Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Jumaat, 7 April 2017

MISTERI: TOKOH AGAMA YANG IKUT PKM.......... BERAHIM CHIK.


Berahim bin Chika atau En Ibrahim Chik dilahirkan di Kampung Sungai Dingin,Catin Mentakab pada 22 Nov 1922. Ibubapanya merupakan penoreh getah dan bekerja kampong. Datuk beliau bernama Khatib Mohd adalah sepupu kepada Kadi Ahmad Bangau. Semasa kecil beliau diasuh oleh bapanya dengan pendidikan agama, sehingga usianya 7 tahun beliau telah tiga kali khatam Quran.Di sekolah petang@ agama beliau sering mendapat hadiah. Kemudian bapanya berpindah ke Kampung Lubuk Kawah kerana hendak belajar agama dengan tuan guru yang terkenal pada masa itu di Temerloh yang di gelar Tuan Guru Ayah Man.Beliau diserahkan oleh ayahnya mengaji dengan Tuan Guru Haji Man sehingga usianya 15 tahun. 

Pada tahun 1937,beliau dihantar oleh ayahnya menyambung pengajian di Pondok Wakaf Baru,Tumpat Kelantan.Guru beliau adalah anak murid kepada Tok Kenali. Di sana beliau berkawan rapat dengan Lebai Yaakub Guai @naib kadi yang menyuruh beliau belajar Bahasa Arab. Beliau menghabisi mata pelajaran Bahasa Arab bermula dari peringkat bawah dengan menghafal Matan Al Jurumiah,kemudian mendalami Mata Al Fiah,kemudian ke peringkat tertinggi iaitu Mengkhadam Matam Mimmah. Setelah dua tahun beliau sudah boleh membaca buku buku di dalam Bahasa Arab. Kemudian atas nasihat Lebai Yaakub, En Ibrahim Chik mula minat untuk menjadi kadi. Maka beliau mula mendalami kaedah2 fikah,mempelajari Ilmu Pusaka Islam dll.Sejak datang ke Kelantan hingga tahun 1940 beliau tidak pernah pulang ke kampong halaman kerana terlalu asyik dengan mempelajari agama.Di Kelantan beliau juga menyertai persatuan Anak Pahang di Kelantan ,Menyertai Persatuan Ulamak Kelantan, di sini beliau mula terdedah dengan unsur2 anti penjajah.  Pada tahun 1941, beliau menerima satu telegram palsu dari bapanya yang mengatakan beliau sakit,maka beliau segera pulang ke Pahang dengan menaiki keretapi,rupa2nya telegaram itu hanya helah dari bapanya yang terlalu rindukan anak lelakinya yang cuma seorang itu.

Semangat juang bagi melawan dan bencikan penjajah bermula sejak di sekolah rendah lagi. Beliau pernah dipukul oleh gurubesar kerana tidak menghormati pegawai inggeris yang datang melawat sekolah tempat beliau belajar masa itu. Beliau benci penjajah dan benci memanggil orang putih dengan panggilan “tuan”.Semangat anti British ini sememangnya di war-warkan di kalangan keluarga Kadi Ahmad dan juga di kalangan keluarga Datuk Bahaman yang masih ramai di kawasan sepanjang Sungai Semantan. Bapa En Ibrahim Chik berkawan baik dengan cicit Datuk Bahaman kerana Mereka sama sama berniaga kerbau ke Gombak satu masa dahulu. ketika zaman jepun dalam usia remaja, En Ibrahim Chik terpengaruh dengan suara2 yang anti penjajah. Bila Jepun datang untuk menghalau British, En Ibrahim Chik sangat berasa kagum dan berusha untuk membantu Jepun,akan tetapi sikap Jepun yang ganas menyebabkan beliau mula membenci Jepun.Ini kerana selepas kembali dari Kelantan, En Ibrahim Chik bersama dengan Alias b Mat Sham membuka kedai koperasi di Temerloh, ketika Jepun datang kedai itu terpaksa di tutup kerana setiap hari Jepun datang untuk meminta barang makan dan keperluan Mereka. Kedai itu juga di intip oleh talibarut Jepun.Beliau pernah disenaraikan sebagai buruh paksa oleh tali barut Jepun tetapi dengan membayar wang sebanyak 70,000 duit Jepun,maka nama beliau di padamkan.

En Ibrahim Chik kemudiannya berkahwin dengan Rahman bt Kadi Ahmad,saudara sebelah bapa beliau.Kedua dua suamiisteri ini kemudianya menyertai Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Oleh kerana usia yang masih muda maka beliau diletakkan di dalam API dan isteri beliau menyertai AWAS. Mereka suami isteri sangat cergas di dalam PKMM sehingga masing2 memegang jawatan penting di dalam parti.Boleh dikatakan pada masa itu AJK PKMM,AJK AWAS,AJK API dikuasai oleh sanak saudara En Ibrahim Chik seperti Sulaiman Kadi Ahmad,Hamdi Kadi Ahmad,Rahmah Kadi Ahamd,Aminah The Bakar,Zaharah Said,Zawiyah Haji Ibrahim, Haji Ismail dan anak2 beliau. Dengan sokongan dari keluarga Tuan Guru Haji Man maka menambahkah lagi semangat Mereka untuk membebaskan dari di jajah oleh kuasa asing terutama di jajah oleh British.


Pada tahun 1946, golongan API telah dihubungi oleh PKM sedunia, Mereka dijemput untuk menyertai Kursus dan seminar yang di adakan oleh PKM di Kuala Lumpur. Oleh kerana keinginan untuk mempelajari bidang politik yang lebih luas dan mendalam,maka API Temerloh telah menghantar wakil Mereka untuk sama menyertai seminar tersebut,maka bemula lah episode baru dalam hidup En Ibrahim Chik. 

Pada awal September 1948 apabila darurat di istihyarkan , maka upacara turun rumah di adakan; maka ayahnya memberi amanat : “Selamat jalan,jangan berpatah balik di tengah jalan, jangan balik kalau tidak berhasil”……???????????????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.