Pilih Bahasa

SUSUNAN PESURUHJAYA PAS PAHANG DULU HINGGA SEKARANG.


ALLAHYARHAM MOHAMED YASSIN BIN SALLEH (1958 – 1963 )
TEMERLOH

Tokoh ini berasal dari Kampung Kerdau Temerloh Pahang, sebahagian tanah milik beliau di wakafkan kepada PAS, masa kini tanah tersebut dibina markas terbesar PAS Pahang. Pihak PAS berharap setiap ahli PAS dan penyokong memberi derma sebanyak RM10.00 seorang bagi menyaipkan kompleks tersebut yang mengandungi dewan utama dan pejabat urusan harian PAS Pahang.Sentuhan politik beliau terlalu amat bernilai. Pengasas politik Pas Negeri Pahang ini sebenarnya bertanggungjawab membentuk pemikiran rakyat Pahang untuk tunduk patuh kepada sistem politik Islam yang diperjuangkan PAS. Pemergian beliau ke rahmatullah pada tahun 1963 mengakhiri tanggungjawab perjuangan. Ia harus menjadi sejarah penting dan mesti menjadi kayu ukuran perjuangan kepada generasi terkemudian. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya.

ALLAHYARHAM YANG MULIA TENGKU ABDUL HAMID SULTAN ABDULLAH ( 1963 – 1965 )
PEKAN
Allahyarham merupakan satu-satunya tokoh istana yang telah menempatkan dirinya untuk berjuang secara langsung bagi menegakkan daulah Islam melalui perjuangan politik Pas. Mungkinkah ada lagi tokoh besar seperti beliau untuk memimpin perjuangan Islam ? Apa yang pasti beliau telah berjaya menempatkan ramai kaum kerabat Pahang ke dalam politik Pas dan kesannya berterusan hingga ke hari. Sebahagian keluarga istana Pahang memiliki semangat Islam yang kuat,Mereka sangat mencintai ulamak dan suka kepada pendidikan agama. Mereka juga ahli tarekat yang mengambil sanad tarekat dari tokoh tokoh yang terkenal di asia Tenggara.

ALLAHYARHAM USTAZ ISHAK BIN ABDULLAH ( 1964-1965)
TEMERLOH

Tokoh ini merupakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Hasanuddin Mohammad, beliau mendapat pendidikan di Madrasah Al Wosto,Madrasah al Junied Singapuran dan IAIN Surabaya Indonesia. Allahyarham merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang yang pertama dilantik dari kalangan tokoh berpendidikan agama. Perwatakannya yang sederhana membuatkan beliau sentiasa disenangi oleh kawan dan lawan. Keperibadiannya patut dijadikan contoh kalangan pejuang Islam di negeri ini. Allahyarham telah mengorbankan kehidupan dunianya bagi kepentingan perjuangan.Beliau juga pengasas SRA Lurah Bilut .  Lulusan BA Syariah Islam Universiti  Indonesia ini, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam 13 Mei 1993, selepas pulang dari memberikan kuliah terakhirnya di Darul Islah Kg Paya Kecik, Temerloh.

ALLAHYARHAM DATO' ABU SAMAH HAJI ALI ( 1965-1969 )
TEMERLOH
Allahyarham Dato Abu Samah Hj Ali, adalah tokoh penting dalam memperkukuh dan memperkembangkan pengaruh perjuangan Pas di Negeri Pahang peringkat awalan. Kehadirannya dalam perjuangan Islam sebenarnya memberikan imej penting terhadap penerimaan golongan atasan terhadap Pas. Ayah kepada Menteri popular Datuk Hamzah Abu Samah ini telah mengorban banyak kepentingannya dalam menjayakan perjuangan Pas. Rumahnya yang terletak di atas bukit di persimpangan jalan Triang berhadapan jambatan Temerloh itu pernah menjadi pusat perjumpaan penting parti. Semoga amalnya mendapat keberkatan Allah.

USTAZ JAMAHIR IDRIS (1969 – 1977)
KUANTAN
Ust. Jamahir Idris merupakan salah seorang tokoh pengasas PAS Negeri Pahang, beliau yang dilahirkan di Indonesia dan mendapat pendidikan di Institiut Pengajian Islam, Bandung, pernah menjadi Setiausaha Hizbul Muslimin. Sejarah penglibatan tokoh ini kedalam perjuangan Islam di negara ini bermula apabila beliau berhijrah ke Malaya bersama bapanya pada tahun 1958. Ust. Jamahir Idris, telah melibatkan dirinya dalam perjuangan Islam sejak di Indonesia lagi di bawah Jamaah Masyumi. Pejuang Islam yang gigih ini adalah juga pengasas kepada kewujudan Sekolah Menengah Agama Rakyat Kg Selamat, Tanjung Api, Kuantan, yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

ENCIK MOHD RUSDI ARIFF ( 1977-1982 )
PEKAN
Encik Mohd Rusdi Ariff, merupakan satu-satunya pimpinan Pas negeri Pahang yang bergelar Yang Berhormat ( YB ), beliau telah memenangi pilihanraya umum 1974 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bukit Ibam. Beliau dilahirkan dikalangan keluarga yang terlibat secara aktif dalam parti.Bapa beliau Mualim Ariff merupakan di antara pengasas kepada PAS Cawangan Pekan,Bapa mertua beliau juga orang kuat PAS Pekan. Encik Mohd Rusdi Ariff mendapat pendidikan di Universiti Malaya, pernah menjadi Penolong Pegawai Tadbir Felda sebelum meletakkan jawatannyauntuk berkecimpung dalam Pas secara lebih efective. Beliau masih meneruskan khidmatnya hingga ke hari ini.

TUAN HAJI SYED IBRAHIM (1982-1984)

ENCIK MOHD RUSDI ARIF ( 1984-1987 )

TUAN GURU HAJI ALWI ABDUL HAMID ( 1987-1993 )
MARAN
Tuan Guru Hj Alwi Abdul Hamid,dilahirkan pada tahun 1939 di Kg Paya Pasir Chenor. Bapa beliau merupakan tokoh agama terkenal di Maran,Beliau mendapat pendidik di Universiti Al Azhar, Mesir. Seorang tokoh yang sentiasa menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam .Beliau merupakan pengasas kepada Madrasah Darul Al Hijrah Maran yang ramai melahirkan agamawan di negeri Pahang.Sebelum itu beliau merupakan guru agama di Kulliah Sultan Abu Bakar PekanDi dalam parti , selain daripada pernah menjadi Persuruhjaya PAS Pahang, beliau juga adalah Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulamak PAS Pusat..

TUAN GURU HAJI MOHD BAQI OSMAN (1993 – 1999)
CENOR
Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman, merupakan tokoh yang sentiasa menyumbangkan ilmu Islam yang dimilikinya kepada masyarakat melalui kuliah-kuliahnya yang cukup terkenal dan melalui ceramah-ceramah yang sentiasa diadakan dari masa ke semasa.Beliau mula mendapat pendidikan agama dari Tuan Guru Haji Jaafar Kg Sentang,Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kelantan dan Mekah.Komitmen dalam perjuangan memperlihatkan perkembangan PAS yang sangat baik, selain daripada memikul amanah sebagai Persuruhjaya, beliau juga adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang dan juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.Beliau merupakan pengasas kepada Madrasah Saadatul Darain di Sg Gau dan Kg Lating Cenor. Juga pengasas kepada air mineral Gau.

USTAZ IDRIS BIN OMAR (1999 - 2004 )
TEMERLOH
Berasal dari Kg Tebal Temerloh Pahang, mendapat pendidikan agama awal di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Majid Buyung di Pondok Kg Guai Bera Pahang, menyambung pengajian di Kolej Islam Kelang dan Melanjutkan pelajara ke Mesir sehingga peringkat tertinggi. Sekembali dari mesir beliau menjadi tenaga pengajar di UKM, di sana beliau mengasaskan rumah anak yatim Darul Izzah di Bangi. Kemudian beliau membuka beberapa buah cawangan Darul Izzah di seluruh negara. Beliau dilantik menjadi pesuruh jaya PAS Pahang dalam tahun 1999.

USTAZ DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN (2004 - 2015)
JERANTUT & JENGKA.
Tokoh ini berasal dari kampong Batu Balai Jerantut, Beliau merupakan anak saudara kepada Tuan Guru Haji Nik Aziz. Keluarga ini berpindah ke Pahang dan membuka perkampungan di Jerantut. Memulakan persekolahan di SMA Padang Tengku, Kemudian menyambung di Kulliah Sultan Abu Bakar seterusnya di UKM Bangi, sehabis belajar beliau menjadi tenaga pengajar di ITM, kemudian melibatkan diri secara aktif di dalam Forum Perdana anjuran RTM. Pada tahun 1999,beliau mula menyertai Pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di Dun Jengka dan memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon Umno, Dato' Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. 

USTAZ ROSLI BIN ABDUL JABAR (2015 - kini)


KUANTAN

Share:

0 comments

Flag Counter