Pilih Bahasa

SALSILAH 89 ULAMAK PAHANG

 







BUKU SALSILAH 89 TOKOH ULAMAK PAHANG @ E BOOK


Prakata pengarang,

Buku Sejarah Salsilah Ulamak Pahang mengandungi lebih dari 80 tokoh-tokoh ulamak yang terdapat di Pahang sejak dari abad ke 18 hingga ke abad 21’
Negeri Pahang terkenal sebagai sebuah negeri yang ramai melahirkan para pahlawan dan pendekar terbilang seperti Tuk Gajah, Bahaman, Mat Kilau, juga melahirkan tokoh-tokoh militant seperti Abu Samah,Kamaruzaman Teh dsb nya.
Tidak ramai orang tahu yang Negeri Pahang mempunyai sejumlah besar ulamak yang berkelibar yang boleh menyusun “Hukum Kanun Pahang”, ulamak yang mengarang lebih 1000 bait syair seperti Imam Syahibudin, ulamak yang mengarang kitab-kitab seperti Kadi Besar Pahang,Kadi Ibrahim bin Hurairah.
Maka buku ini wajar di miliki oleh setiap Orang Pahang yang minat dengan sejarah Pahang,yang berminat mengetahui tokoh-tokoh agamawan Pahang, juga peminat sejarah tempatan.
Sejarah ulamak Pahang bukan sejarah yang terputus-putus tetapi satu rantaian sejarah yang bersambung sejak 300 tahun yang lalu bermula di zaman Syeikh Nuruddin al Raniri sehingga ke zaman sekarang, satu rantaian sejak yang sentiasa bersambung tidak putus-putus bagi membuktikan Islam berkembang di Pahang seperti di negeri-negeri lain.





Share:

0 comments

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengenai Blog : Blog menceritakan kajian sejarah, budaya dan makanan di Pahang. Mengenai Penulis : - Zainal Abidin bin Lebai Hassan @ Tuan Guru Haji Hasanuddin,Pengasas Madrasah al Wosto Temerloh Pahang. - Mengaji di Pondok Al Wosto tahun 1970, Sek Men Agama al Ihsan Kuantan,Kulliah Tinggi Agama Abu Bakar Pekan Pahang, Fakulti Pengajian Al Quraan dan Sunnah, UKM. - Mengajar di Kulliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan,SMA Guai & SMA Al Wosto. - Dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Dua STASAB & Pengetua SMA Guai. - Menulis thesis bertajuk : Penulisan Kitab2 Agama di Pahang (1983) - Penulis Blog Sejarah Islam Pahang. - Menulis dalam buku “ TOKOH-TOKOH ULAMAK PAHANG” 2014. - AJK Falak Kerajaan Negeri Pahang sehingga 2008.
Flag Counter

Amazon Kids