada para peminat ruangan
SEJARAH ISLAM PAHANG kerana pada minggu ini tulisan saya agak bersifat peribadi
kerana menjurus kepada keturunan saya sebelah ibu . Di dalam satu tulisan dari saudara kita,
mereka mendakwa bahawa Imam Syahibudin adalah keturunan “Sultan” berdasarkan
satu tulisan di dalam akhbar Berita Harian dalam tahun 1960an di mana bapa saya
Tuan Guru Haji Hasanuddin mengelar Imam Syahibudin dengan gelaran “Sultan
Syahibudin bin Sultan Zainal Abidin”. Sepanjang saya membuat kajian mengenai
sejarah Islam di Pahang sebagai satu bidang yang saya minat, saya mendapati
satu kecenderongan di kalangan orang lama menyambung keturunan mereka kepada
raja atau pembesar. Kalau kita lihat salsilah yang di ambil dari orang lama di
mana sahaja, jika mereka itu dari golongan pembesar maka dia akan mencantumkan
salsilah tersebut kepada raja, jika dia orang kampong biasa dia akan cantumkan
salsilah itu kepada pembesar seperti panglima raja dsbnya.Berbalik kepada Imam
Syahibudin, saya telah mengkaji mengenai tokoh ini sejak dari tahun 1983, di
mana saya telah pergi ke kampong-kampung yang ada kaitan dengan tokoh ini
seperti di Kg Seberang Cenor di situ ada adik beliau bernama Tuk Aboi atau Tuk Sahi mengikut gelaran orang kampong saya.
Saya juga pergi ke Mengkarak untuk melihat makam bapa saudara sepupu kepada
Imam Syahibudin iaitu Imam Zul Bayan dan Imam Nurqadim, saya menumpang di rumah
Ustaz Ahmad Pelawat, bertemu dengan En Osman Merah dll.Saya lama tinggal di
Pekan Bandar Diraja, berkawan dengan Dato Mokhtar penyelia Mezium pertama di
Pahang, Saya sering berkonteks dengan Dato Dr Ariffin Said ahli budayawan
Pahang, sempat bertemu dengan Dato Aziz bekas SUK Pahang yang juga anak cucu
Tuk Sahi di Kg Seberang Cenor. Pada tahun 1995,saya dengan beberpa rakan
diserah tugas untuk menulis sebuah buku yang kami beri tajuk “Sejarah Islam
Pahang” bagi tujuan mengutip derma bagi Maahad Tahfiz al Amin di Kg Berhala
Gantang, buka tersebu lebih banyak mengenai anak cucu Imam Syahibudin bukan
sangat mengenai sejarah Islam di Pahang. Selepas itu saya membuat lagi kajian
terperinci mengenai sejarah Islam di Pahang serta tokoh-tokohnya, Maka saya
dapati penulisan saya di dalam buku Sejarah Islam Pahang banyak mengandungi
kesilapan tarikh, maka saya syorkan supaya para pembaca tidak sangat merujuk
kepada buku tersebut walaupun banyak fakta di dalam itu adalah benar tetapi
masalah tarikhnya meragukan, ini disebabkan saya di dalam keadaan yang tergesa2
telah menulis berdasarkan cerita lisan sahaja amat sedikit saya merujuk kepada
sumber tulisan. Selepas itu saya menerima banyak feedback dari mereka yang
berminat di dalam masalah ini dengan memberikan saya pelbagai bahan pinjaman
seperti syair,kitab dan risalah kecil. Maka dari situ saya dapat membuat satu
kesimpulan baru mengenai tokoh2 ini spt berikut:
Tokoh di dalam tahun 1700 -1750 spt Kadi Ismail
Bangau,Mufti Imam Zul Bayan,Tok Tuan,Dato Suji Bilang,Mufti Tuk Mengkasar dll.
Tokoh di dalam tahun 1750-1800 spt Imam
Syahibudin,Imam Muda Mamat,Imam Nur Qadim,Mufti Haji Mukhsin.
Tokoh di dalam tahun 1800- spt Tuan Teh, Kadi Besar Pahang Kadi Abu
Bakar, Mufti Hj Abdul Syukur.
Berbalik kepada keturunan Imam
Syahibudin,marilah kita mengkaji syair Asyikin ia itu satu dari 4 syair yang di
tulis oleh beliau sendiri yang di salin dalam tahun 1780 yang saya rakam dari
bait ke 207:
207 Tersayang-sayang
pada rasaan
Kepada Umbi
Datuk Perempuan
Orangnya
arif lagi budiman
Upas
jahil sudah termakan
208 Beberapa
yang lain daripada itu
Suas dan
sarban, leqa dan selu
Umma’hat
Fakir nasab yang tentu
Beratur
moyang,datuk dan nenek.
Dalam rangkap ke 207, syair ini menyatakan
bahawa Imam Zul Bayan adalah anak kepada Nenek Saudara beliau bernama “Umbi”.
Nenek ini adalah saudara perempuan kepada Dato Suji Bilang yang menjadi
pembesar di Tanjung Keramat Temerloh.Ibu Imam Syahibudin bernama Norsiah
berasal dari Cenor berkahwin dengan Zainal Abidin, mereka adalah sepupu.
209 Ke
atas itu Datuk Perkasa
Perhimpunan
dagang tempat semenda
Daerah
Pahang Sekaliannya rata
Sekaliannya
habis cicit dan cunda
Dalam rangkat ke 209, syair ini menjelaskan
bahawa moyang Imam Syahibudin bernama Dato Perkasa (ada yang membaca dengan
nama Dato Paksa), saya membaca syair ini dengan Imam Mat Yassin di Kg Sanggang
dengan sebutan Dato Perkasa. Sebutan ini tidak menjadi msalah yang penting, di
dalam rangkap ini menjelaskan bahawa Imam Syahibudin bukan keturunan “raja”
atau “Sultan” sebagaimana yang diceritkan oleh ayahnda saya yang besar
kemungkinan diambil dari cerita lisan orang tua-tua, bukan dari sumber yang
sahih dan betul . Bagi saya hal berkaitan dengan keturunan ini ada lah jelas
kerana yang menulis syair ini Imam Syahibudin sendiri.Syair ini di salin oleh
anak cucu beliau, di simpan pula oleh berapa orang ditempat yang berlainan.
Syair ini saya jumpai di dalam simpana Dato Syahibudin bin Muhamad bekas SUK
Pahang, di dalam simpanan Imam Mat Yassin Kg Sanggang yang di ambil dari
ayahnadnya Imam Yaakub Sanggang, di dalam simpanan Saadiah bin Imam Yaakub Kg
Raja Songsang.
210 Asal
Pahang empat saudara
Di Pulau
Datu, seorang di Bera
Daerah
Mengkarak saudara yang tua
Yang di
Cenor moyang Tok Raja.
Dalam rangkap ke 210, di sebutkan di zaman
dahulu ada empat kawasan yang mula ditadbir secara berperaturan di Pahang ia
itu di kawasan Bera,Mengkara,Cenor dan Pulau Datu. Pulau Datu.
211 Seorang
pun tidak ada yang tinggal
Keling
dan Cina, Bugis dan Benggal
Sehingga
bercicit nutfah nya tanggal
Datuk
Perkasa ( فـقـسا )itulah asal
Datuk Perkasa mempunyai menantu dari pelbagai
bangsa yang datang ke Tanah Melayu pada masa itu, ada menantu dari keturunan
Cina, ada menantu beliau keturunan India @ Keling, ada keturunan Bugis dan
Bengali. Bila saya menbuat kajian beberapa keturunan di Cenor dan
Jenderak,mereka menasabkan datuk mereka kepada “Tuk Tambi” yang jelas dari
keturunan Saudagar Kaya India yang datang ke Pahang mencari emas,gaharu,gading
gajah dan kemiyan.
212 Tetapi
nya jarang orang yang tahu
Cawangnya
banyak mendaun kayu
Beberapa
bangsa beberapa suku.
Sedutan dari Syair Asyikin rangkap ke 207 hingga ke rangka ke 213.
Di bawah ini pula saya tambah
sedikit mengenai kedudukan mufti di Pahang di dalam awal kurun ke 18, jawatan
mufti diberi gelaran “Imam Zul Bayan” atau امام ذو
البيان ,menurut cerita lisan
nama beliau ialah Hashim. Imam Zul Bayan dalam tahun 1720-50 ini merupakan
Mufti Pahang pada masa itu, beliau mempunyai anak yang diberi gelaran Imam Nur
Qadim. Imam Zul Bayan ini merupakan bapa saudara sepupu kepada Imam Syahibudin,
makam beliau terletak di Kg Mengkarak Bera Pahang. Pada masa ini telah di
dirikan sebuah pusat pengajian diberi nama Pondok Tok Mengkarak yang sangat
memerlukan sokongan tuan2/puan2. Di situ terdapat maqam Tok Mengkarak. Namun
saya tidak menolak jika dari sebelah ibu Imam Syahibudin adalah dari pembesar
yang datang dari Jawa atau Minangkabau jika ada bukti yang kuat dan kukuh.
Cerita ini dipendekkan
Masyhur di Pahang Imam Zul al
Bayan
Ialah jadi Naib sultan
Pulang kepadanya perintah
sekalian
Perkataan “ Ia lah jadi Naib
Sultan” memperlihatkan tokoh ini adalah mufti yakni memberi kata putus di dalam
soal2 keagamaan.Pendapat saya mengenai kewujudan mufti Pahang di zaman itu
telah ditolak oleh beberapa pihak kononnya tidak wujud lagi jawatan itu pada
masa tersebut. Bagi saya ungkapan ini sudah memadai kerana di Temerloh telah
wujud jawatan Kadi Bangau.
Kemudian itu Imam Nurqadim
Anak yang tua lagipun alim
Mertabat besar terlalu rahim
Seisi Pahang tawakal dan salim
Jalan agama tatkala itu
Sebarang jenis sekalian laku
Berbuat ibadat sekalian nafsu
Tukang tidak membuang kayu
Berapa banyak yang handalan
Dari Jelai sampai ke Pekan
Kampung Makasar bergelar To’Uban
Dirantau Temerloh berbilang
pegangan
Kepala ilmu mengenal diri
Dimitalkan tanah buyung dan kendi
Sekalian alam wujud mazaji
Hanyalah Allah yang hakiki
Berbagai jenis kias dan misal
Siapa yang menang itulah handal
Alam arwah, Alam misal
Alam ajsam, Insan Kamil
Alam lahut, Alam jabarut
Alam nasut, Alam Malakut
Ayan Thabit dimisalkan ombak
Putus makrifat disanalah hanyut
Muhadith dan Qadim disana
terhimpun
Umpama laut ombak mengalun
Dimisalkan benih dengan pohon
Benihkan dahulu atau pohon
Istilah2 yang digunakan oleh Imam
Syahibudin di dalam syair ini mengambarkan bahawa Imam Zul Bayan membawa
kefahaman yang di bawa oleh Hamzah Fansuri dari Aceh. Ajaran ini mengikut Imam
Syahibudin di zaman itu menguasai semua penduduk Pahang.Jadi jelas dari kedua-dua
sumber ini menyatakan salsilah Imam Syahibudin bukan dari keturunan raja Cuma dari
pembesar Pahang yang datang dari Melaka. Menurut pengamatan saya Dato Perkasa
ini adalah seorang pembesar raja yang tinggal di Cenor di zaman Sultan Abd
Ghafur Mahyuddin Syah dalam tahun 1600 masehi.
0 comments