Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Jumaat, 31 Mac 2017

MEMORI 60’s : Sungai Pahang

MEMORI 60’s :

Pendahuluan

Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama nya.

MEMORI 60’s : Sungai Pahang

Aku dibesarkan di dalam sungai Pahang. Sejak kecil aku dibawa ibu ke sungai terutama di sebelah pagi untuk membasuh kain kerana tidak ada orang menjaga aku di rumah jika ditinggalkan bersendirian. Kata emak,aku lebih dulu pandai berenang dari berjalan.Sejak dulu aku begitu mencintai sungai Pahang. Airnya jernih dan bersih,ikan-ikan banyak bermain-main di gigi tebing, batu batuan terdapat di sepanjang batang sungai yang sangat menarik terutama di musim kemarau.Setahu aku di sungai Pahang tidak ada buaya. Peristiwa yang paling lekat dalam ingatan aku berkaitan dengan sungai Pahang ketika aku kecil, aku menyaksikan seorang budak perempuan yang merupakan saudara aku yang tinggal di felda Kg Awah tenggelam di depan mata aku sendiri. Ketika itu air sungai sedang sebak,biasanya bila air separas setengah tebing, keadaan arusnya laju dan berpusing-pusing. Jam 9.00 pagi kami turun ke pengkalan untuk mandi dan bermain air, walaupun air sebak dan arus deras itu tidak menjadi masalah pada aku sekalipun usia aku ketika itu baru lima tahun.Setelah menyalin pakaian,kami pun terjun dengan pelbagai gaya dari jamban ke dalam sungai. Saudara aku ini pun menyalin pakaian,kami tidak menjangkakan bahawa dia tak pandai berenang, kemudian ia terjun ke dalam sungai,hilang….kemudian timbul sambil melambai2kan tangan kepada kami,kemudian hilang semula….barulah kami sedar dia tak boleh berenang,kami memanggil abang leman yang sejak tadi berada di atas tebing, ia terjun seperti tarzan ke dalam sungai untuk mengapai budak perempuan tersebut tetapi terlambat…..selepas itu ketua kampong datang dan meminta kami yang ada di tempat kejadian menyuruk di pundung di tepi paya di pinggiran hutan. Sehingga petang barulah ibubapa kami datang mengambil kami pulang.

Sungai adalah nyawa kami, itu lah tempat kami mengambil air untuk minum,di situlah tempat kami mandi dan membersih pakaian,di situlah juga tempat kami bermain, tempat kami mencari rezeki terutama ikan yang jadi makanan kami.Sungai Pahang adalah sungai yang besar, sebeb itu ketika aku mengaji di Bangi,seorang kawan aku dari Melaka begitu hairan bagai mana bila aku ceritakan perkara2 di atas, memang lah…Melaka sungai nya kecil2 dan hanya tempat orang membuang sampah sahaja…..Apabila aku meningkat remaja ,sungai adalah tempat kami berehat. Biasanya setelah solat subuh kami pergi memotong getah sehingga zuhur lanjut barulah kami pulang dalam keadaan keletihan.Sebelum makan tengah hari, kami pergi mencuci diri di sungai, kami berehat di sungai agak lama. Di samping mencuci pakaian yang kotor,kami juga berbual2 sambil mencuci badan. Keadaan bau badan orang yang memotong getah;tuhan saja lah yang tahu.Kesan2 getah yang melekat pada rambut,pada leher,pada tangan,di celah2 kuku tangan dan kaki mesti dibuang habis habisan. Maka untuk mencuci badan saja mengambil masa berjam2,tambahan jika ada anak2 dara yang mandi bersama kami. Maka lebih lama kami mandi di sungai.Jika tidak ada gadis2 di kampong kami,kami akan bergurau senda dengan gadis2 yang sedang mandi di seberang sungai.Gadis2 seberang agak cantik2 kerana kebanyakkan berasal dari Kelantan.Mereka turun membasuh pakaian setelah selesai solat zuhur,ketika kami baru pulang dari menorah getah.

Di sungai aku di ajar oleh ayah ku berenang,mendayung perahu,memasang jarring,menaja aran, memilih tempat memasang lukah,menebar jala dan memilih ikan yang sedap2.Masa iu ikan banyak,manusia tidak tamak.Mereka tidak menggunakan bahan2 yang terlarang untuk menangkap ikan,Mereka tidak memasang pukat Apollo untuk menjaring, Mereka tidak memasang jaring panjang untuk menangkap ikan.Semua manusia sedar keperluan Mereka dan keperluan orang lain. Di kampong aku, keadaan sungai Pahang agak menarik. Tebing nya rendah, di sebelah hilir pengkalan aku ada batu panjang, di sebelah hulu ada tiga lubuk besar iaitu lubuk kawah,lubuk beroga dan kubang itik. Kawasan kubang itik agak suspen sikit…di lubuk2 inilah aku memasang jaring dan lukah. biasannya jika kami tidak terlalu letih kami pergi berenang ke batu panjang yang kira2 200 meter dari pengkalan kami. Mandi manda di sana sgt sedap kerana air nya laju dan jernih, bongkah batu nya berbagai bentuk. Kawasan lubuk kawah sangat dalam, pernah kami mengukurnya dengan tali yang kami letakkan batu di hujungnya….lebih dari 30 kaki….patut lah di zaman dahulu ada kapal masuk hingga ke Temerloh kerana airnya dalam.Kami sangat suka bermain air sungai. Ketika musim banjir besar bila air melimpah ke atas tebing sungai,kami anak2 remaja sekitar 15-20 orang akan pergi menebang buluh panjang, kemudian kami akan berjalan ke kawasan sek men agama al wosto. Dari situ kami terjun ke dalam sungai Pahang….tanpa sedar akan bahaya….kami sangat seronok bermain air banjir kerana airnya sangat sejuk,sangat dingin laksana air yang keluar dari kawasan salji. Kami berhanyut menghilir sungai Pahang sampai ke sempada kampong teluk Ira. Itulah aku rasa pengalaman pelik yang kami lakukan di masa lalu tanpa sedar akan bahaya yang banyak di dalam sungai ketika banjir.

Inilah kenangan yang tak akan kembali lagi, sekarang setiap kali aku memandang kea rah sungai Pahang, hati aku menangis sedih. Sungainya tohor,airnya kotor,ikannya sirna,batu batuan hilang entah kemana. Pinggiran tebingnya dipenuhi dengan mesin-mesin penyedut pasir, manakala di atas tebing nya berdebu dengan pasir2 kering di tiup angin.Musim kering sangat  kering, musim hujan airnya kotor,pekat dan likat sehingga ikan pun lari dari air yang sangat kotor ini…..satu kenangan yang hilang,keindahan yang sirna,lukisan alam yang koyak rabak oleh jari2 yang rakus…….

sungai Pahang….aku cinta kamu……..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.