Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Ahad, 29 Januari 2017

KADI BESAR PAHANG PADA TAHUN 1791.....TUAN TEH ...??????


Pada awal kurun ke 18, gelaran “Tuan”  hanya di gunakan di Pahang bagi penghormatan kepada tuan-tuan guru ,kadi dan Mufti. Golongan ini di gelar Tuan Mufti atau Tuan Kadi yang melambangkan satu kedudukan yang tertentu kerana kebolehan dan pangkat yang mereka miliki. Satu catatan dari pada buku sejarah History of Pahang yang di tulis oleh W Linehan ,halaman 60 menyebutkan seperti berikut:
Inche Long a wife of Bendahara Ali ,On 23 may 1836 gave birth to a son Tun Ahmad (later, Sultan).....at that time in Pahang were a mufti and a chief kathi ,”Tuan” Haji Abdul Shukur @Kg Kertau Cenor and “Tuan” Senggang @ Sanggang. A many religios teacher of minor degree.....peace and prosperity reigned in the contry....many people become rich.....(1973- MBRAS)  .
Gelaran yang sama juga diberikan kepada “Tuan Teh” anak kepada Imam Syahibudin bin Zainal Abidin semasa hayatnya.  Maka boleh dianggap beliau juga seorang kadi @ Kadi Besar Pahang ketika itu.Tuan Teh mendapat pendidikan dari bapanya kemudian menyambung pelajaran ke Mekah, beliau ada menyebutkan beberapa nama guru2 beliau di Mekah serta kawan2 baik beliau di sana. Dalam tahun 1780an beliau kembali ke Pahang setelah tamat pengajian di sana dan mengambil alih pentadbiran pondok yang diasaskan oleh bapanya.Maka ketika inilah segolongan syed tiba dari Yaman, mereka dilantik menjadi menteri @ Engku Sayid ,mufti @ Habib Muhsin bin Habib Abdul Rahman. Maka tidak mustahil Tuan Teh adalah memegang jawatan kadi besar kerana dasar di Pahang wujud jawatan mufti dan kadi besar sejak dahulu lagi.
Beliau juga ada mengedarkan satu “warta” ke seluruh negeri Pahang berkaitan dengan beberapa amalan dan kepercayaan penduduk Pahang ketika itu yang dianggap bertentangan dengan hukum dan akidah Islam(sila rujuk buku -Tokoh2 Ulama Pahang – Sempena memuliakan hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang 2014) Surat Warta itu bertarikh pada tahun 1206 Hijrah bersamaan 1791 Masehi, satu tarikh yang sama dengan masa beliau menjadi Kadi Besar Pahang. Ini Kerana karya terakhir beliau bertarikh pada 1806 Masehi. Setelah Tuan Teh meninggal dunia,jawatan kadi besar Pahang diberikan kepada adinda beliau yang bernama Kadi Abu Bakar Sanggang yang dikenali dengan nama Tuan Sanggang bagi kepada Imam Perang Teh di Kampung Sanggang. Nama Imam Perang di abadikan di dewan Kampung Sanggang ketika ini.Surat warta ini disalin semula oleh Kadi Ibarahim iaitu kadi besar Pahang pertama di masa Britisah dalam tahun 1894 sebaik sahaja beliau dilantik menjadi kadi besar Pahang ketika itu. Salinan inilah yang terdapat di dalam buku Tokok2 Ulama Pahang 2014 tadi.
RIWAYAT HIDUP TUAN TEH.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Shahibudin bin Zainal Abidin, tetapi menurut Kadi Ibrahim pula didalam kitab Syifa Al Abdan ialah Muhammad bin Zainal Abidin bin Shahibudin. Di dalam buku “Juble Perak Sek Men Agama Al Wosto” nama beliau di sebut “Teh Hassan”. Dilahirkan dalam tahun sekitar1760an dan meninggal sekitar awal tahun 1810 dalam usia hampir 50 tahun. Anak keempat dari sepuluh orang dari adik beradik seibu sebapa. Oleh yang demikian beliau digelar “Teh” atau “Tuan Teh Keramat”. Gelaran “tuan” pula ialah kerana beliau merupakan “Tuan Guru” yang menggantikan ayahandanya Tuk Shahibudin setelah ayahandanya uzur  tetapi beliau terlebih dahulu meninggal dunia dari ayahndanya .Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya kemudian menyambung pelajaran ke Mekah sekitar tahun 1780an,di antara gurunya di Mekah ialah Syeikh Abdul Jalil. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan ulamak-ulamak dari Riau selama berada di sana di antara mereka ialah Khatib Ahmad dan Haji Ahmad,kedua rakan beliau ini masih berada di Mekah ketika Tuan Teh sudah mengantikan ayahnya di Pahang. Kesan hubunganbeliau dengan ulamak di Riau maka  kita dapati ada karya-karya Tuan Teh di cetak di percetakan batu di Singapura yang dikendalikan oleh pemerintah Diraja Riau pada masa itu.Tuan Teh dimasyhurkan oleh orang ramai pada masa dahulu memiliki beberapa keluarbiasaan atau “Keramat” yang dikurniakan oleh Allah s.w.t bagi membuktikan kealiman dan ketinggian martabatnya. Pernah satu ketika seorang saudagar yang kaya mengalami masalah ribut di Kuala Pahang, maka setelah semua barang dagangan dicampak ke laut ,rebut masih kuat, maka saudagar yang kaya itu teringat kepada Tuan Teh,maka beliau pun bertawassul, maka katanya jika Allah selamatkan dia dan kapalnya maka dia akan bersedekah segantang emas kepada Tuan Teh. Maka takdir Allah hujan pun reda serta merta. Oleh saudagar itu tadi maka dikirimnya segantang emas kepada Tuan Teh melalui orang menjual tembakau.Emas itu diletakkan di dalam bakul yang berisi tembakau di sebelah bawah.Tidak diberi tahu kepada penjual tembakau di dalam bakul itu ada emas. Maka dia berniat jika betul Tuan Teh keramat,maka Emas ini pulang kepada dia.Maka pergilah penjual tembakau itu mudik ke hulu sungai Pahang menjual barangan termasuk tembakau itu tadi,semua barang jualan habis kecuali tembakau sebakul itu,Apabila hilir balik ke Pekan lalu di kampong Berhala Gantang,maka dipanggil oleh Tuan Teh singgah bertanya barang apakah yang masih ada,maka dijawab oleh penjual itu tadi hanya tembakau saja yang tinggal. Maka kata Tuan Teh :”Juallah kepada saya tembakau itu?”,maka dijual oleh penjual itu tembakau yang sudah kering dan buruk itu kepada Tuan Teh.Maka baliklah emas segantang itu ke tangan yang patut empunya dia. Sebab itulah sejak hari itu di gelar orang kampong ini “Balik Gantang”. Emas yang dibawa oleh penjual tembakau itu hingga ke hulu Pahang,balik semula ke kampong ini.Bagi meneruskan usaha ayahandanya Tuk Shahibudin, Tuan Teh mengarang banyak kitab-kitab agama seperti Tauhid, Usulfiqh dan Tasawuff. Usaha ini dilakukan bagi membanteras ajaran sesat yang berleluasa di Pahang ketika itu. Ajaran sesat yang wujud sejak sebelum zaman Tuk Shahibudin lagi terus wujud dimasa Tuan Teh seperti ajaran Hakikat Diri,Hakikat Sembahyang,Hakikat Sembelih,Hakikat Berjunub,Pantang pemali,Cuca,Ilmu Sihir,Ilmu Pengasih,Ilmu Kebal,Ilmu karut marut yang bercampur di antara ilmu agama, pawang dan ilmu pendekar. Kebanyakan guru-guru yang mengajar ajaran ini adalah secara sulit tidak berterus terang,sedangkan Rasullulah tidak pernah menyembunyikan ilmu beliau untuk sesiapa sahaja kerana sifat Baginda yang “Tabligh” menyampaikan semua ilmu kepada manusia.Tuan The di dalam satu watikah telah mengistiharkan bahawa semua ini adalah ajaran sesat yang bukan sama sekali dari Islam. Oleh kerana peranan yang begini besar beliau telah diberi gelaran oleh Prof.Dr. Harun Fatah Ibrahim  dari UKM sebagai orang yang pertama di Tanah Melayu yang menentang ajaran sesat  semasa di adakan Muktamar Tokoh Ulama UKM tahun 1983. Fatwa yang dikeluarkan oleh beliau disebarkan di seluruh negeri Pahang (Lihat lampiran ).Di antara sifat keistemewaan Tuan Teh ialah sifat zuhud beliau yang begitu tinggi, beliau sama sekali tidak menghargai harta benda dan kekayaan.Walaupun beliau dikurniakan oleh Allah harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat hasil perkahwinannya dengan Tengku Zubaidah, ini semua tidak menjadikan beliau seorang yang “gila dunia” dan “gila pangkat” sehingga sanggup mempermainkan agama dengan harta dunia yang sedikit .Harta yang dimiliki semuanya dilaburkan di jalan Allah.Beliau sangat gembira jika harta yang di dapati dengan usaha yang halal dibelanjakan untuk membina masjid,pondok pengajian dan madrasah.Di dalam kitabnya Raudah Al Jinnah,semua pemikiran dan sikap beliau tergambar di dalam kitab tersebut.Tuan Teh berlainan dengan bapanya,beliau banyak menghasilkan karya-karya berbentuk prosa. Karya beliau di dalam pelbagai bentuk seperti Huraian Kitab Ummu Al Barahim, Kitab Usul Fiqh, Kitab Hadis-hadis pilihan, Kitab Sejarah Nabi. Pada akhir hayatnya beliau banyak menulis dalam bidang tasawuff,antaranya kitab Raudatul Jinan. Kitab-kitab  karangan Tuan Teh bukan hanya dipakai di negeri Pahang tetapi juga hingga ke Riau, cetakan kitab Raudhah Al Jinnah kali pertama dibuat di Riau. Karya-karya beliau juga dijumpai di Sumatera Barat di dalam simpanan Marhum Haji Umar di kawasan Padang Sumatera Barat.Kealiman Tuan Teh juga diakui oleh banyak pihak sehingga beliau menerima pelbagai kunjungan dari ulamak-ulamak yang terdapat di Nusantara ketika itu seperti dari Sambas,Riau,Acheh,Terangganu dan Kelantan. I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP