RISALAH AL FAIDAH WA AL MUHIMMAT SUSUNAN KADI IBRAHIM
Di lampiran akhir
kitab “hidayah tul wildan” susunan kadi ahamd,kg bangau temerloh pahang
terdapat satu lampiran yang bertajuk :al faidat wa al muhimmat, konon nya
lampiran ini merupakan kata kata hikmah yang di warisi oleh kadi Ibrahim bin Hurairah
@ kadi besar Pahang (1900m) dari koleksi simpanan imam syahibudin bin zainal abidin
(1770m). maka untuk manufaat bersama maka kami rumikan kata kata hikmah itu
supaya mudah di fahami dan di baca.
Saudara Muslimin dan Muslimat!!!
Marilah kita membicarakan kelakuan-kelakuan
dan tabiat kita tiap-tiap hari, ini sama ada zahir atau batin kerana tiap-tiap
daripadanya wajiblah mempelajari dan mengetahui manakah yang ditegah oleh syarak dan mana
yang dilperintahkan olehnya.
ADAPUN PERBUATAN-PERBUATAN YANG TIDAK WAJAR DIKERJAKAN OLEH SEGALA
ORANG YANG BERIMAN IAITU LAPAN PERKARA :
Pertama :
Jangan membesarkan diri di depan segala makhlukNya.
Kedua :
Jangan takbur pada melakukan sesuatu pekerjaan.
Ketiga :
Jangan kamu putuskan harapan orang yang meminta
Keempat : Jangan
sekali - kali mengubah janji sesama mahluk.
Kelima :
Apabila kita dimuliakan tak dapat tiada kita takut akan dia dan
merendahkan diri kita akan dia dan apabila kita dipercayai orang
jangan kita khianat kepadanya.
Keenam :Jangan sekali-kali kita ittikad kan hendak menghina akan
orang.
Ketujuh :Jikalau
kita jadi raja atau ketua barang dimana -mana hendaklah kita berbuat adil dan
bermaruah.
Kedelapan :
Jangan sekaJi-kaJi menghilangkan jasa orang seboleh-bolehnya kita balas juga.
Wa1lahu a'lam.
* * * * *
MAKA ADALAH PADA SATU MASA DITANYA ORANG AKAN NABI ALLAH IBRAHIM ALAIHISSALAM:
“KERANA APA TUANHAMBA DIAMBIL ALLAH TAALA AKAN TUAN HAMBA KEKASIHNYA?’ MAKA
JAWABNYA:” DENGAN EMPAT SEBAB :
Pertama : Aku utamakan
suruhan Allah di atas suruhan orang lain .
Kedua :
Tiada aku percintakan rezeki (kekayaan)
Ketiga :
Tiada aku makan melainkan bahawasanya aku berjamu.
Keempat : Apabila bertemu dua pekerjaan dua dan
akhirat maka aku kerjakan akhirat dahulu”.
* * * * *
KATA KHATIM AL IMAM RAHIMAUANHU, ADAPUN PERKERJAAN BERGOPOH-GOPOH
ITU DARIPADA PEKERJAAN SYAITAN MELAINKAN PADA LIMA PERKARA:
Pertama: Memberi makan orang datang ke rumah kita
Kedua: Menanam mayat apabila sudah mati
Ketiga: Memberi anak perempuan
bersuami apabila beraka! baligh .
Keempat: Membayar hutang apabila
dapat peluang,
Kelima: Taubat apabila berbuat
dosa, wallah waalam.
* * * * *
KATA LUKMAN AL HAKIM,EMPAT PERKARA
ITU MEMBAWA KEPADA EMPAT PERKARA:
Pertama: Berkelahi iaitu membawa kepada malu
Kedua: Membesarkan diri iaitu
membawa kepada perseteruan
Ketiga: Marah membawa kepada sesal
Keempat: Berlebihan(membazir)
membawa kepada papa, walllah a'lam.
* * * * *
Kata Sultan Ibrahim bin Adham
adalah dunia itu seperti mimpi sahaja apabila jaga daripada tidurnya maka
hilanglah yang dimimpinya itu demikianlah orang yang menuntut dunia ; apabila
sudah mati maka tinggalah ia, wallah a'lam.
* * * * *
SABDA NABI S.W.A ADAPUN TANDA ORANG YANG BAHAGIA ITU EMPAT
PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya maka bertambah amalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka bertambah pemurahnya
Ketiga: Apabila bertambah umurnya maka kurang tamaknya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bertambah ia merendahkan
diri, wallah 'alam.
* * * * *
ADAPUN TANDA ORANG YANG
CELAKA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya bertambah bebalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka sangat bertambah bakhilnya
Ketiga: Apabila pendek umumya maka sangat bertambah halobanya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bersangatlah bertambah
takbumya, waJlah a'lam hisa wawab.
* * * * *
SABDA NABI S.W.A ADALAH DITURUNKAN ALLAH TAALA ATAS UMATKU LIMA
PERKARA DENGAN SEBAB LIMA PERKARA JUGA:
Pertama: Apabila diubahkan mereka itu janji nescaya dikeraskan
Allah Taala atas mereka itu musuh..
Kedua: Apabila tiada dihukumkan oleh merek aitu dengan hukum Allah
Taala nescaya diturunkan Allah Taala atas mereka itu kepapaan
Ketiga: Apabila dinyatakan oleh mereka itu zina nescaya diturunkan
Allah T aala pada mereka itu penyakt taun(penyakit2 bahaya).
Keempat: Apabila mereka itu melebihi dan mengurangkan sukatan dan
timbangan nescaya ditahan Allah Taala akan merekaitu tumbuhan maka datanglah
kepada mereka itu kelaparan.
Kelima: Apabila merekaitu menahan zakat nescaya di tahan Allah
Taala akan hujan waJlah a' lam.
* * * * *
SABDA NABI S.W.A ADAIAH ALAMAT ORANG PENGHUNI SYURGA ITU EMPAT
PERKARA:
Pertama: manis muka,
Kedua: murahtangannya,
Ketiga: mukmin hatinya,
Keempat: suci lidahnya,
wallah a'lam.
* * * * *
ADAPUN ALAMAT ORANG ISI NERAKA ITUPUN EMPAT PERKARA:
Pertama: Sentiasa masam
mukanya,
Kedua: kikir tanganya,
Ketiga: fasik hatinya,
Keempat: dusta lidahnya,
wallah a'lam.
* * * * *
SABDA NABI SAW: ENAM PERKARA YANG DIKASIHI ALLAH TAALA DARIPADA
ENAM ORANG:
Pertama: Adil pada segala raja - raja,
Kedua: amal segala uIama'
Ketiga: Sabar daripada segala fakir,
Keempat: malu segala perempuan ,
Kelima: murah daripada segala orang kaya,
Keenam: taubat daripada segala orang tuham wallah a'lam.
Adapun raja dengan tiada a'dil seperti sungai dengan tiada aimya
dan alim dengan tiada amal seperti rumah dengan tiada beratap dan orang kaya
dengan tiada murah seperti awan dengan tiada hujan dan dosa dengan tiada taubat
seperti pohon kayu dengan tiada berbuah dan orang fakir dengan tiada sabar
seperti pelita dengan tiada minyak dan perempuan dengan tiada malu seperti
makanan dengan tiada bergaram wallah a'lam.
[1]
Nota ini telah kami ubah suai kepada bahasa baru sesuai dengan keadaan semasa
supaya mudah difahami oleh orang muda.
0 comments