JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH 2 (IKAN)
Jika sebelum ini kami telah berkunjung ke Pekan Sehari Ahad Temerloh untuk melihat sayuran yang dijual JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI TEMERLOH , post terbaru ini akan memaparkan betapa 'meriahnya' Pekan Sehari Ahad Temerloh kerana terlalu banyak hasil ikan air tawar dan ikan sungai yang anda boleh dapat sekiranya anda berkunjung ke sini. Jadi, tunggu apa lagi ?
Jom kita lihat.....
Temerloh terkenal dengan resepi "IKAN PATIN TEMPOYAK" yang menjadi
sebutan ramai. Jadi, anda boleh berkunjung ke Pekan Sehari
mendapatkan ikan patin segar sekiranya anda penggemar ikan patin.
Klik sini: https://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/09/koleksi- resepi-masakan-terkenal-di.html untuk mendapatkan resepi.
(ANDA BOLEH PILIH SAIZ IKAN PATIN SAMAADA KECIL,SEDERHANA,BESAR)
(IKAN BAUNG)
IKAN YANG TIDAK BERTULANG INI SEDAP DIMASAK ASAM PEDAS DAN GULAI.
(IKAN YANG BESAR TU : IKAN KALOI , YANG KECIL ITU : IKAN TILAPIA)
(IKAN SUNGAI SEPERTI IKAN LAMPAM,IKAN BATU DAN DLL)
(IKAN BELIDA)
(IKAN PAYA : IKAN KELI)
(IKAN PEKASAM)
Seeloknya pembeli bertanya dahulu sebelum membeli kerana terdapat
ikan kunyit dan ikan perkasam. Kedua-duanya kelihatan sama dari
segi warna. Ikan perkasam kebanyakkannya dari jenis ikan paya
dan ikan sungai yang bersaiz kecil.
Itu sahaja setakat ini.Bersambung di lain 'post'. Selamat membaca.
Sebarang pertanyaan atau kritikan berserta sumbangan,
emailkan kepada penulis di ruangan 'PROFILE'.
(PEMANDANGAN DI SUNGAI TEMERLOH)
0 comments