MEMORI 60’s PANTAI SEPAT
MEMORI 60’s : PANTAI SEPAT
Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60
tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku
dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila
masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku
bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku
menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan
lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab
aku sayang kamu semua.
MOMEIR 60’s
Pantai Sepat Dua Kuantan Pahang……
Pada tahun 1974, selesai
mengambil peperiksaan SRP @ Sijil Rendah Pelajaran aku dihantar oleh ayahnda ku
menyambung pengajian di Sekolah Agama Al Ihsan Kuantan. Di sana aku akan
mengambil Sijil Menengah Agama bagi melayakkan aku masuk ke Kulliah Sultan Abu
Bakar. Ayahnda sangat berhajat untuk menjadikan aku seorang ulamak walaupun
hajat itu tidak berjaya tetapi aku ada sedikit sebanyak ilmu agama untuk
kegunaan ku sendiri.Di SMA Al Ihsan aku bertemu dengan ramai kawan-kawan baru
dari Kuantan, Pelangai,Kuala Lipis dan Maran. Di sini aku mula mendengar nama
Kampung Pantai Sepat Dua. Kawan-kawan dari kampong tersebut antaranya ialah En
Razali @pegawai LKPP , Allahyarham Mohktar dan Ustaz Sarifuddin seorang
pengamal perubatan Islam yang terkenal di Kuantan. Kekawan selalu mengejek
mereka ini kerana nama kampong itu agak sentimental. Kemungkinan nama ini
diambil dari sejenis ikan paya tetapi oleh kerana ada perkataan dua, ia memberi
erti lain. Selalu nya selepas mengejek kawan2 dari kampong tersbut kami
berlarian di sekeliling asrama.
Pada tahun 1983 aku mula mengajar
di Kulliah Sultan Abu Bakar, asalnya aku hendak menjadi DO tetapi bila ada
tawaran dari JAIP aku tidak menolak, ayahnda pula mengalakkan aku menjadi guru;
tak ambik rasuah katanya. Aku bermula kerjaya sebagai Cikgu bukan Ustaz. Aku
mengajar mata pelajaran tingkatan 6 bawah seperti Kertas Am, Kesusasteraan
Melayu,Sejarah Islam. Oleh kerana aku bujang,maka akulah menjadi guru suruhan
di sana. Bersama Ustaz Rahim Ismail,beliau selalu mengajak aku menemai dia
membuat Mukayyham Pelajar di merata masjid dan surau di daerah Pekan dan
Kuantan spt kampong Padang Rumbia,Kuala Pahang,Padang Polo,Sungai Miang,Tanjung
Batu dll . Antara tempat kesukaan kami ialah Pantai Sepat. Kami biasanya
membawa 40-80 pelajar lelaki dan perempuan untuk berkemah dan membuat beberapa
aktiviti keagamaan. Aku cuma tukang pandang aje dan menjaga bahagian makanan.
Setiap pagi di Pantai Sepat selepas selesai solat subuh,dalam hari masih gelap
kami sudah terjun ke laut, alangkah seronok mandi laut di awal pagi, airnya
panas….kemudian duduk-duduk ditepi pantai sambal menikmati cahaya matahari yang
sedang memancar naik…..indahnya…..
Sekali peristiwa, kami membawa
pelajar2 ke masjid kg sepat bagi membuat aktiviti dakwah tahunan, pada masa
yang sama ramai kedapatan pelajar2 dari sekolah lain juga membuat program yang
sama tetapi mereka membawa khemah masing2. Bagi pelajar perempuan kami
mendirikan dua buah khemah dan bagi pelajar lelaki pula memadai tidur di dalam
masjid sahaja.Sejak pagi aktviti berjalan lancer, cuaca pun agak elok dan baik.
Kami tidur agak lewat kerana aktiviti mukhayamm tahunan mengambil masa yang
agak lama, setelah selesai acara aku berbaring kemudian terlelap. Tiba2 aku
dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang kuat dan deruan angina yang kencang
disertai hujan yang sangat lebat.terasa nak tercabut masjid kg sepat dek kerana
kuatnya deruan angin yang melanda, kemudian kedengaran bunyi bising para
pelajar masuk ke masjid kerana khemah masing2 sudah ranap di bawa angin
kencang. Para guru sibuk memindahkan pelajar2 mereka ke masjid. Salah seorang
guru perempuan di gigit lipan bara. Maka sibuklah kami menyusun barang2 dan
para pelajar yang tadi tinggal dikhemah kini memenuhi ruang masjid.Setelah
selesai kami tidur semula di dalam keadaan ribut masih kuat melanda. Pada awal
subuh aku hanya seorang guru yang ada di atas masjid mengarahkan semua pelajar
bangun untuk solat subuh. Kemudian aku pergi membersihkan badan,ketika aku naik
semula kedalam masjid masih ada sebilangan pelajar dari sekolah lain yang masih
tidur tanpa menghiraukan arahan aku. Kemudian aku mengerakkan mereka agar
bangun solat subuh. Maka jawab salah seorang pelajar:”itu cina macam mana nak
solat subuh!!” patutlah..dalam kesibukan dan kekalutan suasana ribut yang
melanda,tak sedar ramai pelajar non muslim tumpeng sama tidur di dalam
masjid…….
Sebenarnya aku ada kawan baik di
kampong Sepat ini ia itu Allahyarham En Mokhtar, rumah beliau ditepi pantai,
sehingga kini aku menyesal kerana tidak mengambil sekeping dua tanah di
sana,masa itu harganya murah.Masa itu jambatan masih belum ada, untuk ke
kampong sepat jika menaiki kereta terpaksa pergi ke Kolej Islam Pahang dari
bandar Kuantan kemudian ke Kampung Soi,Kempadang kemudian baru masuk ke simpang
Kg Sepat, masa ni tempat ni dah jadi bandar. Sebb itu ingatan aku pada orang
muda2, beli lah tanah di mana saja jika harga nya murah dan berpatutan nanti
jadi menyesal macam aku.Aku selalu ke kg sepat untuk menzairahi keluarga En
Mukhtar bersama kekawan terutama dari
kelab pengakap kelana, bersama Cikgu Salleh Harun dari Kg Nyalas Melaka. Biasanya
kami menaiki motor sambil berjalan2 di sepanjang pantai di kawasan Kuantan dan
Pekan.Jika ikut jalan pantai dari Pekan ke Kuantan sangat menarik,dari bandar pekan
masuk ke simpang kampong Ubai terus ke Kuala Selangor, di situ sangat cantik
kerana terdapat tempat namanya Kuala Sungai Pahang tua. Tempat ini juga sangat
sesuai untuk memancing dan menjala ikan, bila air pasang banyak ikan masuk . Tempat
ini disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, malah di Kampung Pahang Tua masih
terdapat kesan rumah raja Melaka yang mula sampai ke Pahang.Kemudian kami
menerusakan perjalanan ke kawasan pondok al Nur dan ke kampong sepat. Sekarang
dari kampong sepat boleh terus ke Bandar Kuantan melalui Komplekas Yayasan
Pahang, Kampung Tanjung Api, di situ sebelah petang banyak terdapat restoran
makanan laut yang sedap2. Biasanya kami singgah di situ apabila ada kekawan
belanja,klu sendiri biasa nya tak singgah…kalu tak bawak RM200-300 jangan cuba
nak rapat.
Pantai Sepat sangat indah kerena
dari sini kita boleh melihat bandar Kuantan dan Teluk Cempedak,jangan lupa bawa
teropong yang agak baik untuk menikmati pemandangan yang indah. Jika dulu
kawasan ini banyak terdapat tahi lembu, masa sekarang semua itu sudah tiada,
pantainya bersih dan luas. Terdapat pula restoran yang menyediakan makanan
untuk aktiviti berkumpulan samada hari keluarga atau pejabat.Semoga Allah masih
memberi aku kesihatan,kekuatan,rezeki yang banyak,masa nan lapang dapat lagi
aku ke sana….melihat kebesaran mu Ya Allah.
0 comments