RESEPI HIDANGAN LENGKAP (MI BIHUN PUTIH)
3) RESEPI BIHUN PUTIH
BAHAN – BAHAN
1 PAKET MIHUN ( RENDAM DAN TOSKAN )
200 GM AYAM ( HIRIS DAN REBUS )
250 GM KUBIS ( RACIK HALUS )
1 BATANG LOBAK MERAH ( POTONG KECIL )
200 GM KUCAI ( POTONG HALUS )
½ CAWAN AIR
MINYAK MASAK SECUKUPNYA
GARAM SECUKUPNYA
BAHAN TUMBUK
1 SUDU MAKAN LADA HITAM
1 ULAS BAWANG MERAH
3 ULAS BAWANG PUTIH
CARA MEMASAK
PANASKAN MINYAK DAN
TUMISKAN BAHAN TUMBUK SEHINGGA NAIK BAU.
MASUKKAN AYAM, KUBIS , LOBAK MERAH , DAN AIR . TUNGGU SEHINGGA KERING SEDIKIT.
KEMUDIAN, MASUKKAN MIHUN . KACAU SEHINGGA SEBATI.
APABILA MIHUN LEMBUT ,
MASUKKAN DAUN KUCAI . GAUL RATA . PERASAKAN GARAM.
KETIKA MENGHIDANG ,
TABURKAN DENGAN BAWANG GORENG ATAU BAHAN- BAHAN MENGIKUT KREATIVITI ANDA.
4) MI SOTO AYAM
BAHAN – BAHAN
3 BUNGKUS MI KUNING ( CELUR )
400 GM NASI HIMPIT (
REBUS )
2 GM BUNGA LAWANG
2 GM BIJI PELAGA
2 GM KULIT KAYU MANIS
200 GM BAWANG MERAH ( HIRIS )
100 GM BAWANG PUTIH ( HIRIS )
5 HELAI DAUN LIMAU PURUT ( HIRIS )
2 BATANG SERAI ( TITIK )
5 GM HALIA ( KISAR )
2 PAKET REMPAH SUP
30 GM SERBUK KETUMBAR
5 GM SERBUK LADA HITAM
5 LITER AIR
20 GM JINTAN MANIS
20 GM JINTAN PUTIH
300 GM ISI AYAM
GARAM SECUKUPNYA
10 ML MINYAK MASAK
BAHAN SAMBAL KICAP
20 GM CILI PADI ATAU CILI MERAH
5 GM BAWANG PUTIH
500 ML KICAP LEMAK MANIS
5 ML AIR LIMAU
BAHAN HIASAN
100 GM BAWANG MERAH
SEDIKIT HIRISAN CILI MERAH
10 GM TAUGE
CARA MEMASAK
PANASKAN MINYAK DI DALAM PERIUK DAN MASUKKAN TIGA SEKAWAN
IAITU BUAH PELAGA ,KULIT KAYU MANIS DAN BUNGA LAWANG
TUMISKAN BAWANG MERAH ,
BAWANG PUTIH , HALIA ,SERAI DAN DAUN LIMAU PURUT, JINTAN PUTIH DAN JINTAN MANIS
SEHINGGA NAIK BAU
MASUKKAN REMPAH SUP ,SERBUK
KETUMBAR , SERBUK LADA HITAM DAN TUMIS SEHINGGA PECAH MINYAK
MASUKKAN AIR SEHINGGA BIAR
MENDIDIH , MASUKKAN ISI AYAM DAN PERASAKAN DENGAN GARAM SECUKUP RASA . BIARKAN
MERENEH DAN TUTUP API
UNTUK MEMBUAT SAMBAL KICAP
, KISAR SEMUA BAHAN . SEIMBANGKAN RASANYA
MASUKKAN MI KE DALAM
MANGKUK BERSAMA KEPINGAN NASI HIMPIT . TUANG KUAH SOTO DAN HIASKAN DENGAN
BAWANG GORENG , CILI MERAH DAN TAUGE DI ATASNYA . SEDIA UNTUK DIMAKAN.
0 comments