Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Selasa, 25 Julai 2017

JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH (TAHUKAH ANDA?)


TAHUKAH ANDA? (ANDA BIASA JUMPA TETAPI TAK TAHU NAMA)


Kunjungan kami kali ini ke PEKAN SEHARI AHAD di Temerloh ingin berkongsi antara perkara yang anda biasa jumpa tetapi anda mungkin keliru pada namanya atau tidak tahu mengenainya. Ada 10 jenis hasil jualan pertanian yang anda mungkin biasa lihat tetapi tidak tahu namanya.
Minggu ini, blog ini akan berkongsi pelbagai tumbuhan.

1) Daun Palas.

Pokok palas merupakan salah satu tarikan apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Daunnya menjadi kegunaan untuk membuat ketupat yang dimakan pada hari tersebut. Di Pekan Sehari Ahad Temerloh, anda boleh membelinya dengan harga berpatutan kerana di pekan sehari ini tidak asing lagi dengan daun palas. Anda boleh mencarinya di gerai jualan.
Kebiasaannya daun palas terlihat seperti ini :

Jika anda membelinya, daunnya seperti ini :




Biasanya, dijual secara ikat. 


Di sini kami ingin berkongsi resepi membuat ketupat :
Anda memerlukan daun palas, beras pulut, santan dan garam sesedap rasa.

Pertama, masak beras, santan dan garam sehingga separuh masak.

Kedua, apabila bahan tersebut telah masak, masukkan ke dalam daun palas.

Ketiga, lipat mengikut kreativiti anda.

Akhir, ketupat boleh direbus dan makan.

Zaman sekarang, ketupat segera boleh didapati tetapi sesetengah orang masih mengamalkan cara masakan moden untuk mengekalkan rasa dan keasliannya.

                            (Kelongsong ketupat yang belum digunakan - Sumber Wikipedia )



              (Ketupat palas - Sumber Wikipedia)


  2) Ulam Tenggek Burung

  
(Daun Tenggek Burung di atas plastik merah )

 Anda boleh menemui daun ulam ini dijual di pintu masuk A KLIK SINI. Di sini, anda boleh          mendapatkannya dengan harga yang berpatutan. Penulis sempat bertanyakan kegunaannya kepada penjual. Katanya, dibuat sebagai ulam-ulaman untuk dimakan.  Ulam ini jarang didapati dan hanya dikenali oleh orang yang arif mengenainya. Pastikan anda rajin bertanya sebelum membelinya. 

3) Anak Pokok  Pelbagai Jenis Herba

   
   (Anak pokok herba : anda boleh rujuk pada tulisan)

 Sekiranya anda peminat herba dan sayuran serta minat berkebun, anda boleh mendapatkan    pelbagai jenis herba dan sayuran untuk ditanam. Anda boleh singgah di Pintu Masuk A


4) Daun Serai Kayu 

    

(Pokok Serai Kayu) 
   
Daun Serai Kayu boleh dijadikan ulam-ulaman dan khasiat untuk badan. Daun Serai Kayu digunakan di seluruh dunia dengan pelbagai jenis kegunaan. Sebagai contoh di Malaysia, dijadikan ulam-ulaman dan sebagai bahan masakan. Di negara Barat, daun ini dijadikan sebagai perisa tambahan. Sekiranya anda berminat, lebih baik bertanya kepada penjual sebelum membeli.  Nama saintifik adalah  Syzygium polyanthum .


5) Daun Salon 

         
(Daun Salon) 

    Daun Salon atau dipanggil Daun Selom. Daun ini tidak asing lagi dalam kalangan peminat herba dan sayuran. Semestinya mendapat tempat dikalangan pembeli. Daun ini banyak dijual secara ikat. Banyak terdapat di Malaysia tetapi, anda mungkin jarang mendengarnya. Kebiasaannya, boleh ditanam dengan mudah. Tidak hairanlah Malaysia terkenal dengan kepelbagaian tumbuhan semula jadi. Nama saintifik adalah Ooenanthe Javanica. Boleh dijadikan sebagai ulaman penambah selera semasa makan.

6) Batang Keladi 

    
(Batang Keladi) 

Keladi kebiasaannya dijadikan tanaman hiasan dan batang keladi boleh dijadikan makanan iaitu keladi masak asam pedas. Banyak terdapat di pekan sehari temerloh dan seeloknya anda bertanya dahulu kerana terdapat pelbagai jenis keladi. Memandangkan keladi mempunyai pelbagai jenis, ada juga yang tidak sesuai untuk dimakan. 


7) Buah Kundang

  
(Buah Kundang) 

Kelihatan seperti buah anggur pada fizikalnya. Ini adalah buah kundang. Banyak dijual di pekan sehari Temerloh oleh penjual. Buah kundang boleh dimakan. Buah kundang ini kelihatan kecil kerana masih muda. Apabila buah tersebut masak, buah ini akan menjadi warna kuning. Warna kehijauan kerana masih muda dan sedap dimakan cicah. 


8) Daun Pucuk Ubi

                                                                 (Pucuk Ubi Kayu )

Daun pucuk ubi kayu merupakan salah satu bahan masakan untuk resepi. Pokok ubi kayu mudah ditanam dan mudah tumbuh. Terdapat pelbagai jenis ubi kayu, anda perlu bertanya kepada penjual untuk mengetahuinya. Kebiasaanya, jenis daun di atas banyak dijual menjadi pilihan peminat resepi  sambal tempoyak pucuk ubi kayu.klik sini


9) Jering 

  
(Jering) 

Pokok jering merupakan sejenis pokok yang tinggi. Luarannya berwarna gelap dan isinya berwarna putih. Jering dijadikan sebagai ulam. Boleh dimakan bersama tempoyak, budu dan sedap dijadikan sambal jering. Jering yang diambil dari pokok kebiasannya terus disemai sehingga kembang . Jering yang diambil (dibuang kulit)  untuk disemai adalah jering yang tua. Seeloknnya , belilah di pekan sehari. Jering banyak terdapat di Pekan Sehari Ahad Temerloh. 


10) Jantung Pisang 

  
(Jantung Pisang)

Jantung pisang mudah didapati pada pokok pisang. Kebiasaannya, jantung pisang direbus dahulu sebelum dimakan. Jantung pisang boleh dimakan dengan cara merebus dahulu dan dicecah dengan kicap. Ada cara dimasak tumis dan digoreng. Di Pekan Sehari Ahad Temerloh sememangnya lengkap dengan pelbagai ulaman termasuk jantung pisang. 


11) Ikan Pekasam


      
(Ikan Pekasam)

 Salah satu tarikan di Pekan Sehari Temerloh adalah ikan pekasam yang menjadi kegemaran ramai. Ikan pekasam sedap dimakan walaupun dengan nasi sahaja. Kebiasaannya, pada musim hujan, penduduk akan mencari ikan di paya. Hasil daripada tangkapan ikan akan diperam dan dijadikan ikan pekasam. Kebiasaanya, ikan air tawar dijadikan sebagai ikan pekasam. Ikan pekasam amat popular di negeri Pantai Timur. 

 12) Ikan Patin 

(Ikan Patin)

  Ikan Patin merupakan ikan air tawar yang terkenal di Temerloh. Ikan Patin mudah hidup di sungai dan boleh diternak melalui sangkar. Ikan Patin biasanya dimasak dengan tempoyak, boleh dibakar dan digoreng. Anda boleh beli terus di Pekan Sehari Ahad kerana dijual hidup atau ingin singgah di restoran, boleh singgah di Temerloh. Penduduk kampong yang tinggal berhampiran sungai Pahang biasanya memelihara ikan Patin di sangkar dan dijual di pasar berdekatan. Resepi Ikan Patin yang anda boleh rujuk di sini. RESEPI MASAKAN  dan RESEPI MASAKAN 2

13) Ikan Lampam 

   
(Ikan Lampam) 

Ikan lampam merupakan ikan air tawar yang terdapat di sungai. Kebiasaannya dijadikan ikan pekasam, dimasak gulai lemak cili api, digoreng biasa dan gulai asam. Ikan lampam perlu dimakan dengan hati2 kerana ikan ini mempunyai banyak tulang halus. 

14) Ikan Seluang 

   
(Ikan Seluang)


Ikan seluang merupakan ikan air tawar yang sangat kecil fizikalnya. Pun begitu, ikan ini menjadi pilihan dikala musim tengkujuh kerana mudah didapati. Ikan ini sangat rangup dimakan jika digoreng dan enak dimakan cecah dengan sambal tempoyak. Berbeza dengan ikan lampam, ikan seluang tidak mempunyai tulang yang banyak.








                

29 ulasan:

  1. Bila baca Temerloh, terus terluka hati - terkenang kisah cinta lama yang tidak kesampaian hahahaha
    Pucuk ubi adalah makanan kegemaran!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temerloh terkenal dengan masakan tempoyak, boleh cuba masakan ikan patin di sini

      Padam
  2. Selalu pergi jer pasar ni tapi tak tahu tentang sejarah dan juga bagaimana ia bermula. Kat sini paling best pergi sebab banyak barangan dan makanan yang tak ada tempat lain boleh jumpa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akan diusahakan, tq untuk cadangan ^^ .

      Padam
  3. Balasan
    1. Ada rezeki datanglah ke pekan sehari : boleh rujuk sini ...
      http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html

      Padam
  4. Balasan
    1. Jemputlah dtg ke Pekan Sehari : boleh rujuk

      http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html

      Padam
  5. wahh... lamanya tak ke temerloh. Jarang sangat tahu tentang pasal sayur/tumbuhan ni. Terima kasih atas perkongsian ini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nntikan update setiap minggu dan jemput membaca di sini

      http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html

      Padam
  6. Tetiba plak teringin makan ketupat palas..sedapnya..padahal baru jer lepas makan masa raya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nntikan post setiap isnin ..selamat membaca ^^

      Padam
  7. Last saya pergi ke pahang adalah tahun lepas tu pun sebab ada program kt sana. Ingat tahun ni nak pergi lagi sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti2 di Pahang ^^, sila baca post disebelah kanan blog

      Padam
  8. PEgi temerloh tak pernah lupa ikan patin lol...my fav

    BalasPadam
  9. okay sekarang dah tahu jenis-jenisnya. terima kasih atas infonya :)

    BalasPadam
  10. Daun salon tu memang favorite la. mesti murah dekat sana. Pernah jejak kaki dekat temerloh, tapi tak pernah pergi pasar tu. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan datang, pekan sehari ni hari ahad smpai jam 12 tghhari biasanya

      Padam
  11. Kat pasar raya biasa pun xde semua ni. Pasar Ahad macam ni baru seronok membeli

    BalasPadam
  12. Betul lah. Macam ulam tu ada yang saya tahu ada yang tak tahu namanya. Tapi saya peminat ketupat palas ☺

    BalasPadam
  13. Wow! down to the root of Pekan. I like ikan pekasam goreng eat with rice and sambal belacan plus jantung pisang.

    BalasPadam

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang