Pilih Bahasa

MISTERI ISTERI KADI IBRAHIM (BAHAGIAN 1)





Di antara leluhur kami yang kami sangat banggakan ialah Kadi Ibrahim bin Hurairah, Kadi Pahang yang pertama di lantik di zaman campur tangan British di Pahang 1889. Kadi Ibrahim lahir di Kampung Berhala Gantang sekitar tahun 1840an. Bapa beliau mempunyai isteri lain di Kampung Teluk Sentang, di sana Kadi Ibrahim mempunyai beberapa adik beradik yang lain.Kadi Ibrahim sebelah bapanya keturunan dari Perak Darul Riduan,manakala sebelah ibu nya adalah cucu kepada Imam Syahibidin bin Zainal Abidin. Datuk Kadi Ibrahim yang brnama Khatib Ngah  berkahwin dengan Usiah anak kepada Lebai Endak lalu menetap di Kampung Berhala Gantang.



Kadi Ibrahim sejak kecil belajar di Kampung Berhala Gantang dengan tuan-tuan guru yang ramai terdapat di situ, semasa remaja beliau pergi menyambung pelajaran ke Cenor di bawah bimbngan Kadi Haji Abd Rahman di Kg Kertau. Setelah tamat pengajian di sana,beliau dihantar oleh ayahnda nya menyambung pelajaran ke Mekah sekitar tahun 1870.Sekembali dari Mekah,beliau telah di lantik menjadi Kadi Berhala Gantang. Pada tahun 1890 beliau dilantik menjadi Kadi Besar Pahang dengan gaji 180 ringgit setahun, beliau juga di sebut “Kadi Tua’ di kalangan kadi Pahang. Beliau menjadi kadi sehingga tahun 1909. Tugas Kadi Besar adalah mengurus hal ehwal mahkamah syariah di bahagian hulu Pahang, dari Temerloh hingga ke Kuala Lipis.



Share:

0 comments

Flag Counter