BAHAGIAN PERTAMA : SEJARAH RINGKAS SALSILAH ULAMA TERENGGANU DARUL IMAN 1700 -1900
Pendahuluan:
Tulisan ini cuba memberi gambaran
kepada pengkaji baru bahawa sejak Islam di terima di Melaka,kedudukan Orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu sudah
berubah. Dari masyarakat yang hidup secara terpisah dan nomad,mereka mula
membina tamadun. Jika benar jumpaan terbaru di dalam seminar kedatangan Islam
ke Melaka. Maka di zaman Raja Parameswara,Melaka sudah menjadi sebuah Negara maju
bukan lagi Negara membangun. Ini lah gambaran yang kita perolehi dari Kitab
Sejarah Melayu, sewaktu dengan itu juga semua negeri-negeri Melayu yang menjadi
jajahan takluk Melaka juga dengan sendiri nya menjadi negeri-negeri yang
bertamadun, penduduknya pandai berniaga dan menyusun kegiatan ekonomi,pandai
membaca dan bertutur di dalam dua tiga bahasa.Ada 24 bahasa asing digunakan di
dalam Kitab Sejarah Melayu menunjjukkan bahawa ada 24 para diplomatik dan
saudagar asing datang ke Melaka.
Tokoh Islam di Terengganu.
Negeri Terengganu mempunyai
kaitan yang rapat dengan Negeri Pahang, kadang kala sebahagian daerah di
Terengganu menjadi wilayah Pahang seperti daerah kemaman. Di dalam kitab
Sejarah Melayu menceritkan hubungan yang begitu akrab Antara Pahang dan
Terengganu dl dalam pelbagai bidang. Negeri Terengganu merupakan negeri yang
terpenting yang mempunyai mercu tanda kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Dengan
terjumpa nya Batu Bersurat Terengganu bertarkh 1313M, ini menunjjukan sudah ada
kegiatan keislaman di sana, bukti ini juga sama dengan perakuan Tom Peres yang
mengatakan kegiatan keislaman lebih awal di pantai Timur Semanjung dari Pantai
Barat lebih 100 tahun. Negeri Terengganu Darul Iman memiliki ramai tokoh ulamak
yang terkemuka sepanjang abad ke 18,19 dan 20. Mereka bukan saja dikenali
melalui nama yang masyhur tetapi mereka juga meninggalkan hasil karya yang agak
banyak berbanding dengan Negeri Pahang;kemungkinan di Pahang factor alam semula
jadi menyebabkan kesan-kesan sejarah terutama bahan tulisan hilang di bawa air
banjir yang sangat besar yang kerap melanda Negeri Pahang seperti banjir tahun
1924,1926,1930,1970,1971,1988 terbaru 2014. Tokoh seperti Tuk Ku Pulau Manis
merupakan seorang tokoh ulama yang termasyhur di Asia Tenggara dengan kitab
Hikam Melayu nya. Beliau dianggap orang yang mula-mula menterjemahkan kitab
HIKAM ,iaitu sebuah koleksi puisi berbentuk tasawuff dari Bahasa Arab ke dalam
Bahasa Melayu,walaupun selepas itu ada beberapa tokoh yang juga menterjemahkan
kitab tersebut ke Bahasa Melayu.
Di Terangganu, kegiatan keagamaan giat
dilakukan di tiga daerah iaitu: pertama
di kawasan Besut yang di pelupori oleh pendakwah dari Patani. Ulama Patani
datang ke Terengganu melalui Kelantan secara aktif selepas negeri tersebut jatuh ke
tangan raja Siam yang ganas. Kedua di kawasan Kuala Terengganu yang kebanyakan
dari keturunan syed, mereka ini kebanyakannya menjadi mufti diraja kerajaan
Terengganu,golongan ini kebanyakan datang dari Yaman & Tanah Arab. Ketiga
di kawasan Kemaman,di mana terdapat sebilangan ulama yang tinggal di sana,dan
yang paling menonjol ialah Tuan Guru Haji Mahmud bin Mohd Yusuf serta anak cucu
beliau. Di Zaman kemasyhuran nya, Tuk Ku Pulau Manis di Pahang di beri gelaran “ Tuk Marang”, para
senteri dari Pahang begitu ramai berkunjung ke sana termasuk lah Imam
Syahibudin yang membawa 40 masalah keagamaan. Di sebutkan nama beliau di dalam
syair Imam Syahbudin mengenai tokoh ini. Penulis tidak bercadang menulis semua
riwayat tokoh-tokoh ini,ada tokoh yang penulis hanya sebutkan namanya sahaja,
walau begitu kesemua tokoh-tokoh ini memberi sumbangan yang sangat besar di
zaman nya samada di Terengganu khususnya dan di Nusantara am nya.
PERKEMBANGAN DALAM ABAD KE 18.
1)Tuk Ku Pulau Manis, tahun 1700m.
Tokoh ini sezaman dengan Dato
Suji Bilang dan juga Dato Mekasar di Pekan Pahang. Nama beliau ialah Syed Abdul
Malik bin Abdullah, mendapat pendidikan agama dari ayahnya sejak kecil yang
juga merupakan seorang tokoh agama. Kemudian beliau pergi ke Aceh untuk
menerima ilmu dari tokoh terkenal di sana ia itu Abd Rauf Singkel,murid kepada
Sy Nuruddian al Raniri ,juga pengasas dan pengembang Tarekat Syatariah di
Nusantara. Di sana beliau bertemu dengan rakan pelajar seperti Syeikh Yusuf
Makasar,Syekih Mukyi Pamijihan,Syeikh Burhan Ulakan. Kemudian mereka
melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah. Tuk Ku Pulau Manis seorang pelajar
yang pintar dan cerdas, sekembali dari Mekah beliau pulang ke kampong halaman
dengan mengambil alih tugas ayahnda beliau, dan dilantik menjadi penasihat
Sultan Terengganu di dalam soal agama. Beliau dianggap tokoh yang memilki
beberapa keluarbiasaan dan karamah. Tuk Ku mempunyai anak murid yang
ramai,beliau merupakan Tuan Guru yang
paling terkenal di Pantai Timur Semenjung ketika itu. Beliau meninggalkan
kepada kita dua buah kitab iaitu : Hikam Melayu dan Kitab al Kifayat. Kitab
Hikam menjadi rujukan para guru mengajar tasawuff sejak dari abad ke 18 hingga
kini. Anak dan cucu Tuk Ku juga merupakan tuan guru dan mempunyai murid yang
ramai.Sehingga akhir abad ke 18,kesan dari ajaran yang di bawa oleh beliau
berkembangan di Terengganu dan diguna pakai oleh semua gulungan masyarakat dari
peringkat tertingga hingga kepada rakyat jelata.
2)Syed Daud Abdullah, pulau
duyung kecil, tahun 1720m.
3)Tuk Ku Makam Lama, tahun 1780m
4)Tuan Guru Syeikh Abd Kadir bin
Abd Rahman, tahun 1864m
Tokoh ini berasal dari Negeri
Patani Darul Salam,beliau ada kaitan dengan Syeikh Daud Patani dan lain-lain
tokoh keagamaan di Patani. mendapat didikan agama dari ayahnya kemudian pergi
ke Patani selama beberapa tahun, Beliau menyambung pengajiannya di Mekah
sehingga beliau menjadi seorang ulama yang disegani. Ketika seruan jihad dari
Sultan Kedah meminta semua umat Islam membantu mereka mempertahankan Patani dan
Kedah dari serangan tentera Siam, Tuan Guru bersama beberapa rakan nya balik ke
Tanah Jawi bagi menyahut seruan tersebut. Akan tetapi pihak tentera islam
mengalami kegagalan di dalam pusingan kedua peperangan menyebabkan wilayah
Patani jatuh ke tangan Siam,meskipun sebelum itu mereka Berjaya mara hingga ke
Hatnyai.
Dari kegagalan tersebut, Tuan Guru kembali ke Terengganu.Semasa di
Terenggan, tokoh ini banyak menulis risalah berkaitan dengan masalah fekah
terutama di dalam masalah jual beli dan masalah hutang piutang seperti kitab
nya berjudul Risalah Bayan Hukm al Byai wa al Riba, dan kitab Taqrib wa Tarhib
fi al Byai wa al Sy’ra.Beliau memiliki pondok pengajian agama yang terbesar
pada masa itu di Terengganu, Tokoh ini membuka pondok pengajian agama di Bukit
Bayas, Boleh dikatakan semua ulama Terengganu yang aktif selepas pertengahan
abad ke 19 merupakan anak murid beliau seperti
Sultan Ulama Sultan Umar Terngganu,Haji Wan Mohd Abdullah Wan Mohd
Amin@Syeikh Duyung,Tuk Ku Tuan Besar,Tuan Guru Haji Mahmud Kemaman. Beliau
meninggalkan seramai 21 anak lelaki dan perempuan. Di Antara mereka yang
mewarisi jejak langkah beliau ialah Tuan Guru Wan Mohd Salleh,Wan Abdullah Wan
Mohd Said. Antara tokoh mukathir yang mudah kita kenali dari anak cucu beliau
ialah Wan Mutalib Embong,tokoh peguam dari parti PAS.
15 comments
Nice sharing...suka baca sejarah2 ji
BalasPadamjemput datang singgah blog sy :)
BalasPadamgood to read about history. Now get to know more.
BalasPadamtrip down to memory lane in school where I learn all the history lesson, thanks for the info!
BalasPadamwoww sejarah 2 dekad dinyatakan dalam artikle ini... terima kasih dapat bacaan ilmiah pagi ini.
BalasPadamSaya kagum dengan sharing sebegini. Good effort in sharing the history to all. Keep up the good work.
BalasPadamTerengganu Darul Iman tak silap saya heheheh tapi bagus lah sejarah macam ni tak ada dalam silibus pemelajaran kat sekolah..
BalasPadamIlmu sejarah yg dh lama ditinggalkan..subject sejarah yg SA x suka..tp sebenarnya rugi kalau x tahu langsung kan..nice sharing...keep it up
BalasPadamTerima kasih semua ^^
BalasPadamBack to school again. I love History.
BalasPadamsaya dulu cukup2 makan je sejarah...banyak benda kena hafal kan..by the way kak lina dah follow sini ya
BalasPadamsesekali kenali sejarah warisan negara kita memang best. sebenarnya banyak lagi tinggalan sejarah yang masih kita tak tahu atau pun anak muda belia ni tak tahu..
BalasPadamnice history, saya pernah cuba cari sejarah terengganu akhirnya bertemu info ini :D
BalasPadamterima kasih atas perkongsiannya :)
BalasPadamtq sbb singgah ^^
BalasPadam