Dalam membincangkan kewujudan jawatan mufti di Pahang, beberapa pihak
mempertikaikan pendapat saya yang mengatakan bahawa jawatan mufti telah wujud
di Pahang sebelum tahun 1890. Ini menurut pendapat mereka bahawa tidak ada
senarai nama mufti di dalam senarai perjawatan yang dicatat oleh British selain
nama Tuan Haji Montok sebagai mufti dan Kadi Hj Ibrahim bin Hurairah sebagai
Kadi Besar Pahang.Maka mereka membuat keputusan bahawa jawatan mufti tiada sama
sekali wujud di Pahang sebelum itu. Berdasarkan kajian saya pula, Negeri Pahang
mempunyai sejarah perkembangan Islam yang teratur, sejak zaman Melaka masuk ke
Pahang, kedudukan pentadbiran agama Islam agak kemas sehingga ke tahun 1590,
Kerajaan Pahang berjaya menbuat satu kanun persendirian yang dinamakan Hukum
Kanun Pahang. Keupayaan mengadakan hokum kanun ini merupakan satu pencapaian
yang tinggi, mentelah pula hokum kanun di diperakui di Negeri Patani, Negeri
Kedah,Negri Berunai dan Negeri Perak. Sudah tentu ketika itu Pahang telah
memiliki barisan para ulamak yang berwibawa setanding atau lebih dari lain-lain
negeri. Saya telah memberi pandangan dari kajian saya saya menjumpai tiga nama
mufti di Pahang sebelum tahun 1890, sekalipun tidak disebutkan perkataan “Mufti”
di awal nama mereka, nama mereka seperti berikut;
a-
Pertama Tuan Mufti Dato Imam Zul Bayan dari Kg
Mengkarak dalam tahun 1740an yang dinyatakan di dalam Syair Asyikin yang di
karang oleh Imam Shahibudin yang hidup di zaman itu.
b-
Kedua: Mufti Habib Muhsin
bin Habib Abd Rahman yang dinyatakan oleh Wan Muhammad Sgahir di dalam satu
risalah kecil dari Ulamak Riau yang ditujukan kepada Kerajaan Pahang ketika
itu.
c-
Ketiga dari pada Syair
Johor yang dikarang oleh Peranakan Lingga yang mana syair ini telah
diselenggarakan oleh Prof Dr Fauzi Basri bekas Naib Censelour UMM bagai thesis
master beliau.
Baru-baru ini saya telah membaca satu lagi salinan syair yang sama
yang ditulis oleh Peranakan Linggi berkaitan Perang Pahang & Johor. Syair
ini sama dengan Syair Johor akan tetapi agak terperinci, syair yang kedua ini
dicetak di Percetakan Cap Mohamad Amin Singapore dalam tahun 1900, karangan
Peranakan Lingga bertajuk “Syair Tanah Melayu @ kisah perang Pahang & Johor”.Syair
ini memberi gambaran lebih jelas mengenai kedudukan Tuan Mufti Habib Mohd Amin.
Ketika perang perebutan kuasa selesai,maka untuk merapatkan hubungan saudara,
maka Sultan Ahmad Shah 1 telah datang ke Johor untuk menikahkan anakanda
baginda Tengku Mahmud dengan anakanda Sultan Johor. Maka ramailah rombongan perkahwinan
datang dari Pahang ke Johor bagi meraikan perkahwinan tersebut. Maka dikisahkan
oleh pengarang pada ketika itu Habib Mohd Amin hanya lah berjawatan sebagai
kadi sahaja sebagai mana di dalam rangkap berikut:
Petikan dari Syair Tanah Melayu :Kisah Perang Pahang & Johor.
Dalam rangkap ke 436:
Setelah selesai jamuan yang ada,
Membaca doa KADI berida,
Habib Mohammad alim yang syahda,
Terlalu batin di dalam dada.
Sekembali ke Pahang, tidak lama kemudian datang satu
surat yang mempelawa Sultan Pahang datang ke majlis mesyuarat Raja-raja Melayu
di Perak atau lebih dikenali dengan nama Perjanjian Durbar, sekembali dari
mesyuarat tersebut di kisahkan di dalam syair ini bahawa jawatan Kadi Mohamad
Amin telah di naikkan kepada jawatan mufti.
Rangkap ke 514:
Orang nya alim serta soleh,
Kitab dan Quran terlalu fasih,
Habib Mohammad Amin orang yang petah,
Jadi MUFTI duli khalifah.
Persaolannya kenapa nama Habib Mohamad Amin tidak
dicatat oleh kerajaan British? Pelbagai kemungkinan boleh dibuat, bagi saya
kemungkinan yang besar, Tuan Mufti ini sedang uzur dan hendak mengundurkan diri
dari jawatan kerajaan kerana beliau sudah begitu lama menjadi kadi. Kemungkinan
beliau tidak lagi berminat untuk menjadi mufti kerana usia nya yang sudah
begitu lanjut.
Kesimpulan nya, jawatan mufti sudah wujud di Pahang
sejak lama iaitu berkemungkinan sejak dari tertubuhnya Hukum Kanun Pahang dalam
tahun 1590 namun usaha kena dilipatkan gandakan dalam mencari siapa kah
tokoh-tokoh ulamak Pahang yang telah wujud sebelum tahun 1700 masehi. Dari
gambaran sejarah kita dapati rakyat Pahang memilki ilmu agama yang tinggi
sehingga mendapat pengiktirafan dari kerajaan Aceh, Kerajaan Patani,Kerajaan
Brunai dll.
Tiada ulasan:
Catat Komen