Catatan

MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @ SARI TEMERLOH

MEMORI 60’s
Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama.
MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @ SARI TEMERLOH
Sejak kecil aku tak pernah dengar perkataan “pekan sari” sehingga aku berusia 11 tahun.Satu ketika tatkala kami nak mandi di sungai. Seorang yang berpangkat abang mempelawa kami mengikut dia ke Temerloh,katanya: “Budak2 besok hari ahad, sapa nak ikut pegi ke temerloh? Boleh kita tengok wayang….oii seronok tengok orang lawa…

SUSUNAN PESURUHJAYA PAS PAHANG DULU HINGGA SEKARANG.

ALLAHYARHAM MOHAMED YASSIN BIN SALLEH (1958 – 1963 ) TEMERLOH
Tokoh ini berasal dari Kampung Kerdau Temerloh Pahang, sebahagian tanah milik beliau di wakafkan kepada PAS, masa kini tanah tersebut dibina markas terbesar PAS Pahang. Pihak PAS berharap setiap ahli PAS dan penyokong memberi derma sebanyak RM10.00 seorang bagi menyaipkan kompleks tersebut yang mengandungi dewan utama dan pejabat urusan harian PAS Pahang.Sentuhan politik beliau terlalu amat bernilai. Pengasas politik Pas Negeri Pahang ini sebenarnya bertanggungjawab membentuk pemikiran rakyat Pahang untuk tunduk patuh kepada sistem politik Islam yang diperjuangkan PAS. Pemergian beliau ke rahmatullah pada tahun 1963 mengakhiri tanggungjawab perjuangan. Ia harus menjadi sejarah penting dan mesti menjadi kayu ukuran perjuangan kepada generasi terkemudian. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya.
ALLAHYARHAM YANG MULIA TENGKU ABDUL HAMID SULTAN ABDULLAH ( 1963 – 1965 ) PEKAN Allahyarham merupakan satu-satunya tokoh …

MEMORI 60’s : KAJIAN PENULISAN KITAB-KITAB AGAMA DI PAHANG

Pendahuluan Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama.
MEMORI 60’s KAJIAN PENULISAN KITAB-KITAB DI PAHANG Tahun 1983 merupakan tahun terakhir aku belajar di UKM. Bagi pelajar yang mengambil ijazah sarjana muda kami dikehendaki membuat kajian @thesis ringkas berkenaan tajuk berkaitan dengan matapelajaran kami khususnya Pengajian Islam. Aku memilih untuk membuat kajian mengenai penulisan kitab2 agama di Pahang, kerana terkesan denga…

TOKOH ULAMAK PAS TEMERLOH :TUAN GURU HAJI HASANUDDIN BIN MOHAMMAD (1914-2005 )

Latarbelakang:Nama beliau ialah Haji Hasanuddin bin Mohammad,nama bapanya Mohammad bin Jamaluddin ,meninggal ketika beliau masih kecil. Susur keturunan ini berasal dari Perak yang merupakan anak cucu Dato Matang. Seorang dari anak cucunya bernama Panglima Bagus berpindah ke Pahang dan menetap di Kuala Temerloh. Nama ibu beliau ialah Sopiah binti  Janal,merupakan anakcucu kepada Tuk Shahibudin, ulamak terkenal di Pahang sekitar awal abad ke 18.Melalui Janal anak kepada Imam Mat Ali anak kepada Imam Shamsuddin anak kepada Imam Baada anak kepada Tuk Shahibudin. Datuk beliau  Tuan Guru Haji Mohammad Ali juga merupakan seorang guru pondok yang terkenal di kampong Berhala Gantang sekitar awal 1900. Di atas usaha datuknya,beliau di hantar mengaji agama. Pada asal nya beliau sangat meminati bidang pertukangan. Walaubagaimana pun sebelum beliau memohon kerja sebagai mekanik,beliu telah meminta nasihat dari seorang kawan baiknya yang bernama Lebai Said bin Hassan (anak murid Tuk Kenali)mengenai…

MEMORI 60’s : PENGAKAP KELANA

MEMORI 60’s : PENGAKAP ISLAM @SUKARELAWAN PEMUDA ISLAM
Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua.
MOMEIR 60’s : PENGAKAP KELANA
Semasa aku masih bujang, aku menumpang tinggal di rumah kakak ku bernama Hamidah. Isteri kepada Ustaz Alias Sichik. Aku tinggal disitu bagi memudahkan aku datang ke sekolah kerana rumah Ust Alias hanya bersebelah dengan Kulliah Sultan Abu Bakar, di samping aku boleh makan dan minum tanpa perlu memasak dan pergi ke kedai, mentelah rumah sewa itu agak besar sekali pun kakak ku mempuny…

Haji Abas Taha : Mufti Pahang yang progresif dan proaktif.

Mufti Pahang yang progresif dan proaktif.

Tokoh ini memainkan peranan yang besar dalam perkembangan pemikiran pembaharuan Islam di Nusantara ini. Tiada banyak maklumat tentang tokoh ini yang diketahui umum , hanya maklumat yang ada seperti beliau merupakan salah seorang tokoh pengasas majalah Al-Imam yang terkenal itu pada tahun 1906. Juga terlibat aktif dalam perbincangan perkara khilaf di Tanah Melayu.Seorang tokoh utama Kaum Muda di Nusantara sepertimana rakan-rakan beliau Syeikh Tahir Jalaluddin,Mufti Haji Wan Musa,Syeikh Abu Bakar Ashaari.Haji Abdul Karim Amrullah (Bapa Buya Hamka) dan lain-lain lagi. Berasal dari Aceh mendapat pendidikan agama di sana hingga peringkat tertinggi kemudian  menyambung  ke Mekah kemudian menyambung pelajaran ke Mesir . Di Mekah beliau belajar bukan hanya kepada ulama yang bermazhab Syafei tetapi kepada ulama mazhab yang lain seperti Syeikh Sulaiman Hasbullah AlMakki , Syeikh Ali Almaliki, Syeikh Muhammad Amin Ridwan AlMadani,Syeikh Abdullah Dagestani…

MEMORI 60’s : Pantai Sepat Dua Kuantan Pahang……

Imej
MEMORI 60’s : PANTAI SEPAT
Pendahuluan

Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua.
MOMEIR 60’s



Pantai Sepat Dua Kuantan Pahang……

Pada tahun 1974, selesai mengambil peperiksaan SRP @ Sijil Rendah Pelajaran aku dihantar oleh ayahnda ku menyambung pengajian di Sekolah Agama Al Ihsan Kuantan. Di sana aku akan mengambil Sijil Menengah Agama bagi melayakkan aku masuk ke Kulliah Sultan Abu Bakar. Ayahnda sangat berhajat untuk menjadikan aku seorang ulamak walaupun hajat itu tidak berjaya tetapi aku ada sedikit sebanyak ilmu aga…

Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan di Sungai Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pelawat

Flag Counter