Pilih Bahasa

SAMBUNGAN KITAB SYIFA AL ABDAN KARANGAN KADI IBRAHIM KADI BESAR PAHANG 1900M.




Khatimah (Penutup)

Ini kesudahan pada menyatakan Wihdatul’Wujud dengan Allah serta membesarkan bagi pekerjaan Aallah dan lemah lembut atas sekalian makhluk Allah.

Hey saudaraku, sesungguhnya telah ku nyatakan bagi kamu akan jalan kasih kepada Allah;iaitu pakaian segala Aulia Allah yang besar-besar,bukan ia hal diriku tetapi akan harapkan bahawa Allah Taala jadikan ia bagiku dan bagi kamu dan engkau sampai kepada Allah. Dan engkau lihat akan segala perkara serta engkau ketahui akan hakikatnya dengan Allah.
 Dan boleh engkau pandangkan Wihdatul’Wujud maka jangan engkau terdinding dengan banyak sifat Tuhan daripada Wihdatul’Zat;seperti orang yang jahil yang terpenjara lagi terdinding daripada Allah. Dan jangan engkau terdinding dengan Wihdatul’Zat itu daripada banyak sifat Allah seperti segala Arif yang kamil yang mukram mereka itu pada maqam al jamak yang lalai mereka itu daripada makhluk tetapinya engkau pandangkan Wihdah di dalam Kasrah dan Kasrah di dalam Wihdah,seperti orang yang kamil yang sempurna sampai kepada firaq al Thani.
(Maka janganlah )engkau terdinding dengan makhluk daripada Hak dan dengan Hak daripada makhluk seperti tiada mendinding ombak dengan laut dan tiada mendinding laut akan ombak maka tinggalkan engkau pada sekalian ehwal serta Allah .Maka bersamaan atas engkau bercampur dengan makhluk atau jatuh daripada makhluk
(Maka apabila)sampai engkau pada maqam ini maka tinggal engkau akan tinggal dunia dan engkau ambilkan barang yang memberi akan kamu oleh Allah Taala. Dan engkau tinggalkan perang dengan nafsu hanya engkau khidmatkan dia kerana Allah dan nafsu engkau pada pedang ini tiada lalai ia daripada Allah suatu langkah jua pun.
(Dan bermula) adalah pada pandangmu sesuatu itu zahir Nur Allah maka tiada menegahkan akan dikau sesuatu daripada khudur kepada Allah kerana bahawasanya engkau pada maqam ini tiap-tiap engkau minum khamr Mahabtul’llah daripada segala Bijan Makrufatul’lah dan ketahuikan kadar nafas dengan Mahabatul’lah.
(Dan ketahu olehmu) bahwasanya tiap-tiap satu nafas engkau  itu terlebih baik daripada barang yang memberi akan dikau oleh Allah Taala. Maka tiada membimbangkan oleh akan kamu oleh makanan dan berlazat-lazat dan bermain-main dengan ahli dan tidur daripada berjinak-jinak dengan tuhannya dan boleh engkau adakan dua yang berlawanan iaitu kasihkan Allah dan kasihkan makhluk,tetapi kasihkan Allah itu hakiki dan kasihkan makhluk itu majazi jua dengan membawa kerana kasih Allah jua.
(Maka adalah tubuh engkau) dan perkataan engkau sama manusia dan halmu dan hatimu serta Allah maka engkau berkhabar-khabar sesama manusia dengan lidah pada hal hatimu berjinak-jinak dengan Allah, (dan engkau duduk bersama-sama mereka itu) dengan badanmu pada hal roh kami di sisi Allah berlazat-lazat bermusyahadah akan Allah,seperti kata Rabiatul Adawiyyah Qaddasal’lah Sir’raha:
ู„ู‚ุฏ ุฌุนู„ู†ูƒ ูู‰ ุงู„ููˆุงุฏ ู…ุญุฏุซู†ู‰ ูˆุงูŠุญุฉ ุฌุณู…ู‰ ู„ู…ู† ุงุฑุงุฏ ุฌู„ูˆุณู‰ ูˆุงู„ุฌุณู… ู…ู†ู‰ ุงู„ู…ุฌู„ูŠุณ ู…ุคู†ุณ ูˆุญุจูŠุจ ู‚ู„ุจู‰ ูู‰ ุงู„ููˆุงุฏ ุงุฏุงู†ุณู‰
Ertinya : “ Sesungguhnya telah menjadi aku akan diriku itu di dalam Fuad yang berkhabar-khabar akan daku dan telah ku haruskan akan jisimku bagi barang siapa yang berkehendak sekedudukan akan daku dan bermula tubuh itu daripada aku bagi segala oarang yang duduk berjinak-jinak ia dan bermula kekasih  hatiku itu di dalam Fuad berjinak-jinak akan daku”
(Maka tatkala demikian) sangka manusia engkau berhampiran dengan mereka itu pada hal engkau hampir dengan Allah maka engkau sahabat dengan mereka itu dengan lemah lembut serta engkau  beradab dengan Allah dan engkau membanyakkan akhlakmu serta mereka itu kerana Allah. Dan engkau lemah lembutkan dengan orang mukmin kerana kasihkan Allah dan engkau ajarkan manusia atas kadar akal mereka itu dan engkau sembunyikan rahsia Wihdatul’Wujud kerana membesarkan Allah maka jika engkau peliharakan rahsia Allah nescaya ia peliharakan akan dirimu maka jadi segala perbuatan engkau dan perkataan engkau dan sekalian ehwal engkau muafakat dengan keredhaan Allah dan peliharakan segala pekerjaan menyalahi adat yang maufakat dengan syariat dan engkau jauhkan daripada dusta dan tipu daya dan bersumpah dan helah dan khianat dan mengumpat-umpat dan mengadu-adu dan mencerca dan menyakiti mahkluk.
Dan engkau menjauhkan dirimu yang suci daripada barang yang haramkan Allah maka engkau membaikkan hati manusia dan tolong melepaskan dukacita dan menudung segala keaiban orang kerana memakai akhlak Allah maka jadilah makan dan tidur dan pakai dan berkata-kata engkau sekaliannya kerana Allah.(Maka engkau makan dan tidur dan bergurau) pada perkataan engkau dan engkau pakai seperti orang awam pada hal engkau orang khawas; Aulia Allah maka engkau maufakatkan segala manusia dengan zahir pada takut mereka itu dan dukacita mereka itu pada hal batin kamu penoh dengan kesukaan berkekalan berserta Allah.Dan sembunyikan oleh mu akan rahsia Mahabatul’lah dan Wihdatul’Wujud lain daripada ahlinya dan engkau pelihara akan segala ehwal hatimu antaramu dengan tuhanmu serta engkau berkata-kata tatkala itu.
(ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ุฐู‰ ู‡ุฏู†ุง ู„ู‡ุฐุง ูˆู…ุง ูƒู†ุง ู„ู†ู‡ุชุฏู‰ ู„ูˆู„ุง ุงู† ู‡ุฏุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ )
Ertinya: Puji-pujian bagi Allah,tuhan yang menunjjukan kaita bagi  ini jalanNya yang betul dan tiada ada kami bagi dapat petunjuk kami jikalau tiada memberi
Petunjjuk akan kami oleh Allah Taala
(ูˆุงู„ู„ู‡ ุงู„ู‡ุงุฏู‰ ุงู„ู‰ ุทุฑูŠู‚ ู…ุณุชู‚ูŠู… ูˆุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ู‰ ุฎูŠุฑ ุฎู„ู‚ู‡ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุฌู…ุฏ
ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุงุฌู…ุนูŠู†)




Dirumikan oleh cicit yang daif ialah Zainal Abidin bin Lebai Hassan pada
13Jamadil Akhir tahun 1428 jam 9.43 malam sesudah solat
Isyak yang tenang dan damai dengan kurnia
Allah yang mempunyai jutaan rahmat
Amin!!!

Fihrish Kitab

Bab  Satu:      Pendahulun Asal Kejadian Kitab Ini
Bab Dua:       Khutubah Kitab
Bab Tiga:       Menyatakan Kasih Kepada Allah
Bab Empat:    Menyatakan Tawajjuh Kepada Allah
Bab Kelima:    Menyatakan Tauhid Afaal Kepada Allah
Bab Keenam:  Menyatakan Serah Pekerjaan Kepada Allah
Bab Ketujuh:  Menyatakan Sabar Di atas Bala Allah
Bab Kelapan:  Menyatakan Redha Dengan Qada Allah
Bab Ke 9:       Menghinakan Diri Bagi Kebesaran Allah


Bab ke 10:     Fana Di dalam Baqa Allah.

Share:

1 comments

  1. Aslmkm, saya juga anak cucu Kadi Ibrahim Hurairah, mohon maklumat di mana boleh dapat salinan kitab-kitab karangan nenda;
    a. Kitab Syifa Al Abdan 3 Jilid
    b. Kitab Hidayatul Al Wildan
    c. Tafsir Surah Ikhlas
    d. Al Faaidaat Wal Al Muhaimmat.(menyalin hasil karya Tok Shahibudin)

    BalasPadam

Flag Counter