KERATAN KITAB SYIFA AL ABDAAN KARYA KADI IBRAHIM KADI BESAR PAHANG PERTAMA DI BAWAH KUASA BRITISH
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد
لله رب العالمين الولا واخرا وظاهرا وباطنا, عدد خلقه ومداد كلماته وزنة عرشه ورضأ
نفسـه وعدد شـفع ووتر ورطـب ويـابس فـى كـتاب مبـين ثم الصلــوات والسلام
والوافيات , والبركات الطيبات على النبى
محمد صلى الله عليه وسلم المخلوقات وعلى آله الطيببن الطاهـرين , وأصحاـبه
والتابعـــين لهم باحسان الا حــــــــسنين لربهم فعلا , والاصوبين اليه طريقا
وسبيلا ثم تضرعنا ودعاؤنا ورجوعنا الى ربنا ومشينا وخالقنا ورازقنا ومطعمنا
ومسقينا ونافعنا وحافظنا وكائنا ومحيينا والذاب والدافع مــــــما جميع مايؤذينا
ويسؤنا, كل ذلك برحمته وتحنته وفضله ومتنه بالحفظ......فى الاقوال والافعال فى
السر والاعلان والكتمان والاظهار والشدة والرحمة والنعمة والباساء والضراء انه
فعال لما يريد والحاكم بما يشأ
(Amma Ba’du) Adapun kemudian daripada memuji Allah ,Tuhan yang menjadikan
insan dan jin, selawat dan salam ke atas hambaNya yang paling dikasihiNya,Nabi
Muhammad yang paling utama dari anak cucu Adnan,(Maka lagi akan berkata) hamba
fakir yang sangat mengharap kepada rahmat Allah : Haji Ibrahim bin Hurairah,bekas
Kadi Besar Pahang,(maka tatkala adalah pada hijrah Nabi s.a.w 1332/ 1913M pada bulan Jamadil Awal,16
haribulan)[1]
Maka pada tarikh tersebut ini telah kuat himmahku dan tadbirku dengan gerak dan
ilham daripada Allah pada membuat satu risalah bagi membicarakan idtikad Ahli
Sufi yang pada jalan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah; iaitu Mazhab Imam Abu
Hassan Al Asaari dan Imam Abu Mansur al Maturidi.
(Maka ilmu ini)diambil setengahnya dari
padanya di dalam Kitab Futh al Ghaib[2]
karya Imam Mahyuddin Abdul Kadir Jailani dan setengahnya dari karya Imam al
Hafni r.a dan setengahnya daripada Kitab Maqasid al Asani [3]karya
Imam al Ghazali. Maka yang dipungut itu sangat sedikit umpama lautan
perciknya,umpama setitik jua daripadanya,mudah-mudahan dengan berkat
syeikh-syeikh yang tersebut itu maka risalah ini dapatlah membuangkan dan
membersihkan idtikad yang cemar daripada idtikad Martabat Tujuh yang tiada
tentu ahlinya, yang bukan dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah boleh menyesatkan
akal dan idtikad orang awam.
(Maka ini ilmu dan idtikad) adalah
pegangan ulamak Pahang keturunan daripada Haji Abdul Shukur bin Haji Abdul
Kadir diambil oleh Kadi Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Shukur,Pahang
di Kampung Kertau dan daripada Muhammad bin Shahibudin bin Zainal Abidin,Pahang
di Kampung Balai Gantang, ia itu mengambil daripada Fakih Yusuf bin Abdul
Salam; Ialah yang membuangkan segala Ilmu Mertabat Tujuh pada zaman Maulana
Marhum al Maghfur Bendahara Ali dan Al Marhum wa al Maghfur Sultan Ahmad Shah
1, Pahang. K.C.M.J.
Maka hamba membuat
risalah ini pada zaman Maulana Sultan Mahmud bin Maulana al Marhum Sultan
Ahmad. Mudah-mudahan aku pohonkan kepada Allah Taala yang Mahakuasa mengurnia
dan menambahi akan Raja Pahang ini perangai yang adil dan tilik pandang yang
insaf atas segala isi negerinya serta mendirikan agama Islam dengan mengeraskan
dan suruh mengajar dan belajar akan ilmu yang sebenarnya serta limpah makmur
dan rata kemurahanya itu dan kekerasan hukum agamanya di dalam segala jajahan
perintahnya, Amin Ya Rabul’Alamin.
(
وسميتها شفاء الابدان والقلوب ويقدس انواع الادناس والعيوب وبكفارة انواع المعاصى
والذنوب انشا الله تعالى والحمد لله على كل حال )
Dan ku namai
akan dia ubat yang menyembuhkan segala badan dan segala hati dan dengan
menyucikan berbagai daki-daki dan segala keaiban dan dengan mengkifarahkan
segala bagi maksiat dan segala dosa jika dikehendaki Allah Taala.Dan bermula
segala puji bagi Allah atas tiap-tiap hal.
( Syahdan) adalah maksudku pada menghimpunkan
ini risalah atas empat perkara:
(Pertama) kerana menyempurnakan
kesanggupanku dengan segala ikhwanku dan taulanku yang berkehendak akan dia
dan,
(Kedua) kerana harapkan memberi
faedah bagi segala anak-anak yang tiada mengetahui Bahasa Arab kerana tiada
sempurna idtikad melainkan dengan mengetahui Ilmu Tasawuff yang pada mazhab
Ahli Sunnah Wal Jamaah,Maka adalah Ilmu Tasawuff yang disebutkan di sini had
yang layakdengan dia akal segala orang yang awam daripada lelaki dan perempuan
demikian juga segala amalan-amalan dari Al Quraan dan doa dan selawat dan
jampi-jampi yang disebutkan disini iaitu layak bagi akal kita Ahli al Awam
,mudah-mudahan terlepas kita dari sesat dengan taufik Allah.
(Ketiga) supaya menjadi
pengajaran dan zaman oleh segala anak cucuku yang kemudian daripada aku membaca
akan dia dan beramal dengan dia pada hal aku di dalam Alam Barzakh.
(Keempat)Penaruhan bagiku kepada
Allah Taala dengan mendapat pahala dan balasan pada Yaumul Maab.
(فجمعتها انشأ الله تعالى على أربعة اقسام)
Maka telah ku himpunkan akan dia dengan
dikehendaki Allah Taala atas empat bahagian;Bermula
Bahagian Pertama; Pada menyatakan Idtikad ahli sufi
yang pada jalan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lepas dari sesat dan tipu
daya segala jahat.
Dan Bahagian Kedua; Pada menyatakan daripada
amalan-amalan ahli sufi dan setengah daripada zikirnya dan wiridnya yang
teramat besar pahala dan fadilatnya di dalam dunia dan akhirat insyallah.
Dan Bahagian Ketiga: Pada menyatakan setengah daripada
lafaz selawat karangan ahli sufi serta dengan nama syeikh yang mengarangnya.
Dan Bahagian Keempat: Pada menyatakan setengah khasiat dan
pahala membaca al Fatihan dan Qul huwallah dan Ayat Kursi serta menyebutkan
setengah dari jampi-jampinya dan ubatan dan talsam dan isim-isim yang di ambil
dari hadis-hadis Nabi s.a.w yang ada berkat dan lepas dari sesat idtikad
berubat kepada hantu syaitan seperti pakaian kebanyakan daripada Tabib Melayu
yang jahil yang berpegang kepada hantu membaik akan penyakitnya.
اللهم
عافنا من افات الدنيا وفتنتها ومن افات الاخرة وعذابها وقنا عذاب النار ولا حول
ولا قوة الا بالله العلىالعظيم
Maka kembalilah aku menyebut akan bab
dan segala fasal di dalam bahagian pertama itu serta aku menyebutkan perkataan
musanif:
بسم
الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وثلى الله على سيدنا محمد وعـلى
الـــــــه وصحبه اجمعين اما بعد
فقد
قال العارف بالله الشيخ الخفنى لبعض اخوانه فى الله أعلم ارشدك الله ان الطريق الى
الله بعدد انفاس الخلائق الله وطريقتها الذى ندلك عليه هو أقرب طرق الله لانه طريق
المحبين لله السالكين بجذبات الله
Ada pun kemudian daripada itu maka
sesungguhnya telah berkata oleh Arif
Billlah Sheikh al Hafni bagi setengah daripada saudaranya pada agama
Allah taala,ketahui olehmu telah diberi petunjuk akan kamu oleh Allah Taala
bahawasanya jalan kepada Allah itu dengan bilangan nafas sekalian makhluk
Allah. Dan bermula jalan kami ini yang kami tunjuk akan dikau atasnya iaitu
terlebih hampir jalan kepada Allah Taala kerana bahawasanya jalan segala orang
yang kasih akan Allah Taala lagi berjalan mereka itu dengan Jazabatullahtaala
maka inilah jalan yang di pilih bagi Ahlullahutaala ( Ahli Allah) tiada
ia dengan amal hanya tabiat ialah asal
sampai kepada jalan Allah Taala,tetapi hendaklah serta dengan istiqamah atas
syariat Allah yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Muqaddimah
Ini
satu muqaddimah,ketahui olehmu bahawasanya segala bagi hamba itu atas tiga
bahagi:
Kedua: Ahli Akhirat,iaitu orang yang
berbuat ibadat takut pada api neraka dan gemar kepada syurga.
Ketiga : Ahli Allah,iaitu yang terlebih
tinggi mertabatnya kepada Allah iaitu orang yang kasih lagi asyik kepada Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
الدنيا حرام على اهل الاخرة والاخرة حرام على اهل
الدنيا وكلاهما حرام
على
اهل الله
Ertinya: Bermula dunia itu haram atas Ahli Akhirat dan akhirat itu haram atas
Ahli Dunia dan keduanya haram atas Ahli Allah.
Maka
bermula mertabat yang terlebih tinggi itu kasih kepada Allah taala maka jika
engkau dapati dalam hatimu dukacita kerana kasih rindu kepada Allah Tala maka
ketahui olehmu bahawasanya engkau di dalam kumpulan Ahli Allah seperti firman
Allah:
يحبهم
ويحبونه
Ertinya : Allah kasih akan mereka dan
mereka (iaitu orang beriman) kasih akan Allah dengan sebenar-benar kasih cinta
dan rindu.
Maka pada azalinya Ia kasih akan dikau
terakas kasihnya di dalam cerminan hatimu kemudian maka kasih engkau
kepadaNya,maka jika ada engkau sesetangah dari Ahli Muhabbah maka
yakinlah engkau bahawasanya daripada Wali Allah; tetapi (jika)satu ketika
engkau cenderung pada dunia,lalai engkau daripada Allah dan engkau
mensia-siakan umur engkau dalam khayal selain Allah maka sekali engkau kasih
akan Allah dan sekali engkau kasih akan dunia,engkau hendaklah menghimpunkan
dua kasih ini,pada hal (ini bertentang dengan) firman Allah Taala di dalam
Hadis Qudsi:
لا
يجمع حبـى وحب الدنيا فى قلب واحد
Ertinya: Tiada berhimpun kasih akan
daku dan kasih akan dunia dalam hati yang satu!!
Maka bersungguh oleh mu kepada kasih
kepada Allah Taala yang Jamal atas kasih selain daripada Allah,maka loba olehmu
akan segala waktu kamu dengan dukacita rindu kepada Allah dan lazimkan oleh mu
dengan membaca:
قل
هو الله احد, الله الصمد, لم يلد ولميولد, ولم يكن له كفوا احد
Pada tiap-tiap membaca satu kali dengan
nafas yang satu daripada awal hingga akhir yang demikian itu pada tiap-tiap
malam dan tiap-tiap hari seribu kali. Dan satu kali membaca bismilllah pada
awalnya sekali sahaja.
Atau sekurang-kurang membaca sembilan
puluh sembilan kali setiap hari dan setiap malam dengan syarat membaca
bismillah pada setiap kali bacaan dengan sekali nafas. Dan dibaca:
قل
هو الله احد, الله الصمد, لم يلد ولميولد, ولم يكن له كفوا احد
Dengan satu nafas sahaja pada waktu siang
selepas Solat Subuh dan malam selepas Solat Witir,dan jika dibuat tiap-tiap
selepas sembahyang lima wakti sembilan puluh sembilan kali itu terlebih baik
dan jika dikekalkan sampai dua tahun,insyallah jadilah ia dari Ahli Allah
tetapi membaca itu jangan diniatkan apa-apa hanya kerana Allah semata-mata.
Dan
ketahui olehmu kadarnya dan syukur olehmu akan Allah Taala kerana keduanya itu
terlebih lazat dari segala lazat yang lain daripada Allah Taala. Dan berusaha
olehmu dengan melebihkan keduanya dengan menghilangkan segala masghul dan
membanyakkan zikir Allah hingga jadi terbalik dukacita itu kepada kesukaan dan
hadir serta Allah Taala dan kamu berpaling daripada perhiasan dunia dan
kemegahanya dan segala nikmat syurga dan engkau berharap tawajjuh kepada Allah
Taala dengan setinggi himat dengan zahir anggota dan batinnya segala anggota
engkau kamu kasihkan Allah Taala supaya jangan ada engkau daripada Ahli Dunia
dan Ahli Akhirat hanya jadikan olehmu akan dirikamu daripada Ahli Allah.
Maka
tiada tinggal di dalam hati engkau berpaling sekali-kali kepada selain Allah
dan telah bersabda Nabi s.a.w:
ان الله ليس فيها حور ولا قصور ولا لبن ولا عسل
ولكن يتجلى فيها ربنا جنات ضاحكا الا وهى قلب العارف بالله
Ertinya : Bahawasnya adalah bagi Allah
Taala itu beberapa syurga tiada di dalamnya bidadari,tiada mahligai,tiada
sungai susu dan tiada sungai madu akan tetapi Tajalli Ia di sana pada hal ia
suka ketahui oleh mu itulah hati yang Arif Billah.
Maka
jika hendak engkau hatimu itu menjadi syurga Allah dan engkau padanya
berlazat-lazat dan bercita-cita dan hadir serta Allah maka hamparkan olehmu
kepada Allah dengan menyucikan hatimu daripada cemar segala sifat yang
menjauhkan daripada Allah supaya Allah Taala hampir kepada engkau terlebih
banyak daripada engkau hampir kepada Nya. Dan tajalli ia bagi engkau dan supaya
jadi pendengaran engkau dan pandangan engkau, maka engkau mendengar dan engkau
melihat dengan Allah dan engkau berperangai dengan akhlak Allah dan jernih
hatimu maka jadilah hati engkau itu seolah-olah Arasy Allah. Maka jadilah
engkau fana dan baqa dengan Allah iaitu sentiasa pandang hatimu itu kepada
Allah,tuhan yang menjadikan engkau dan segala makhluk. Maka jadilah kehidupanmu
itu dari duduk,berdiri,berjalan dan barang sebagainya itu ingat akan kebesaran
Allah dan kemuliaanNya, dan tiada berlaku di dalam alam ini suatu jua pun
melainkan barang yang dikehendakiNya seperti kata Imam Abu Hasan Al
Asharie,Ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah:
لاصول
مذهب اهل السنة والجماعة دان اياله امام اهل السنة (سبحان من لا يجرى فى ملكه شئى
)
Ertinya: Mahasuci tuhan yang tiada
berlaku di dalam pemerintahannya melainkan barang yang dikehendakiNya.
( Maka bermula jalan Tahalli dan
Tajalli bagi Baitullah itu)maka iaitu dikurangkan makan dan tidur serta ajarkan
akan dia perlahan-lahan dan membanyakkan sebutan La ila ha illlah (لااله الا الله) itu pada berdirinya,dan duduknya dan
berbaringnya dan berjalannya sebut olehmu La ila ha illlah dengan lidah
serta hati atau di simpankan di dalam hati jua. Dan perbanyakkan membaca Surah
Ikhlas pada tiap sekali dengan satu nafas,demikian juga kalimah musrifat(yang
mulia) ; La ila ha illlah, La ila ha illlah . Baca dua kali satu
nafas,biasakan pada siang atau malam,berjalan dan duduk dan berbaring kecuali
waktu Qada hajat,itu pun boleh di dalam hati.
(Maka) apabila kamu lazimkan( demikian itu )hampirilah bagi
kamu jernih hatimu dan hampirlah Nur Mahhabtillah(Nur Cinta kasih akan Allah)
itu di dalam hatimu. Dan jika menahan akan dikau oleh nafsu amarah daripada
Tawajjuh kepada Allah maka minta tolong oleh kamu dengan bersungguh-sungguh
kepada Allah serta engkau kekalkan puasa dan berjaga(malam) berbuat ibadat
tiap-tiap malam seperti mengaji Quraan dan berselawat dan tahlil dan tasbih dan
istiqpar banyak-banyak dan engkau perangkan nafsu engkau itu dengan kerana
Allah hingga jadi beradab ia dan jangan dapat nafsu itu melalaikan engkau dari
zikir Allah.
Adapun
sifat yang
tiada patut bagi hati itu sepuluh perkara:
Pertama:
Bersahabat dengan selain Allah
Kedua: Lalai dari Zikirullah
Ketiga: Syirik dengan Allah
Keempat: Tiada
berpegang pada Allah
Kelima: Tiada
iktibar bagi takdir Allah
Keenam: Keluh
kesah pada bala Allah
Ketujuh: Marah
kepada Qada Allah
Kelapan: Takbur
kepada makhluk Allah
Kesembilan: Tiada memelihara amanah Allah
Kesepuluh: Mensabitkan wujud hakiki bagi yang lain dari
Allah.
Maka sepuluh
perkara ini hendaklah dijauhkan daripada hati supaya jadilah hati itu umpama
Baitulllah;itu tempat: Bertutur dengan Allah,tempat melihat kebesaran
Allah,tempat mengambil iktibar Allah akan hikmat segala yang dijadikan
Allah,tempat menilik kepada kekayaan dan keesaan Allah.
Dan adapun
sifat yang lazim bagi hati itu sepuluh perkara jua:
Pertama : Kasihkan
Allah Taala
Kedua: Mengesakan
Afa’alullah yakni tiada seorang jua yang boleh membuat atau meniru perbuatan
Allah.
Ketiga: Sentiasa
hatinya terhadap Allah barang dimana ada ia kerana firman Allah:
وهو معكم اينما كنتم
Yakni: Ia berserta
kamu dimana sahaja kamu berada.
Keempat :
Bertawakkal kepada Allah
Kelima: Diserah
segala perkerjaan dan halnya kepada Allah serta menjalankan ikhtiar syarak yang
ditaklifkan ke atasnya.
Keenam: Sabar di
atas bala Allah dan QadaNya
Ketujuh:Menghinakan
diri bagi kebesaran Allah
Kelapan:
Berkehendak sebenar-benarnya kepada Allah
Kesembilan: Kaya
dengan Allah dari meminta kepada Makhluk
Kesepuluh: Fana di
dalam Baqa Allah.
(Dan
apabila) engkau sucikan hatimu dari pada segala sifat cemar yang
sepuluh dahulu itu dan engkau hiasi akan dikau dengan sepuluh sifat ini maka
sesungguhnya jadilah hatimu itu umpama Baitullah;ertinya tempat tawajjuh kepada
keesaan hak Allah, dan tempat berkata-kata dengan dia dan tempat munajat dan
mikraj kepadaNya.
Maka telah engkau
menjalankan tarekat Ahli Allah yang Aulia Allah Taala dan tetaplah hatimu dan
ruhmu dengan Allah dan jadilah engkau mengiring bagi Khitabullah seperti
firmanNya:
يا ايتها النفس المطمئنة ارجعى الى ربك راضية مرضية فادخلى فى عبادى وادخلى جنتى
Ertinya: Hey jiwa yang tenteram
,kembalilah engkau kepada tuhanmu dalam keadaan tuhanmu redha akan kamu,maka
masukkilah akan dikau kedalam ibadatku dan masuklah dikau ke syurgaku.
Fasal Pada Menyatakan Kasih Kepada
Allah (محبة
الله )
Bermula ini satu fasal pada menyatakan
kasih kepada Allah,(Hey Saudaraku) sucikan hatimu dari kasihkan selain dari
Allah, dan engkau hiasi akan dia dengan segala permata kasihkan Allah. Dan
jangan kau kasihkan selain Allah kerana Mahabbatullah itu umpama permata yang
sangat indah, maka janganlah engkau taruhkan dia kepada tempat yang kotor lagi
cemar iaitu kasih selain Allah.
Maka jangan kau kasih selain Allah,maka
hendaklah kau kasih akan Dia dengan kerana Allah tiada dibala’ kan kamu oleh Allah
dengan sebab kasih akan selain Allah. Maka akan jadi sakit dan susah hati kamu.
Dan merasailah engkau akan pahit bercerai dengan dia,maka janganlah engaku kasih
dengan sebenar-benar melainkan Allah, kerana Ia lah taulan engkau yang menolong
engkau pada tiap-tiap hal dan tiada bercerai daripada engkau dan tiada lupa dan
lalai daripada tiap-tiap sesuatu sekejap mata jua pun dari dunia sampai
akhirat.Dan Ialah memberi rahsiaNya kepada engkau dan yang mengampun dosa-dosa
kamu.
(Dan bermula) hati kamu itu
seumpama cermin bagi Jamal Allah,ertinya tempat memandang keelokkan Allah dan
tempat berkhalwat dan berjumpa dengan Allah,dan ialah serta engkau barang
dimana engkau berada,sebagaimana firman Allah:
وهو
معكم اينما كنتم والله بما تعملون بصير
Ertinya : Iaitu
Allah Taala berserta kamu barang dimana kamu berada.
Dan bermula Allah
Taala dengan apa-apa yang diperbuat oleh sekalian mereka itu amat melihat dan
selain Allah itu tiada kekal baginya hanya ghaib ialah bercerai dan dengan
[sebab]tinggal dan dengan [sebab] mati. Maka keloh kesah lah engkau dan merasa
pahit bercerai dengan kekasih sampailah setengah daripada yang kurang akalnya
itu dengan sebab berdukacita kekasihnya itu jadi gila dan sakit.
Maka hendaklah
bersunguh-sungguh berpaling hati daripada barang sekaliannya dan hampakan
hatimu bagi kasihkan Allah jua. Dan pada tiap-tiap saat berzikir Allah dan
lazimkan membacanya akan Surah Ikhlas pada tiap-tiap ketika dan saat. Disamping
sekali bacanya dengan satu nafas serta membanyakkan bacaannya daripada hurufnya
dan barisnya dan tasdidnya dan wasalnya dan waqafnya,jangan dibaca dengan lahan
atau tak betul hurufnya, maka jika dikekalkan bacaanya serta baik
bacaannya,insyalllah jadilah engkau daripada Ahli Allah dan masuk ke dalam
syurga Allah iaitu sejuk mati hatimu yang itulah seolah-olahnya cermin Jamal
Allah, dan kamu dapatlah padanya hadir serta Allah. Dan mabuklah engaku dengan minuman air
Mahabatullah dan berjinak-jinak dengan Allah.
(Hey saudaraku) tilik oleh mu
akan hatimu jika ada kasih ia selain Allah,seperti harta dan anak isteri dan
segala perhiasan dan kepada segala nikmat dunia dan kemegahan dan lazatnya.
Maka hendaklah kau berusaha pada menghilangkan dari dengan membanyakkan zikir
Allah dan membanyakkan berfikir pada Jamal Allah dan kepada keesaanNya dan jika
menahan kamu oleh nafsu amarah daripada banyak zikir maka kamu perangkan dia
serta kamu berlapar dan berjaga malam dengan membaca Surah Ikhlas dengan nafas
yang satu.
Dan memperbanyakkan selawat atas Nabi
s.a.w dan segala keluarganya dan sahabatnya hingga engkau dapat lazat kasih
rindu kepada Allah Taala dan maka hilanglah segala kasih kepada selain dari
Allah.Dan jadilah engkau daripada Ahli Allah yang sangat tinggi mertabatnya
maka jika tiada engkau mengusahakan pada menghilangkan kasih akan selain Allah
itu maka ialah yang melalaikan kamu daripada zikir Allah dan Mahabatullah, dan
ialah memutuskan kamu daripada sampai kepada Allah. Maka sangat rugilah kamu
dan jadilah kamu daripada Ahli Dunia yang haram atas mereka itu akhirat dan
haram sampai kepada Allah
(Hey saudaraku) janganlah kamu
menjadi ahli dunia !!! dan banyakkan berfikir kepada Jamal Allah dan Afaal
Allah dengan bersungguh-sungguh mengamalkan syariat Nabi s.w.a dengan
mendirikan solat lima waktu pada waktunya dan ٍٍSolat
Jumaat dan Puasa Ramadhan dan memberi zakat dan sedekah dan naik haji ke
Baitulllah al Haram dan lainya daripada amalan syariat serta berbanyak-banyak
meminta doa kepada Allah Subhanawataala supaya dijadikan kamu daripada Ahli
MahabahNya,bahawasanya Allah Taala atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa dan
dengan memberi pinta hambaNya amat murah lagi amat mudah kepadaNya.
Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Tawajjuh Kepada
Allah
( Ketahui
olehmu ) adapun makna Tawajjuh itu berhadap hati kepada Allah serta meningatkan kekayaanNya dan
kebesaranNya dan kekuasaanNya dan keesaanNya dengan memandang kepada segala
Afaal Allah iaitu pandang dengan matahati dan sucikan olehmu akan hatimu itu
daripada berharap kepada yang lain daripada Allah, Istimewa pula berharap
kepada dunia;bangkai yang amat busuk!!! Seperti sabda Nabi s..w.a :
الدنيا جيفة وطلبها كلاب
Ertinya : Dunia
itu umpama bangkai, hanya anjing yang hina dan najis saja yang suka menuntut akan dia.
Bermula halalnya
kena hisab dan yang haramnya kena siksa (maka hias ) olehmu akan hatimu
tawajjuh kepada Allah dan jangan kamu jauh dari hatimu kerana in Babulllah maka
Allah Taala itu hadir serta engkau dan menilik kepada hatimu maka jangan engkau
lalai engkau daripada tuhanmu yang menjadikan kamu terlebih hampir ia kepadamu
dari dirimu seperti firmanNya yang Mahatinggi:
نحن
أقرب اليه منكم ولكن لا تبصرون
Ertinya : Dan Kami terlebih hampir
kepadanya dari diri kamu dan tetapinya ia tiada melihat sekalian mereka itu
akan tetapi hampirnya yakni tiada tahu dan tiada melihat akan kaifiat
hampirNya,seperti firman:
لا
تدركه الابصار وهو يدرك الابصار وهو اللطيف الخبير
Ertinya : Tiada
mendapat akan dia oleh segala penglihatan mata dan hati dan iaitu Ia jua yang mendapat segala
penglihatan dan iaitu yang amat lemah lembut bagi segala hambaNya lagi amat
mengetahui akan segala makhlukNya
(Maka suka olehmu)
dengan mengingat kebesaran Allah Taala dan jangan engkau cari akan dia lain
daripada iktibar hatimu kerana hatimu itu umpama Baitullah yakni tempat
memandang Jamal Allah di sanalah kamu cari akan dia nescaya memadailah ia dan
dapatlah engkau dengan hatimu itu dan berfikir kepada keesaan Allah dan Jamal
Allah Wahidul Qahar. Maka tatkala dunia dan akhirat itu haram keduanya ke atas
Ahli Allah maka beri olehmu keduanya kepada ahli keduanya, dan sucikan hatimu
itu dengan menjadikan di itu umpama Baitullah yakni rumah tempat bertutur dan
berjinak-jinak dengan Allah seperti firmanNya di dalam Hadis Qudsi kepada pihak
Nabi Daud a.s:
يا داود افرغ لى
بيتا اسكن فيه
Ertinya: Wahai Daud!!! Kosongkan olehmu
bagi ku sebuah rumah supaya aku diam di dalamnya.
Maknanya kosongkan hatimu hey Daud daripada
ingat kepada yang lain dari aku supaya tetap ingat akan daku itu di dalam
hatimu nescaya memadailah ia akan kamu oleh Allah atas tiap-tiap hal.
(Maka barang siapa) ada himahnya hendak
berjinak-jinak dengan Allah maka lemahlah lidahnya daripada memperikan
kelabaannya seperti sabda Nabi s.a.w:
لى
وقت مع الله لا يسعنى ملك مقرب ولا نبى مرسل
Ertinya : Ada bagiku itu waktu serta Allah tiada lulus
padanya malaikat yang muqrab dan nabi yang mursal.
Demikianlah segala ورثث
maka yang demikian itu tatkala berhadapan mereka itu bagi Tajjali Zatnya kerana
ketika itu lemahlah segala ibarat,hilanglah segala isyarat dan kelulah lidah
dan hairanlah hati.
Maka inilah pekerjaan yang tiada boleh
mengetahui akan dia melainkan orang yang merasai akan zauq seperti kata
setengah Ariffin:
من
ذاق طعما او شرب القوم يدريه ومن داره غذابا الروح يشربه
Ertinya : Barang siapa merasakan
makanan dan minuman kaum sufi ini nescaya tahulah ia akan dia dan barang siapa
tahun akan dia besok hari dengan nyawa sekalipun membeli ia akan dia.
(Maka gemar olehmu) hey
saudaraku akan lazat minuman ini dengan membanyakkan tawajjuh kepada Allah dan
berpaling dengan hatimu daripada barang yang lain daripada Allah, dan barang
siapa ada himahnya itu selain Allah lemahlah lidahnya daripada memperikan
kerugiannya maka angkat olehmu akan himah mu daripada dua negeri dan daripada
hawa nafsumu kepada Allah kerana himah Ahli Dnia dan Ahli Akhirat dan doa
mereka itu menutupkan baginya nafsu mereka itu dari Allah,maka itulah
membimbangkan mereka itu daripada zikir Allah dan tiada mengerti mereka itu
berseteru mereka itu dan tiada menuntut mereka itu akan Allah hanya menuntut
akan isteri,anak di dalam dunia dan anak bidadari dan mahligai di dalam
akhirat. Maka berbuat ibadat mereka itu kerana nafsu mereka itu dan kerana
dunia ,maka jadilah mereka itu hamba nafsu dan hamba dunia berkhidmat akan dia
dengan menyakiti akan makhluk Allah dan membinasa hati mereka itu yang iaitu
seolah-olahnya Baitullah. Dan tiada malu ia daripada Allah pada hal ia serta
mereka itu dan sangat menyesal mereka itu kemudian daripada mati dengan sebab
tiada beradab dengan Allah kerana membinasakan Baitulllah itu terlebih besar
dosanya kepada Allah kerana adalah hati itu ibarat Baitullah,maka jangan
dibinasakan dengan lalai dan lupa akan Allah.
(Maka adalah membaikkan hati dan
menghiasi akan dia) dengan zikir dan tasbih dan takut dan malu kepada
Allah,itu seperti membaikkan Baitulllah dan adalah membaiki Baitulllah itu
terlebih kasih daripada segala ibadat yang lain kepada Allah.
(Ketahui oleh mu) hey Talib bahawasanya
adalah nafsumu itu sejahat-jahat seterumu seperti sabda Nabi s.w.a:
ان
اعدا عدوك نفسك التى بين جنبيك
Ertinya : Bahawasanya sejahat-jahat
seteru engkau itu nafsu engkau yang di antara dua lambung engkau
Menjadikan dia oleh Allah Taala akan nafsumu itu
seteru kamu,sekira-kira jikalau kamu ikut akan dia sepuluh tahun dengan berbuat
kejahatan kemudian apabila engkau hendak meninggalkan kejahatan itu dan hendak
berkhidmat kepada Allah nescaya menegah ia akan dikau dan menyeru ia kepada
adat dia dahulu.
(Ada pun) seteru yang lain
daripadanya jika engkau ikutakan dia tiga kali nescaya berbalik ia menjadi
sahabat,menolong ia atas kebajikan engkau,maka apabila engkau ketahui
bahawasannya nafsu engkau itu terlebih jahat dari segala seteru kamu maka
berikan akan dia akan hak seteru dengan menyalahi dia dan jangan engkau berikan
dia kepada kehendak pada meninggalkan taat Allah dan jaga akan tipu dayanya
pada meninggalkan syariat Allah dan kamu periksa akan dakwanya dan tipu dayanya
nafsumu itu dan berlazat-lazat olehmu dengan tawajjuh kepada Allah dan pada
tiap-tiap saat engkau sebut nama Allah dan engkau merendahkan diri engkau
daripada Allah dan kamu tawajjuh dengan hatimu kepada Allah supaya dapat lazat
engkau berjinak-jinak dengan Allah di dalam hatimu.
0 comments