SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM MODEN DI PAHANG
1) Latar belakang:
Pendidikan Islam secara berpusat dapat dikesan bermula di
Pahang pada masa penaklukan Melaka ke atas Pahang. Kitab Sejarah Melayu
karangan Tun Seri Lanang menyebutkan terdapat sebuah pusat pengajian agama di
Pahang yang terletak di Lubuk Pelang,Kuala Krau Temerloh. Sejak itu kita dapati
pendidikan Islam menjadi teras kepada kerajaan Melayu Pahang untuk memajukan
negeri Pahang agar setanding dengan lain-lain negeri yang ada di Tanah Melayu.
Perkembangan itu semakin maju dengan terdapat beberapa peristiwa sejarah
seperti lahirnya Hukum Kanun Pahang pada tahun 1590 iaitu selepas 100 tahun Melaka menjajah
Pahang, dan lahir tokoh wanita agung spt Puteri Kamaliah (1616) yang dianggap oleh orang Aceh sebagai ahli
perundangan yang bijaksana. Sejak dari tahun 1600,pendidikan agama di Pahang
agak maju,berbagai-bagai perkembangan dapat kita lihat berlaku di Pahang dengan
lahir nya tokoh-tokoh terkenal seperti Puteri Kamaliah, Raja Ahmad, Imam Zu
Bayan, Imam Syahibudin, Tuan Teh,Mufti Habib Muhsih,Mufti Tuan Haji Syukur dan
lain-lain.Kedatangan Hamzah Fansuri dan Syeikh Nuruddin al Raniri ke Pahang
juga sebagai satu petanda berkaitan dengan kemajuan ilmu pengetahuan agama di
Pahang satu ketika dahulu. Malah ketinggian ilmu agama di Pahang dapat kita
lihat dari wujud nya aliran Martabat Tujuh yang menjadi pegangan umat Islam di
Pahang dalam pertengahan abad ke 18.Satu metoda ilmu tauhid yang menggunakan
konsep ilmu falsafah.Dalam abad ke 19, Negeri Pahang menghadapi suasana tidak
aman agak lama iaitu sejak dari tahun 1858 apabila tercetusnya perang saudara
kerana perebutan takhta. Kemudian perang ini bersambung pula dengan perang
Selangor, setelah selesai perang Selangor berlaku pula perberontakan Bahaman
yang berlarutan hingga ke tahun 1895. Keadaan tidak aman ini berlaku di Pahang
lebih dari 50 tahun . Kebanyakan pondok agama di tutup dan tuan-tuan guru lari
ke negeri lain atau terbunuh di dalam peperangan. Oleh itu kita dapati sektor
pendidikan mengalami kesan yang besar kepada penduduk negeri Pahang. Bagi para
pemuda yang hendak mendalami ilmu agama terpaksa pergi ke Kelantan,Kedah dan
Patani. Negeri Pahang agak aman selepas tahun 1895 maka kita dapati para mufti
dan tuan-tuan guru adalah didatangkan dari luar Pahang,sama ada di Kelantan
atau Singapura.
2)Definasi Pendidikan “Moden”:
Perkataan Pendidikan “Moden” adalah merujuk kepada
perubahan sistem pendidikan dan juga alat pendidikan yang di gunakan di Pahang
pada awal kurun ke 20. Perbezaan di antara sistem lama dengan sistem baru
merupakan asas kepada perkataan “moden” tersebut. Sistem baru ini kami sebutkan
dengan sistem “persekolahan” atau sekolah agama .Manakala sukatan pengajian
agama di bawah sistem pondok agak seragam di seluruh Nusantara. Sistem yang
mereka gunakan pun adalah sama, tidak kira pusat pendidikan itu terletak di Tanah
Melayu, Patani, Aceh atau Jawa. Sistem “Pondok” adalah merujuk kepada para
senteri dipaksa menghafal segala matan berkaitan dengan Ilmu Bahasa,Hukum Fikah,
Ilmu Tauhid di peringkat asas. Semua matan ini mesti di hafal oleh para senteri
sebelum mereka boleh pergi ke peringkat menengah. Di Peringkat Menengah
pula,para senteri boleh memilih mana-mana kitab yang mereka sudah hafal untuk
di pelajari bersama guru penolong @guru kaka. Pada peringkat tinggi pula mereka
belajar dengan tuan guru @pengetua dengan memilih kitab2 yang mereka sukai,
kitab ini dibaca satu persatu hingga tamat dari awal hingga akhir. Bagi sistem
lama ;pelajar di paksa tinggal di dalam satu kawasan terasing dari masyarakat
setempat. Mereka tinggal di dalam pondok yang biasanya di diami oleh seorang
atau dua orang senteri sahaja bagi setiap pondok. Di sini lah mereka diasuh
memasak dan membasuh sendiri pakaian setiap hari,begitu juga menyedikan
keperluan makan minum terpaksa dimasak sendiri. Dari sini lah lahir nya perkataan pondok,spt pondok
pasir tumbuh,pondok pasir durian,pondok pangsenam,pondok berhala gantang.
Perkembangan dari tahun 1900 hingga 1923
Setelah Negeri Pahang aman dari peperangan, usaha usaha untuk memulihkan
keadaan social dan ekonomi masyarakat mula di buat. Pentadbiran negeri di susun
dan peraturan baru dibentuk dan di kuatkuasakan oleh kerajaan. Di dalam bidang
keagaamaan, Mufti Haji Montok mula mengorak langkah dalam usaha membina sekolah
sekolah agama dan menguatkuasa kan perundangan Islam. Guru-guru agama dari luar
di bawa ke Pahang untuk menjayakan usaha menghidupkan sekolah agama, dalam pada
itu harus di ingat kerajaan negeri masih kekurangan wang bagi membantu dlm
pembinaan sekolah. Ramai Guru agama yang dibawa dari Kelantan ,Singapura dan
Johor di tempatkan di seluruh negeri Pahang. Mereka telah diletakkan di pekan
seperti Mualim Hassan, Haji Abdullah di kg Senggora bagi daerah Maran, Tuan
Guru Haji Abdul Rahman guru kepada Tuan Tulis Negeri Sembilan di Lubuk Kawah di
Temerloh. Mereka ini menjalankan aktiviti pendidikan spt mana di Kelantan dan Patani.
Di Pahang dalam pada itu usaha-usaha
mengujudkan sekolah agama yg bersistematik mula di buat oleh Tuan Haji Omar
sebagai guru pelawat agama yang pertama. Usaha ini gagal sehingga ketibaan org
kaya keturunan syed dari johor ia itu Habib Hasan yang bersedia melaburkan wang
ringgit utk membina sekolah pertama yg bersistematik sebagaimana yang digaris
pandu oleh Tuan Syekih Tahir Jalaluddin di pulau pinang dan meniru sistem
sekolah agama di johor.Di dirikan sekolah agama pertama yg moden di Pahang yg
dikenali dgn nama Sek Men Agama Al Attas dan cawangannya di Kg Tekal di Kuala
Krau. Maka di sini lahir sistem baru di
mana sekolah agama di adakan dalam bentuk sistem tingkatan satu,dua dan tiga.
Sekolah juga di adakan di dalam kelas yang mempunyai meja,papan hitam dan buku
teks. Kedatangan murid dicatit setiap hari dan di adakan peperiksaan tahunan
untuk menguji kebolehan murid murid. Sekolah ini ada beberapa mata pelajaran
dan buku teks. Kebanyakan buku teks di bawa dari Mesir.
Maka dlm tahun 1920 di tubuhkan jawatan kuasa kelas al quraan tediri dari
alim ulamak di Pahang yang baru balik dari timur tengah spt Kadi Ahamd diBangau
temerloh,Lebai Jusoh dari Kuantan, Haji Mohd Daud di pekan,Lebai Deraman di
Kuala Lipis termasuk tokoh2 dari kalangan keluarga di raja. Bagi merealisasikan
usaha ini maka di tubuhkan “Majlis Agama Islam Pahang” yg di pimping oleh
Tengku Besar Sulaiman.Majlis Agama ini ditubuhkan dalam usaha mengutip zakat
fitrah dan mengagihkankan wang kutipan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan
Jabatan agama dan sekolah-sekolah agama di Pahang. Di samping menjadi ahli
jawatan kuasa kelas al quraan, ajk ini juga membuka sekolah di tempat
masing-masing dan sebahagian nya menjadi qadi di daerah tersebut.Usaha ini
semua musnah kerana Negeri Pahang menghadapi tiga kali banjir yang sangat besar
pada tahun 1923,1924 dan 1926. Banjir ini mengakibatkan kemusnahan yang besar
dan agak lama untuk dipulihkan semula.
Perkembangan dari tahun 1930 hingga 1940
Perkembangan sekolah agama dalam dekad sangat lembap dan
perlahan. Di Pahang tidak wujud sekolah agama yang besar . Sekolah pondok hanya
menampung murid sekitar 30-40 orang sahaja itu pun di peringkat asas. Semua
senteri yang hendak menyambung pelajaran mereka terpaksa pergi keluar negeri
atau negara.Tempat-tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Maahad al Attas
Johor atau Singapura bagi murid2 dari Sek Men Al Attas Pekan dan Sekolah agama
Tekal, mereka ini kemudiannya pergi ke Mekah,Yaman dan Mesir. Golongan ini
tidak ramai. Sebahagian lagi para senteri pergi ke Kelantan untuk belajar
dengan tokoh2 terkenal di sana seperti Tok Kenali, atau pergi ke Kedah untuk
belajar dengan Tuan Husin. Ada juga pelajar Pahang yang pergi ke Patani seperti
Tuan Guru Haji Abdul Kadir dari Kampung Guai. Para senteri ini apabila pulang
ke Pahang terpaksa pula berhadapan dengan perang dunia kedua @ perang Jepun
dari tahun 1942 -1945. Apabila perang tamat,maka berlaku pula Darurat dari
tahun 1946 hingga 1948. Oleh sebab Pahang merupakan pusat kebangkitan orang
Melayu melawan penjajah ,maka keadaan ini memberi kesan yang lebih besar,
kerana setiap orang hidup dalam keadaan kewaspadaan dan pergerakan yang
tersekat-sekat. Inilah faktor-faktor yang menghalang perkembangan sekolah agama
di Pahang dalam tahun 1930 dan 1940an.Walaupun begitu usaha untuk membangunkan
pendidikan Islam diteruskan dengan membina dua buah sekolah tinggi agama di
Pekan. Iaitu Kulliah Sultan Abu Bakar bagi pelajar lelaki dan Kulliah Tengku Ampuan
bagi pelajar perempuan,sayangnya usaha ini tidak begitu berjaya kerana hanya
Kullliah Abu Bakar yang kekal sebagai sekolah tinggi bertaraf kolej sedangkan
Kulliah Tengku Ampuan sebaliknya hanya menjadi sekolah menengah biasa
sahaja.Usaha juga dilakukan oleh KDYMM Sultan dengan memanggil Syekih Sammanudi
dari Mesir selaku pengetua Kulliah bagi menjadikan Kulliah setaraf dengan
lain-lain tempat. Begitu juga dijemput mengajar ialah Ustaz Khudri dari
Sumatera Indonesia. Kulliah Sultan Abu Bakar di adakan adalah bagi mengatasi
masalah murid-murid miskin dari Pahang yang tidak mampu untuk belajar agama
keluar negeri atau negara.Bagi mengatasi masalah perbelanjaan maka dibina
sekolah tinggi agama supaya pelajar agama yang sudah habis mengaji diperingkat
rendah boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat kolej sekurang2nya di
dalam negeri sendiri tanpa perlu kepada perbelanjaan yang besar.
Perkembangan dari tahun 1950 hingga merdeka
Keadaan darurat agak terkawal pada awal tahun 1950,
gerombolan para militan telah di usir oleh British ke utara Tanah Melayu.
Keadaan ini menyebabkan suasana mula tenang dan orang ramai berani membuat
pergerakan dari satu tempat ke satu tempat tanpa rasa takut dan gentar. Berlaku
nya perang Jepun dan perintah Darurat memberi satu rahmat besar dari segi
pendidikan agama kepada umat Islam Pahang. Pelajar-pelajar Pahang yang pergi
mengaji agama di Kelantan dan Kedah tidak dapat pulang ke Pahang selama bertahun-tahun, setengahnya
hampir lebih 15 tahun. Kesukaran perhubungan menjadi faktor utama kenapa para
pelajar ini tidak dapat pulang. Oleh itu mereka menghabiskan masa dengan
mempelajari ilmu agama pada tuan-tuan guru yang masyhur di Kelantan untuk
tempoh yang lama. Keadaan ini menjadikan segolongan pelajar ini begitu alim seperti
TuanGuru Haji Hasan di Berhala Gantang, Tuan Guru Haji Abdul Rahman di
Pangsenam, Tuan Guru Haji Pa di Kg Sentang di Cenor,Tuan Guru Haji Abdullah di
Kg Tuk Langit Guai Bera, Tuan Guru Haji
Muin di Kg Tebing Tinggi Jerantut,Tuan Guru Hj Ahmad di Kerambit,Tuan Guru Haji
Mahmud @ Adun Cenor dll. Golongan itu
apa bila kembali,maka mereka dengan semangat kemerdekaan mula membina
sekolah-sekolah agama di Pahang. Menurut catatan dari Jabatan Agama Pahang,pada
masa pascamerdeka hampir lebih 100 buah sekolah agama terdapat di seluruh
Pahang. Sekolah ini dibina seiring dengan perkembangan moden, di mana
pelajar-pelajar masih tinggal di pondok tetapi sistem pengajian sudah berubah
dengan cara yang bersistematik. Pelajar pergi ke sekolah dengan memakai uniform
khas, mempunyai jadual waktu pelajaran, kelas di susun mengikut tingkatan
sehingga ke darjah lapan bagi sekolah yang besar. Guru2 menggunakan papan
hitam,buku teks. Peperiksaan di adakan dua kali setahun bagi menilai kebolehan
murid.Bagi murid2 pula dikenakan yuran khas. Guru yang mengajar di sekolah2 ini
datang dari pelbagai tempat seperti dari Mesir,Indonesia,Pulau Pinang,
Kedah,Johor dan Kelantan.
Kesan dari sistem baru ini maka ramai para pelajar
dihantar belajar ke universiti tempatan dan luar negara.Pada awal tahun 1960an
pihak kerajaan Pahang mula mengambil alih beberapa buah sekolah swasta ini
dijadikan sekolah milik kerajaan negeri seperti Kulliah Sultan Abu Bakar di
Pekan, Sek Men Agama Ihsan di Kuantan,SMA Maran,SMA Al Khairiah di Temerloh.
Sekolah ini menyediakan asrama bagi para penuntut untuk memudahkan mereka
menghadapi pelajaran.
1 comments
Tuan Guru hj.mahmud(adun) telah dapat membina SMA Mahmudi yang Gah berhampiran.pekan dari Awah dan pusat pertanian kg Awah, alhamdullilah
BalasPadam