IMAM BAYAN @ TUN DERMA PUTRA ADAKAN SAMA DENGAN IMAM ZUL BAYAN?
Pendahuluan:
Sejarah raja-raja Melayu sangat jelas, sejarah
mereka ditulis di dalam beberapa hikayat yang masyhur seperti Kitab Sejarah
Melayu,Hikayat Raja-raja Riau,Hikayat Raja-raja Pasai,Hikayat Misa Melayu,Syair
Johor, Syair Pahang dll. Sesaorang yang hendak mengaku dia keturunan raja
mestilah merujuk kepada kitab-kitab hikayat yang disebutkan tadi, Bagi mereka
yang hendak mengaku mereka keturunan panglima atau pahlawan yang terkenal,maka
saya sarankan mereka mengkaji salsilah keturunan mereka berdasarkan teori “Family
Tree” yang biasa digunakan di barat dimana antara satu salsilah dengan salsilah
yang lain jarak nya 30-35-40 tahun. Kiraan ini agak tepat, jika sekiranya kita
mengaku kita keturunan Dato Bahaman yang hidup antara akhir kurun ke 19 dan
awal kurun ke 20, jaraknya dengan zaman kita hamper 170 tahun,maka salsilahnya
mestilah antara 4-6 jenerasi. Jika kurang ada yang tidak lengkap,jika lebih
sangat yang yang ditambah-tambah.Ini sebagai saranan dari saya.
Beberapa tahun lalu saya dipanggil oleh anak
tempatan Kg Mengkarak untuk menghuraikan mengenai Imam Zul Bayam menurut
riwayat dari Imam Syahibudin @ Tuk Syahibudin. Imam Syahibudin mengarang beberapa
syair ini dalam tahun 1770 dan syair ini di salin oleh seorang penyalin yang
lain dalam tahun 1782. Kemudian timbul gossip yang menpertikaikan apa yang saya
tulis konon nya tidak betul. Beberapa persaolan timbul kononnya Imam Zul Bayan
tidak ada anak lelaki. Ada pula yang menyatakan bahawa Imam Zul Bayan adalah
seorang raja. Maka saya menjawab dari hasil kajian saya bahawa Imam Zul Bayan
ada beberapa orang anak lelaki,dan Imam Bayan bukan dari darah raja yang tulen
kerana gelaran “Tun”,”Megat”,”Nik”,”Tuan” gelaran ini digunakan kepada anak
raja-raja yang bapanya dari keturunan
orang kebanyakan dan ibunya adalah anak raja. .Maka di sini timbul persaolan
adakah Imam Zul Bayan yang dicatatkan oleh Imam Syahibudin sama dengan Imam
Bayan yang dicatitkan oleh riwayat orang tua-tua di Negeri Sembilan dan Buntut
Pulau?
Di sini juga timbul beberapa persaolan lain
yang berkaitan dengan perkara ini; menurut Ustaz Mohd Redho bin Hj Abd Ghaffar
@keturunan Imam Bayan: Imam Bayan merupakan satu gelaran begitu juga dengan
“Dato Mengkarak” merupakan satu gelaran.Gelaran Imam Bayan ini bermula sejak
dari zaman Melaka dibawa ke Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Begitu juga
gelaran Tuk Mengkarak ini terdapat dari tahun 1600 hingga ke 1750 Masehi. Oleh
itu berkemungkinan terdapat beberapa orang yang memakai gelaran Imam Bayan dan
juga beberapa orang memakai gelaran“Tuk Mengkarak”.Saya agak bersetuju dengan
pendapat ini kerana jika kita rujuk kepada tarikh Imam Syahibudin membuat
ulasan terhadap Imam Zul Bayan,tarikhnya agak terkehadapan dari tarikh Raja
Melewar datang ke Negeri Sembilan.Tokoh-tokh seperti Imam Bayan, Raja
Khatib,Panglima Naam berada dalah tahun 1780 hingga 1800 sedangkan Imam Zul
Bayan berada dalam tahun 1720 hingga 1750,kemudian di sambung oleh anaknya Imam
Nur Qadim dan Imam Muda Mamat dalam tahun 1760-90.Perbezaan masa ini
menunjjukan kepada orang yang berbeza,maka besar kemungkinan bahawa Imam Zul
Bayan tidak sama dengan Imam Bayan@ Tun Derma Putera.
Menurut Imam Syahibudin, Imam Zul Bayan adalah
bapa saudara sepupu beliau,kerana ibu Imam Zul Bayan bernama “Umbi” adalah adik
beradik dengan Dato Suji Bilang yang pernah kita sebutkan sebelum ini.lihat
petikan syair ini:
205 Tersayang-sayang pada rasaan
Kepada Umbi
datuk perempuan
Orangnya
arif lagi budiman (@Imam Zul Bayan)
Upas
jahil sudah termakan
Dalam
rangkap ini, dinyatakan bahawa di antara Imam Syahibudin dengan Imam Zul Bayan
ada pertalian darah di mana datuk Imam Syahibudin adalah adik beradik kepada
Ibu Imam Zul Bayan,maka ternyata Imam Zul Bayan adalah bapa saudara sepupu
dengan Imam Syahibudin. Imam Syahibudin menegur Imam Zul Bayan sudah
mempelajari ilmu yang salah kerana memakan upas yang gatal sedangkan umbut
masih ada.
206 Beberapa yang lain daripada itu
Suas dan
sarban,leqa dan selu
Ummahat
Fakir nasab yang tentu
Beratur
moyang,datuk dan nenek
207 Ke atas
itu Datuk Perkasa
Perhimpunan
dagang tempat semenda
Daerah
Pahang sekaliannya rata
Sekaliannya
habis cicit dan cunda
208 Asal Pahang empat saudara
Di Pulau
Datu,seorang di Bera
Daerah
Mengkarak saudara yang tua
Yang di
Cenor moyang Tuk Raja
Orang
besar Pahang pada satu masa dulu menduduki empat kawasan iaitu di Pulau Datu
dekat Mentiga Pekan Pahang, Seorang lagi tinggal di Bera, manakala bakinya
tinggal di Mengkarak dan Cenor. Imam Syahibudin menurut riwayat lisan berasal
dari Cenor kerana datuknya yang terawal bernama Dato Perkasa menjadi pembesar
raja yang tinggal di Cenor,manakala bapa Imam Syahibudin berkahwin dengan
sepupunya norsiah berasal dari Cenor,adik Imam Syahibudin bernama Tuk Aboi
kawan dengan Juhara anak Orang kaya Pahlawan Cenor.
209 Seorang pun tidak ada yang tinggal
Keling
dan Cina,Bugis dan Benggal
Sehingga
bercicit nutfahnya tanggal
Datuk
Perkasa ( فـقـسا )itulah asal
210 Tetapinya jarang orang yang tahu
Cawangnya
banyak mendaun kayu
Beberapa
bangsa beberapa suku
Campur
gaul tiada bertentu
211 Itulah Fakir berani berkata
Sekaliannya
itu bukan siapa
Lagi pun
wajib jalan agama
Baik
berkenan baik tiada
Begitu juga di dalam sejarah Pahang, kedudukan
pembesar-pembesar spt Orang Besar Berempat,orang besar berlapa, dan enam belas
tidak tetap, Ini kerana di Pahang berlaku pergolakan politik yang terlalu
kerap, dari Zaman Raja Bujang ke zaman Sultan Abd Jalil,kemudian zaman Sultan
Sulaiman,diambil alih oleh Bendahara Tun Ali kemudian sehingga ke zaman Sultan
Ahmad 1. Di zaman Bendahara Ali barulah
kedudukan Orang Besar Berempat agak kukuh dan jelas.Dari pada anak2 keturunan
raja johor,anak raja Minangkabau,anak raja bugis dan anak2 bendahara sentiasa
bertukar ganti.
Saya telah nyatakan beberapa kali bahawa
tulisan saya adalah berdasarkan syair yang dikarang oleh seorang pengarang yang
hidup dizaman itu, ia itu Imam Syahibudin dan kebetulan pengarang itu adalah
anak saudara kepada Imam Zul Bayan. Saya rasa apa yang Imam Syahibudin tulis
itu tidak salah,tetapi Sebaliknya tanggapan orang yang membuat gossip itu salah
ini kerana Imam Syahibudin menulis sesuatu yang dilihat dan alami sedangkan
kita bercakap hanya berdasarkan cerita lisan dan catatan dari satu jenerasi ke
satu jenerasi;yakni sesuatu yang tidak boleh dipertanggungjawabkan secara
pasti. Di dalam petikan syair dibawah dinyatakan bahawa Imam Zul Bayan yang
dikritik oleh Imam Syahibudin merupakan seorang ahli agama yang beliau sebut
sebagai “Naib Sultan” yang mempunyai kuasa dalam bidang agama (pulang padanya
perintah sekalian), yang saya membuat jangkaan bahawa ia adalah Mufti Pahang
dalam tahun 1730-50, beliau ini dibantu oleh anaknya Imam Nurqadim yang alim
dan sangat dihormati di Pahang ketika itu.
Cerita
ini dipendekkan
Masyhur
di Pahang Imam Zul Bayan
Ialah
jadi Naib sultan
Pulang
kepadanya perintah sekalian
Kemudian
itu Imam Nurqadim
Anak
yang tua lagipun alim
Mertabat
besar terlalu rahim
Seisi
Pahang tawakal dan salim
Kedua-dua
tokoh ini terkenal kerana kealiman nya bukan kerana ketokohan sebagai pahlawan
atau sebagai anak raja. Imam Zul Bayan seorang yang menguasai Ilmu Martabat
Tujuh yang di asaskan oleh Hamzah Fansuri dan mempunyai pengikut yang ramai di
Pahang dalam pertengahan abad ke 18. Manakala anaknya merupakan seorang “Tuan
Guru” yang terkenal di Pahang pada masa itu.
Jalan
agama tatkala itu
Sebarang
jenis sekalian laku
Berbuat
ibadat sekalian nafsu
Tukang
tidak membuang kayu
Berapa
banyak yang handalan
Dari
Jelai sampai ke Pekan
Kampung
Makasar bergelar To’Uban
Dirantau
Temerloh berbilang pegangan
Kepala
ilmu mengenal diri
Dimitalkan
tanah buyung dan kendi
Sekalian
alam wujud mazaji
Hanyalah
Allah yang hakiki
Berbagai
jenis kias dan misal
Siapa
yang menang itulah handal
Alam
arwah, Alam misal
Alam
ajsam, Insan Kamil
Alam
lahut, Alam jabarut
Alam
nasut, Alam Malakut
Ayan
Thabit dimisalkan ombak
Putus
makrifat disanalah hanyut
Muhadith
dan Qadim disana terhimpun
Umpama
laut ombak mengalun
Dimisalkan
benih dengan pohon
Benihkan
dahulu atau pohon
Kesimpulannya; kajian lanjut mestilah buat bagi
menentukan kedudukan yang sebenar siapakah Imam Zul Bayan yang digarap oleh
Imam Syahibudin di dalam karya-karya beliau. Adakah beliau ini sama dengan Imam
Bayan yang di tulis oleh para pencerita lisan yang kita dapati di kawasan
daaerh Bera. Bagi saya kewujudan dua tokoh ini sangat jelas berdasarkan
hujah-hujah yang saya berikan di atas tadi.
2 comments
Terbaik tulisan ilmiah bolah buat tesis PHD di UKM.
BalasPadamassalamualaikum,saya dari sarawak,kalau saya cakap yg saya ada darah dari keturunan tun derma putra anda percaya ke..sebab saya xtahu sangat pasal keturunan ni..tapi buku salasilah keluarga ada bersama datuk saya..
BalasPadam