BHG 1 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’
Sepanjang
hampir lebih 500 tahun, Kewujudan raja-raja Melayu yang Islam, sebahagian dari
mereka ada yang memiliki ilmu agama setaraf dengan para ulama.Maka zahir di
zaman mereka kemajuan dan kekuatan ummah sehingga kerajaan Melayu di bawah
naungan raja-raja yang memiliki wilayah kekuasaan yang begitu luas dan kuat.
Kerajaan Melayu Islam Melaka@ 1200-1400M menguasai seluruh kepulauan Nusantara
dari Kampuchea,Brunie,Filipina,Jawa,Sumatera dan seluruh Tanah Melayu, dalam
kata lain mereka hampir-hampir menguasai seluruh Negara-negara Asean ketika
ini. Kekuatan tentera Melaka amat digeruni oleh raja-raja Burma dan Thailand,
sekalipun raja-raja tersebut amat terkenal dengan kekuatan dan kegagahan
hulubalang mereka. Raja Burma bukan sahaja menguasai Burma dan Thailand malah
hamper mengusai keseluruhan Kampuchea,Vietnam dan Laos. Begitu juga di zaman
Kerajaan Melayu Islam Aceh di bawah Sultan Iskandar Mahkota Alam @1600 Masehi.Kerajaan
Aceh berjaya menyekat pengaruh Belanda dan Portugis di Nusa Tenggara. Kekuatan
tentera barat masa itu mampu di sekat oleh kekuatan imam Sultan Aceh dan
rakyatnya. Kerajaan Islam di Jawa yang
di asaskan oleh Wali-wali Songgo, mereka menguasai hampir keseluruhan Kepulauan
Indonesia. Raja-raja ini berjaya mengukuhkan kekuasaan mereka berlandaskan Al
Quran dan Sunnah.Kekuatan Raja-raja Melayu Islam jauh lebih kukuh dan ampuh dari
para pemimpin Melayu yang mendukung sekularisma mutakkhir ini.
Di
zaman Melaka telah lahir beberapa orang sultan yang alim dan warak antara nya
Sultan Alauddin Raiyaat Shah,Sultan Mansur Shah, begitu juga beberapa bendahara
yang sangat alim. Sultan Mansur Shah sangat memuliakan para alim ulama sambil
mendalami ilmu agama hingga berupaya mendalami ilmu tasawuf. Sultan
Mansur Shah turut memuliakan alim ulama apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan
Maulana Abu Ishak diarak dengan penuh penghormatan dari kapal sampai ke
balairong seri, kemudian baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu
Bakar. Baginda menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih
suka merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih dahulu di dalam segi agama. Kanun undang-undang Melaka
dikatakan mirip kepada keislaman di susun oleh Qadhi Melaka ketika itu ialah
Sayid Yusof bin Syed Abdul Aziz yang
telah berjaya mengukuhkan kedudukan perlembagaan Islam di Melaka.Pendek kata zaman
baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya kerana diperintah oleh
raja yang berilmu, adil dan pencinta agama. Tambahan pula ada pembantu-pembantu
negara seperti Paduka Bendahara Tun Perak dan para hulubalang seperti Hang Tuah.Menurut
satu catatan lama, Laksamana Hang Tuah mengamalkan Tarekat Syazaliyah
Pada
akhir kurun ke 16 atau lebih tepat sekitar tahun 1590, lahir seorang raja di
Pahang yang sangat mengambil berat berkenaan dengan agama Islam. Baginda bukan
saja mempastikan keluarga baginda memiliki ilmu agama yang tinggi tetapi juga
baginda berusaha melaksanakan perundangan Islam sebagai perlembagaan tertinggi
di dalam pemerintahan baginda. Ketinggian ilmu yang dimilki oleh Puteri
Kamariah iaitu permaisuri kepada Sultan Mahkota Alam,memperlihatkan satu sudut
ketinggian ilmu agama di Pahang pada masa pemerintahan baginda. Sultan Abd
Ghafur Mahyuddin Shah merupaka sultan Pahang yang pertama berusaha menwujudkan
Hukum Kanun Pahang, Baginda di dalam usaha ini bukan saja menyusun untuk negeri
Pahang tetapi juga baginda menjemput para sultan dan ulama dari Kedah,Perak
Patani dan Berunai untuk bekerjasama menjayakan usaha ini.Bagi mengeratkan
hubungan Pahang dengan Patani sebuah negeri yang kaya dengan ulamak,baginda
telah mengahwini salah seorang puteri dari negeri tersebut.
Pada
pertengahan kurun ke 17,lahir seorang sultan yang gagah perkasa di Aceh, sultan
yang berasal dari Pahang ini diberi gelaran Sultan Iskandar Sani menganttikan
Sultan Mahkota Alam. Sultan Iskandar Sani seorang sultan yang melantik
penasihat dan mufti bagi Aceh Darul Salam bernama Syeikh Nuruddin al Raniri,
Beliau seorang mufti yang sangat alim dan tegas. Mufti ini dilantik atas
kapasiti keberanian beliau menegur segala tindak tanduk raja.Mufti yang berani
mencegah kemungkaran dan menegakkan keadilan. Sultan Iskandar Sani @ Raja
Ahmad, disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu,merupakan seorang raja yang
mempunyai pendidikan agama yang tinggi, sangat menghormati para pembesar dan
sentiasa mengambil pandangan dari mereka dalam segala keputusan yang di ambil.Perlantikan
beliau sebagai Raja Aceh dapat mengukuhkan kerajaan ini dari serangan Portugis
dan Belanda.Baginda juga Berjaya menyekat pengaruh Spanyol di Filipina.Di zaman
baginda perkembangan ilmu agama semakin maju sehingga Aceh di sebut “Negeri
Serambi Mekah”.Baginda mengetuai beberapa kali serangan Aceh ke atas Melaka
bagi membebaskan Melaka dari cengkaman Portugis.
Pada
akhir kurun ke 18, lahir seorang anak raja dari Riau yang mempunyai
pendidikan agama yang tinggi ,beliau ialah Raja Ali Haji. Walaupun tdak pernah
menjadi raja dalam ertikata sebenarnya namum beliau telah dilantik menjadi
putera Mahkota kerajaan Riau untuk beberapa lama. Nama lengkap beliau ialah
Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Al-Syahid fi
sabilillah bin Upu Daeng Celak, nama beliau lebih masyhur dengan sebutan Raja
Ali Haji saja. Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan
Riau-Johor dan Pahang. Raja Ali Haji dilahirkan oleh ibunya, Hamidah binti
Panglima Malik dari Selangor, tahun lahirnya tercatat pada 1809. Pada tahun
1822 sewaktu ia masih kecil, ia pernah dibawa oleh orang bapanya ke Betawi@Jakarta.
Ketika itu orang tuanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Raja Riau untuk
bertemu dengan Gabenor Jeneral Baron van
der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad mengikut bapanya yang menjadi
utusan (kerajaan Riau) ke Jawa itu, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan
oleh puteranya Raja Ali untuk bertemu dengan ramai para ulama bagi memperdalam pengetahuan Islamnya, terutama
ilmu fekah. Di antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya ialah Saiyid Abdur
Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar Ilmu Falak ketika berada di
Betawi.
Pada tahun 1827/1243H Raja Ahmad
pergi ke Mekah, puteranya Raja Ali Haji ikut serta. Raja Ali Haji terus tinggal
dan belajar di Mekah untuk suatu masa yang agak lama. Ia bersahabat dengan
salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh
Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Ketika hendak
pulang Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu
supaya bersedia pergi ke Riau, menurut rencananya jika mendapat persetujuan
akan dijadikan mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja
Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke
Kaherah di Mesir, Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh
saudara sepupunya itu mengajar agama Islam.
Raja Ali Haji bergelumang di dalam dunia pendidikan agak lama sehingga
Berjaya menghasilkan karya dalam jumlah yang agak banyak.. Dikatakan bahawa
beliau telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu
Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji memang berkemampuan tentang berbagai-bagai
ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.
Senarai karangan Raja Ali Haji yang telah diketahui adalah seperti yang
berikut:
* Kitab Bustanul Katibin li Shibyan al- Muta'allim tahun 1267
H/1850M
* Kitab Pengetahuan Bahasa, tahun 1275 H/1858M
* Kitab Jauharat’ ul-Maknunah, dinamakan juga Siti Shiyanah
Shahibul Futuwah wal Amanah
* Kitab Tuhfath al- Nafis, 3 Syaaban 1282 H/1865M
* Kitab Muqaddimah fi Intizham.
* Risalah Tsamarat al- Muhimmat ,pada 10 Syaaban 1275H/1858M
* Salasilah Melayu dan Bugis, 15 Rabiulakhir 1282H/1865M
* Syair Hukum Nikah atau Syair Kitab an-Nikah atau Syair Suluh
Pegawai
* Syair Sinar Gemala Mustika Alam.
* Syair Sultan Abdul Muluk, hari Rabu, 8 Rejab 1262H/1846M.
* Gurindam Dua Belas, tahun 1846M.
0 comments