Pilih Bahasa

MISTERI ISTERI KADI IBRAHIM (BAHAGIAN 2)






Oleh kerana kawasan tabiran yang begitu luas, maka kehidupan harian Kadi Ibrahim sentiasa berpindah randah dari satu mukim ke mukin yang lain mengikut keperluan selain mentaati perintah sultan.Oleh kerana sering berpindah randah dari satu daerah ke satu daerah,maka ini menyebabkan Kadi Ibrahim sering berkahwin baru. Perkahwinan ini dek kerana tawaran dari orang-orang yang ingin mendapatkan “zuriat yang berkat” dari orang alim.

Di dalam masyarakat Islam awal abad 20, menjodohkan anak perempuan dengan tokoh agama dianggap satu penghormatan. Oleh itu kita dapati isteri dan anak cucu Kadi Ibrahim terdapat di seluruh Pahang, bak kata seorang nenek kepada saya:” dari air melilih hingga ke ombak memecah…..di mana kita pegi di situ ada saudara kita”.

Kajian kami, kami dapati kata-kata ini memang benar, masih ada waris Kadi Ibrahim di Kuala Pahang, dan ada riwayat mengatakan Kadi Ibrahim pernah berkahwin dua kali di Kuala Lipis,tetapi menurut En Mustapha cucu kepada Aki Arshad yang menjadi pemandu kepada Kadi Ibrahim, beliau tidak ada anak di Kuala Lipis.Ada juga anak cucuk Kadi Ibrahim di Kg Pedah,Jerantut dan di Kg Pesagi Maran,namun masih belum dapat di jejaki lagi orang nya.

Cuma kami masih tidak dapat menentukan siapakah gadis yang menjadi isteri pertama Kadi Ibrahim!! Di sini kami perturunkan nama isteri Kadi Ibrahim yang dapat kami kesan setakat ini,dan kami mohon pada warak waris menambah usaha ini.



Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.