PERKEMBANGAN SYAIR KEAGAMAAN DI PAHANG
SYAIR
Pendahuluan
Syair keagamaan mula diperkenalkan di
dalam bahasa Melayu oleh Hamzah Fansuri di Acheh. Kebanyakan syair hasil karya
beliau adalah di dalam bentuk syair tasawuff yang membawa ajaran Mertabat Tujuh
yang terkenal itu. Di samping syair-syair yang di hasilkan oleh Hamzah terdapat
juga sebuah lagi syair yang agak awal iaitu sebuah syair berbentuk roman yang
berrtajuk “Syair Ken Tembuhan” syair ini tidak di ketahui siapa pengarangnya.
Gambar Hiasan - penyair.wordpress.com |
Perkataan “ syair” di ambil dari perkataan Arab; ia berupa
serangkap puisi yang mengemukakan idea yang lengkap. Syair sangat popular di
kalangan orang Arab,sehingga penyair-penyair di zaman Jahiliah dianggap aset yang
sangat penting bagi sebuah kabilah atau puak-puak yang terdapat di Tanah Arab.
Zaman Jahiliah dianggap zaman kemuncak perkembangan syair di kalangan orang
Arab. Setelah orang Arab menerima Islam,syair terus diperkembangankan dan
disuaikan dengan tatasusila Islam,apabila agama Islam diterima oleh penduduk di
Alam Melayu,maka mereka menjadikan syair salah satu bentuk hiburan dan
penyampaian maklumat di kalangan mereka. Walau bagaimanapun syair Melayu
berlainan bentuk dan rentaknya dari syair Arab. Syair di Alam Melayu lebih
menyerupai pantun dari segi bentuk dan rangkapnya.
Hamzah di anggap sebagai orang yang
pertama mencipta syair Melayu,ini kerana beliau ada mengariskan cara-cara bagi
membuat syair. Pelbagai bentuk ragam dan rentak syair yang dihasilkan oleh
Hamzah. Selepas syair diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri,maka syair digunakan
dengan meluas oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan terutama
bagi peringkat kanak-kanak.Disamping itu juga syair mendapat tempat di kalangan
para pencinta kisah-kisah roman. Beberapa hasil karya roman di syairkan seperti
Syair Dendang Setia,Syair Siti Zubaidah dsb.
Syair-syair
di Negeri Pahang
Karya syair mula dikesan di negeri
Pahang adalah di dalam Bahasa Arab,ia tertulis pada batu nesan yang dijumpai di
Pulau Tambun di Pekan Pahang bertarikh 419H/1020 M. Potongan syair itu
menceritakan tarikh kematian si empunya makam tersebut yang bemaksud:
Ingatlah dunia ini laksana kenderaan,
Datang nya di waktu petang ,
Dan berlalunya diwaktu subuh,
……………………………………………..
Syair di dalam bahasa Melayu yang pertama
setakat ini dapat di kesan di negeri Pahang adalah merupakan perbualan di
antara Tuk Shahibudin(1708-1800) dengan bapa saudaranya Imam Zul’
Bayan(1650-1730) yang dikumpulkan oleh Sejarawan Pahang; Encik Zakaria Hitam,syairnya
seperti di bawah:
Iman Syah Budin alim Betawi,
Batu
Intan dikata kawi,
Berbuat ibadat bersayo diri,
Seperti kelakuan orang
mencuri.
Ilmu Usul (luddin) terlalu payah,
Sekalian ulamak selalu
membantah,
Jikalau tak kena kata sepatah,
Menjadi kafir nauzubillah.
Oleh
kerana negeri Pahang ketika itu menerima ajaran Mertabat Tujuh yang diasaskan
oleh Hamzah Fansuri; maka dengan mudah kita membuat kesimpulan bahawa syair
mula diperkenalkan di Pahang menerusi syair-syair Hamzah yang di sebarkan dan
dipelajari di Pahang ketika itu.Pengaruh Hamzah begitu kuat hampir kesemua
pusat pengajian di Pahang sekitar akhir 1600 dan awal 1700 masehi mengajar
aliran ini,kecuali pusat pendidikan di Kampung Bangau Tanjung di bawah Tuan
Guru Haji Ismal yang merupakan guru kepada Tuk Shahibudin.Syair-syair begitu
banyak dihasilkan di Pahang ketika itu tetapi di gelar “Syair Rejam”
sebagaimana di Berunei Darul Salam.
Koleksi Syair Tuk
Shahibudin
Di antara
koleksi syair yang banyak didapati di
Pahang ialah hasil karya Tuk Shahibudin. Karya
di dalam bentuk syair yang dimiliki oleh orang persaorangan seperti
naskah-naskah simpanan Puan Saadiah,Imam Mohd Yassin, Puan Sharifah dan Dato’
Shahibudin Imam Mohammad.
Naskah
yang paling sempurna setakat ini di dalam simpanan Dato Shahibudin bin Imam
Mohammad. Koleksi ini mempunyai kesemua hasil karya Tuk Shahibudin yang belum
dijumpai setakat ini seperti Syair Kebun dan Syair Pembasuh Tangan. Koleksi
yang disimpan oleh Imam Mohd Yassin adalah di antara naskah yang paling mudah di
baca kerana tulisannya baru dan naskah pun baru bukan asal.
Syair yang
dihasilkan oleh Tuk Shahibudin ialah
Syair Asyikin,Syair Ghafilah,Syair Usul,Syair Tumbuhan dan Sifat Dua Puluh.
Hasil karya beliau yang paling mendapat perhatian ialah Syair Ashikin.
Syair-syair Lain
Sesudah zaman Tuk Shahibudin, perkembangan syair berterusan di zaman Khatib Hassan(1750-1830) yang banyak menirugaya
Tuk Shahibudin iaitu di sekitar awal 1800. Sayangnya naskah karya beliau tidak
ditemui.Dipercayai Syair Kebun, Syair Pembasuh Tangan adalah karya beliau.
Sesudah zaman Tuk Shahibudin, perkembangan syair berterusan di zaman Khatib Hassan(1750-1830) yang banyak meniru
Pada awal 1920 dijumpai satu lagi syair
yang dipercayai ditulis oleh Imam Yaakub dari Sanggang Temerloh Pahang. Syair
ini berbentuk syair keagamaan dibidang Tajwid atau “Syair Tajwid”. Syair ini
agak jelas dan kemas penulisannya tetapi bukan dari naskah asal.
Di tulis di atas buku penulisan biasa Imam Yaakub merupakan seorang yang ahli dibidang Tajwid dan begitu lama mengaji di Mekah dan pernah membawa balik bersama beliau seorang hamba Habsi perempaun yang dibeli di Jeddah. Beliau membuka pondok pengajian di Kampung Sanggang Seberang.
Di tulis di atas buku penulisan biasa Imam Yaakub merupakan seorang yang ahli dibidang Tajwid dan begitu lama mengaji di Mekah dan pernah membawa balik bersama beliau seorang hamba Habsi perempaun yang dibeli di Jeddah. Beliau membuka pondok pengajian di Kampung Sanggang Seberang.
Bentuk-bentuk Syair
A)
Syair
yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin kebanyakannya mengenai kritikan kepada
Ajaran Mertabat Tujuh yang terdapat di Pahang di awal kurun ke 18,seperti Syair
Asyikin dan Syair Ghafilah. Terdapat juga syair di dalam bentuk pelajaran
seperti Syair Usul dan Syair Sifat Dua Puluh yang berkaitan dengan Ilmu
Tauhid.Syair yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin boleh digolongkan sebagai
syair Keagamaan dan Syair Pelajaran.
B)
Syair
Tajwid merupakan syair yang agak mendalam mengenai Ilmu Tajwid. Syair ini
dikarang oleh Imam Yaakub dan ia lebih merupakan satu terjemahan dari satu
kitab atau syair di dalam Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, kitab asalnya belum
dapat ditentukan namun kemungkinan besar dari kitab Al Syatibi seorang penyair
tajwid berbangsa Arab yang sangat masyhur itu.
Pengaruh
Syair-syair Pahang Ke atas Riau.
Syair-syair dan penulisan kitab-kitab agama
yang dihasilkan oleh Tuk Shahibudin dan
anak cucu beliau mendapat perhatian yang meluas di kalangan penduduk Pahang
khususnya di daerah Temerloh.Penuntut yang datang belajar ke Kg Berhala Gantang
datang dari seluruh negeri Pahang seperti Daerah Cenor hingga ke Mentiga,Daerah
Semantan hingga ke Kuala Kaung, Daerah Jerantut hingga ke Penjom,masing-masing
tidak ketinggalan membawa pulang syair-syair keagamaan yang terdapat di Kampung
Berhala Gantang
Syair-syair ini juga di bawa keluar dari
Pahang sehingga ke Suamtera dan Pontianak,adalah tidak mustahil syair ini
dibawa ke Riau untuk dibacakan di masjid-masjid dan surau ketika itu, kesan
dari syair yang berkembang baik di Pahang awal abad ke 18 maka menjadikan Riau
sebagai pusat perkembangan puisi Melayu di abad ke 19. Di katakan ada seorang
dari Riau datang berkelana ke Pahang dan beliau juga mengarang beberapa buah
syair sehingga diwar-warkan oleh mereka yang tidak mengetahui bahawa beliau ini
yang sebenarnya banyak mencipta syair keagamaan seperti Syair Unggas, Syair
Mekah,Syair Kiamat yang tidak diketahui siapa pengarangnya.Sebaliknya pengarang
syair yang terdapat di Pahang di abaikan.
Negeri Pahang di sekitar abad ke 18
merupakan sebahagian dari satu sempadan politik yang luas sebagaimana pepatah
mengatakan:” Beraja di Riau,Berbendahara ke Pahang, Bertemenggung ke Johor”.
Perkembangan agama di Pahang sedikit sebanyak akan mempengaruhi dua negeri yang
lain itu kerana hubungan yang akrab ini. Perhubungan para penguasa agama di
Pahang dengan ulamak dari luar seoerti Sambas,Padang dan Riau menyokong pendapat ini. Kitab
“Raudatul Jinan” karya Tuan Tehkeramat pernah di cetak batu di percetakan di
Riau.
Kesimpulannya kita dapati karya puisi di
dalam bidang syair ini mendapat kedudukan yang istimewa di Pahang sekitar abad
ke 18 hingga ke abad 19 sangat mempengaruhi Riau sehingga Riau menjadi pusat
kesusasteraan abad ke 20.
Bacaan Tambahan:
-Laporan
Mezium Abu Bakar Pekan – Batu Nesan Bertulis Di Pulau Tambun-
-Zakaria
Hitam – Tuk Syah Budin - t.t – Kertas kerja.
-
Prof: Mohd Taib Osman -Warisan Puisi Melayu – DBP –1985
-
Prof: Osman Khalid -Kesusasteraan Arab Di zaman Permulaan Islam –
Penerbit Nadhi – 1987.
-Fauzi
Haji Basri – Sejarah Johor - UM
-
Naskah Syair Kepunyaan Dato Shahibudin Imam Mohammad –Kg Kuala Kaung-
-
Naskah Syair Kepnyaan Imam Mohammad Yassin -Kg Sanggang Temerloh
-
Naskah Syair Kepuyaan Puan Sadiaah bte Imam Yaakub-Kg Raja Songsang-
2 comments
salam...berhasrat nak tahu syair tajwid tersebut..sebb sedang mendalaminya skarang
BalasPadamwasalam, boleh email
Padam