Pilih Bahasa

SAMBUNGAN AKHIR KITAB RAUDATUL JINAN





Ketahui olehmu bahawasanya sekalian anggotamu itu akan naik saksi ia atasmu pada hari kiamat atas barang yang perbuat kamu dalam dunia beroleh nasihatlah di hadapan kalayak segala mahluk seperti firman Allah:
يوم تشهد عليهم ألسنتهم وأيديهم بما كانوا يعملون

Yakni: Pada hari kiamat naik saksilah atas lidah mereka itu dan tangan mereka itu dan kaki mereka itu dengan barang yang ada diperbuat mereka itu dalam dunia.
Maka  pelihara akan oleh mu segala anggota mu daripada berbuat durhaka atasm u pula segala anggotamu yang tujuh itu iaitu mata dan telinga dan lidah dan perut dan faraj dan kaki dan tangan, dek kerana bahawasanya neraka jahanam itu baginya tujuh pintu bagi tiap-tiap pintu itu bahagianya yang tertentu maka tiada ditentukan bagi segala pintu itu melainkan barang siapa yang berbuat durhaka dengan tujuh angggota itu. Ada pun mata peliharakan oleh mu dari tiga perkara pertama menilik yang haram dan menlik rupa yang elok dengan sahwat, kedua menilik orang islam dengan tilik kehinaan,ketiga menilik kepada aib orang islam.Ada pun telinga maka pelihara olehmu daripada mendengarkan bidaah atau mengumpat atau klata-kata keji atau cerita yang sia-sia atau sebutan kejahatan manusia,sabda Nabi s.w.a
ان المستمع شريك القائل وان المستمع احد المغتا بين
Yakni : Bahawasanya orang yang mendengar itu bersekutu dengan orang yang mengata dan bahawasanya orang yang mendengar itu salah seorang dari dua orang yang mengumpat.
Ada pun lidah maka pelihara olehmu daripada lapan perkara:
Pertama: berkata-kata dusta jika sekalipun bergurau senda sekalipun.
Kedua: Menyalahi janji melainkan kerana darurat sabda Nabi s.w.a:
للمنافق ثلاث علامات اذا حدث كذب واذا وعد خلف واذا اتمن خان
Yakni bagi golongan munafik itu tiga alamat apabila ia berkata dusta lah ia dan apabila berjanji menyalahi dan apabila berpetaruh khianatilah ia.
Ketiga: Mengumpat iaitu akan seorang manusia dengan barang kebenciannya jikalau mendengar akan dia ,firman Allah:
ولا يغتب بعضكم بعضا
Yakni jangan kamu mengumpat setengah kamu setengahnya.
Keempat: Berbantah dan berkelahi dengan manusia.
Kelima:Menyucikan ( mendakwa )diri baik,
Keenam:Memberi laknat akan sesaorang.
Ketujuh: Doa akan kebinasaan makhluk jikalau ia menginaya akan dikau sekalipun serahkan pekerjaan itu kepada Allah.
Kelapan:Bersenda dan bergurau dan berjenaka maka pelihara olehmu akan lidahmu daripadanya maka bahawasanya ia menghilangkan airmukamu dan mengurangkan kehibatan pada hati sekalian makhluk.
Ada pun perut itu pelihara oleh mu daripada mencapai haram dan syubhah dan loba atas yang halal maka sayugia hendaklah kurang kan kenyangnya maka bahawasanya perut yang kenyang itu mengeraskan hati dan membinasakan akal dan mengsia-siakan hafazan,dan memberatkan anggota daripada ibadat dan ilmu dan menguatkan syahwat dan menolongi tentera syaitan dan adalah kenyang daripada halal itu permulaan kejahatan maka tiada pula yang haram dan menuntut yang halal itu fardhu ataus tiap-tiap Islam.
Ada pun Faraj (Kemaluan) maka pelihara oleh mu daripada segala yang diharakann Allah taala maka tiada peroleh memelihara faraj melainkan dengan mememlihara mata daripada menilik dan memelihara hati dari memikirikan dan memlihara perut dan syubhah dan daripada kenyang.
Adapun dua tangan maka pelihara oleh mu daripada memalukan orang Islam atau mencapai yang diharamkan atau menyakitkan seorang dari makhluk atau khianat ajab orang Islam pada amanah atau pertaruh atau menyurat barang yang tiada harus mengata akan dia maka bahawasanya adalah kalam itu dalam satu lidah maka pelihara olehmu kalam seperti kamu memelihara lidah jua.
Ada pun dua kaki maka pelihara olehmu daripada berjalan kepada yang diharamkan atau pergi ke pintu raja-raja(pemimpin yang tidak adil) yang inaya melainkan darurat.
*  *   *
Ketahui olehmu bahawasanya Sifat Kecelaan pada hati itu amat banyak  dan jalan mensucikan dia itu amat lanjut dan jalan mengubati dai itu amat sukar sesungguhnya telah hapuslah sekalian ilmu dan amal kerana lalai segala makhluk daripada diri mereka itu dan memperbanyakkan mereka itu dengan segala perhiasan dunia. Sebermula pohon segala kejahatan hati itu tiga perkara:
Pertama: Dengki
Kedua:    Ria’
Ketiga:    Ujub(bangga diri).
Sabda Rasullulah s.w.a:
ثلاث مهلكات شخ مطاع وهوى متبع واعجاب المرؤ بنفسه
Yakni tiga perkara merusakkan engkau;pertama, kikir (kedekut)kedua,hawanafsu yang kau turuti,ketiga ujub manusia akan dirinya. Maka dengki itu terbit dari kedekut dan ria itu terbit dari hawa nafsu.
Ada pun dengki itu kesudahan kejahatan yang membinasakan kebajikan,seperti sabda Nabi s.w.a:
الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Yakni :Orang yang dengki itu memakan ia segala kebajikanya sebagaimana memakan api akan kayu. Maka dikehendaki dengan dengki itu; bahawa kasih seorang itu akan hilang nikmat daripada seorang hamba Allah seperti harta dan ilmu dan dikasihi orang banyak dan barang jikalau tiada hasil baginya sekalipun dinamai dengki jua maka sekali-kali tiada sampai seorang hamba kepada hakikat imam selama belum ia mengasihani segala (orang )Islam seperti ia mengasihani akan dirinya.
Ada pun Ria’  itu maka iaitu Syirik Khafi(شريك خفى) dek kerana ria itu menuntut akan pangkat dan derjat pada hati segala makhluk supaya beroleh gah dan masyhur antara segala manusia dan dalamnya lah binasa kebanyakan manusia. Maka tiada jua  yang terlebih membinasakan manusia itu melainkan manusia jua dan datanglah cerita hadis bahawasanya seorang mati syahid itu dititahkan Allah taala akan dia pada hari Kiamat masuk neraka maka sembahnya: “Ya Rabb!! Bahawa aku syahid pada perang fi sabillilah”,maka firman Allah Taala: “Engkau kehendak supaya dikata orang engkau berani!”,
Demikian itulah firman Allah taala:
من كان يريد حرث الاخرة نزدله فى حرثه ومن كان يريد حرث الدنيا نؤته منها وماله فى الاخرة من نصيب
Yakni:Barang siapa yang berbuat amal yang menghendaki pahal akhirat nescaya dianugerahi akan Allah Taala akan dia berganda-ganda baginya pahala padda amalnya dan barang siapa berbuat amal kerana menghendaki dunia nescaya di anugerahi dia Allah taala dalam dunia jua dan tiadalah baginya untung pahala dalam negeri akhirat sesuatu jua pun.
Ada pun ujud dan takbur itu  maka itulah penyakit yang tiada baginya ubat,Maka yakni ujub itu iaitu menilik seorang akan dirinya dengan tilik kemuliaan dan kelebihan dan kebesaran dan makna takbur itu bahawa menilik seorang itu kepada dirinya dengan tilik kemuliaan dan kelebihan dan kebesaran serta menilik ia akan lainnya dengan tilik kehinaan dan kekurangan,Maka barang siapa melihat dirinya terlebih dari sesaorang maka itu dinamai Takbur, sabda Rasullulah s.w.a:
لا تدحل الجنة من فى قلبه مثقال ذرة من كبر
Yakni:Sekali-kali tidak masuk syurgabagi barang siapa yang ada pada hatinya seberat zarah sekalipun daripada takbur.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
الكبرى رداءى فمن نازعنى ادحله نارى
Yakni: Takbur itu sifatKu,maka barang siapa merampas ia dariKu maka Ku Masukkan ia kedalam nerakaKu.
Tanbih !!! Wahai segala saudara ku dengarkan oleh mu segala nasihat yang telah disebutkan fakir di dalam risalah ini,maka tanamkan oleh mu dalam hatimu dan berpaling lah engkau daripada duniamu kepada akhiratmu,dan peliharalah olehmu zahirmu dan batinmu daripada menyalahi keredhaan Allah,dan membawa taubatlah engkau dengan sebenar-benar taubat dari segala dosamu dan sentiasalah engkau menilik kecelaanmu dan taksir dengan سلم  dan takutmu akan Allah taala dan berlawanlah engkau dengan hawanafsumu dan berperanglah dengan Iblis dan Syaitan dan bergantunglah engaku dengan syariat Rasullulah s.w.a maka tuntulah oleh mu ilmu yang memberi manufaat akan dikau dalamnya. Dan jauhkan olehmu kaum yang bidaah dan sesat dan daripada sahabat dengan segala ulama yang jahat mudah-mudahan terpeliharalah engkau daripada segala bahaya dalam dunia dan dalam akhirat,Wal hamdulillahi rabul alamin,wassalatuwasalamu ala saidina Muhammad wa ala alhi wa sahbihi ajmain.



Tamat risalah ini pada waktu Duha,hari Isnin pada tigabelas haribulan Syakban atasa hijrah nabi s.w.a seribu dua ratus lapan belas(1218H @ ),pada tahun Jim bilangan Khamis ,Walhamdulliah Rabul alamin,telah selesai Fakir yang daif menyurat risalah ini kepada sembilan hari bulan Syaban kepada hari Sabtu hampir waktu zohor kepada hijrah nabi seribu dua ratus tujuh puluh tiga tahun(1273H) pada tahun ha Amin! Dan sudah fakir menyurat kepada tulisan rumi pada duapuluh lima jamadil awal tahun satu ribu empat ratus duapuluh lapan pada waktu asar, dan tamat lah menyalin dia oleh hamba yang daif lagi asi Zainal  Abidin bin Lebai Hassan , Amin!!!




Share:

0 comments

Flag Counter